Nasyid pembangun jiwa buat puteri

     Saya menziarahi blog seorang senior yang dihormati.Terjumpa pulak sebuah makalah yang mengusik hati.Lalu terdetik untuk berkongsi bersama pembaca di laman saya ini.Minta maaf buat kak Raden kerana copy paste sahaja.Jangan marah ye! =)

2029976385.jpg “Hari ini saya ingin berkongsi salah satu nasyid yang masih saya hafal dan kami pelajar-pelajar puteri dahulu selalu nasyidkan di Musolla Saidatina Khadijah, Asrama Puteri Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Koleksi Nasyid Puteri KISAS memang banyak, dicipta sendiri oleh pelajar puteri KISAS, diwarisi secara lisan dan bertulis daripada satu generasi ke satu generasi.

     Dahulu, diadakan kelas nasyid kepada pelajar baru bagi mewarisi nasyid-nasyid yang sarat dengan maksud tersirat dan mendidik jiwa. Kadang-kadang kami mengalirkan air mata kerana menghayati lirik-lirik nasyid itu. Banyak yang bertemakan keinsafan, perjuangan, kembara mencari cinta Tuhan dan sebagainya. Namun malangnya, hari ini nasyid-nasyid tersebut hampir tidak diketahui oleh generasi sekarang kerana tidak pernah dirakamkan. Apapun, selamat menghayati lirik-liriknya, hadiah buat puteri-puteri muslimah sejati..

Puteri Muslimah Sejati
(Koleksi Nasyid Puteri KISAS)
Wahai Puteri lihat nun di sana
Islammu kini ketandusan pembela
Bersama sendu mengalir lesu
Tertunggu-tunggu mujaddid baru
Islammu kini diulit sepi
Tiada lagi rijaluddin sejati
Wahai puteri khidmatmu dinanti
Ummah derita engkau pengubatnya
Kelembutanmu penawar sengsara
Engkau penyeri Islam dan tamannya
Tanganmu bakal penggoncang dunia
Namun ingat puteri ilmu perlu dicari
Buat bekalan dalam perjuanganmu nanti
Pembimbing diri dari toghut dibenci
Tuntutlah seikhlas hati
Wahai puteri kau muslimah sejati
Teguhkan iman taqwamu di hati
Taqarrub billah takhta peribadi
Amalmu menjadi bukti
Sabarmu dikagumi pasrah pada Ilahi
Redha menghadapi mehnah Rabbul Izzati
Usah ditangisi takdir yang sudah pasti
Pengorbananmu kan disanjungi
Puteri solehah mujahidah ansorullah
Berilmu beramal berkhidmat berjuang
Berkorban agar Islam kan gemilang
Bersama puteri Islam takkan sunyi
Subur disirami harum mewangi
Wahai puteri kau muslimah sejati”
Komen saya:
     Sepanjang berada di KISAS saya tak pernah pulak dengar lagu ni didendangkan.Kalaulah semua -nasyid tu kita CD dan komersialkan,then untung masuk alumni atau mana2 yang patut,mesti BESTkan!he2 =)

     Sebenarnya yang lebih penting adalah generasi adik2 kita dapat menghayati mesej di sebalik lagu2 ini dengan harapan tarbiyah semasa di kolej subur mewarnai jiwa srikandi-srikandi Islam ini.Oh KISAS!Bumi waqafan tempat aku mengenal tarbiyah…..

 

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

9 Responses to Nasyid pembangun jiwa buat puteri

  1. alqasam says:

    Kak Raden mana.? Raden Seri Nabahah ke?

  2. sis says:

    Ye..kak Raden tulah…saya lahir 1985..rasenya alqasam ni senior lagi kan.sister ke brother..?saya tak cam la…atau ex azhariyah(akhwat)

  3. izzrawda says:

    kak fitri..
    teruskan perjuangan..
    innalahama’ana..

  4. sis says:

    TQ Atin.Moga Atin pun semangat berjuang!!!Takbir!ALLAHU AKBAR!

  5. kak aliaa says:

    salam fitri. ingat lg akak x? kak aliaa (jordan). ms zaman akak kt KI dulu penah je dgr lagu ni. teringat kenangan lama. mcmna life? mg2 tabah dalam berjuang. insyaallah klu ada rezeki kita jumpa satu hr nnt. terkilan jugakla xdpt nk jmpa awk thn lepas.

    fastaqim kama umirta~

  6. sis says:

    salam.kak Alia yang memang kuingati selalu!sihat ke?rindu la!!life kat sini best,alhamdulillah.balik tak tahun ni?jom datang umah saya!jauh di mata dekat kat hati….
    :)sama2 istiqamah,amin

  7. kak azizah says:

    Salam, nasyid ni di cipta pada 1992 sempena pertandingan nasyid puteri islam (klu x silap) Solonya kakak hidayati…sebenarnya terbuka blog ni bila menyanyikan lagu zmn di kisas bila anak taya lagu sekolah uminya… Sekarang ni semua sekolah ada lagu masing2. Dulu disekolah2 tiada lagu khusus utk sekolah masing2. So, utk x hampakan.. nyanyikn lagu ‘hari ini tiada senda
    dlm bicara…”Zaman fitri di kisas ada lagi tak nasyid ni…?

  8. Ziana says:

    Salam…. Nak tumpang tanya.. Ada tak lirik penuh nasyid ni… Atau ada tak kawan2 yg tau nasyid ni..

    Kelam tiada seri,
    Mengenagkan perpisahan ini,
    Pilu tiba2 menggamit rasa,
    Kerna suratan dr mu tuhan….

    Alangkah pilunya..
    Taman ini dibawah remang senja..
    Kian terasa kesuramannya,
    Bersama sendu dosa dan noda

    Sedarilah hakikat mu diri,
    Melewati perjuangan ini,
    Keinsafan tanpa perubahan,
    Bagai mimpi2 sementara,
    Keimanan tiada ternilai,
    Walau terkadang, kecundang jua..
    Mujahadah jln yg utama..

    Tak pasti lirik ni betul atau tidak.. N as for nasyid yg di minta…

    Hari ini… Tiada senda dlm bicara..
    Deru airmata merupakan segalanya,
    Sang hati bicara sendiri,
    Teguhkan ummah bina generasi…

    Dibumi yg bertuah ini,
    Diri ku mula menyedari,
    Matlamat hidup sebagai abdi …

    Dh lupa.. Tp boleh cari.. Dlm utube ada..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s