Drama menelusuri sastera Arab moden

Simbolik dramaSastera Arab moden mula merakamkan lembaran sejarah baru bilamana menemukan sebuah produk lagi dalam dunia sastera yang dikenali dengan “Masrahiyah” dalam Bahasa Arab dan “drama” dalam Bahasa Melayu.Masyarakat Mesir diiktiraf sebagai pelopor drama silam apabila sasterawan menemui lukisan-lukisan simbolik plot drama terukir di dalam tempat-tempat ibadat mereka.Epik dongeng menonjolkan variasi personaliti tuhan yang dijadikan watak-watak dan mewarnai drama zaman ini.Namun,senario kehidupan masyarakat Arab yang lebih teruja menobat produk syair sebagai lidah menyuarakan idea dan emosi mereka telah menenggelamkan sinar drama dalam pentas sastera Arab.Lantas,kewujudan drama tidak diberi nafas baru.Malah,kehidupan nomad masyarakat Arab menyukarkan perkembangan babak drama yang sememang memerlukan tapak yang stabil untuk berpijak dan berkembang.Drama ortodoks yang hanya menjadi santapan para pencinta ibadat juga merupakan faktor yang melembapkan proses perkembangan sesebuah drama.

     Oleh yang demikian,drama epik Yunani mengambil peluang menempa nama di persada dunia meskipun menampilkan versi ketuhanan sepertimana yang digunapakai oleh drama Arab.Namun,simbol ketuhanan yang bercirikan sifat-sifat kemanusiaan dalam drama Aghrik Yunani lebih diminati lantaran menepati kelogikan akal.Ini kerana watak ketuhanan dalam drama Arab banyak menggambarkan tuhan-tuhan yang memiliki kuasai di luar batas pemikiran manusia.Seorang sasterawan Barat,Edward Hanin pula menuduh Islam sebagai faktor utama yang menghalang perkembangan drama dalam dunia Arab dengan hujah bahawa Islam melarang penciptaan watak-watak drama kerana ia menyerupai pencipta benda baru yang berlawan dengan kuasa tuhan.Hujah ini nyata dengkel kerana lambakan seni sastera yang menyamai plot drama telah ditemui lebih awal dalam dunia Arab seperti seni wayang kulit,puppet dan “kotak dunia”.Ini membuktikan penciptaan watak drama yang menepati batas dan had tertentu tidak dilarang samasekali oleh Islam.

     Gelombang drama moden mula dibawa masuk ke Lubnan oleh Maron Nuqasy pada tahun 1846 yang mempamerkan 3 buah drama berjudul “Albakhil”,”Harun Arrashid” dan “Kejelekan sifat dengki”.Namun seni drama ini berkembang dengan pesat di negara Mesir atas hasil usaha seorang Yahudi bernama Yaacob Sonuie.Kedatangan kumpulan-kumpulan pencinta seni dari Syria juga telah membantu kebejatan sastera pada kurun ke 19.Drama pertama yang berjaya dihasilkan di Mesir adalah drama “Tragedi Cleopatra” oleh Ahmad Syauqi pada tahun 1927.

Pementasan dramaPembinaan sebuah drama yang lengkap bergantung kepada 4 item utama iaitu watak,konflik,plot dan dialog.Seandainya seorang sasterawan mampu memanipulasi keempat-empat item ini dengan baik,maka sebuah drama yang baik berjaya menembusi frekuensi citarasa masyarakat pada kurun ke 20.Plot sesebuah drama pula perlu mengefektifkan fungsi lokasi,masa,jalan cerita,unsur komedi dan tragedi serta perlu prihatin kepada reality dan tuntutan semasa dalam usaha menghiasi sesebuah drama yang berkesan.Lantaran,pelbagai nama sasterawan seperti Taufik Hakim,Farah Anton,Ibrahim Ramzi dan Ahmad Syauqi muncul dalam medan pementasan drama Mesir.Antara drama yang berjaya mengusik hati masyarakat adalah drama “Ahli Kahfi” oleh Taufik Hakim pada tahun 1933.

     “Ahli Kahfi” adalah sebuah drama yang menjadikan model cerita tauladan dari Al-Quran sebagai nukleus dalam proses perkembangan babak drama ini.Sekumpulan pemuda yang lari dari pemerintahan raja Dinasti Rom,Diklyanous telah tertidur dalam jangkamasa yang terlalu lama dan terjaga 309 tahun kemudian dalam zaman pemerintahan seorang Raja beragama Masihi yang mengharap agar Tuhan menyaksikan kepadanya kesahihan fenomena kebangkitan semula.Namun Taufik Hakim telah memberi nilai tambah dalam drama cetusannya ini dengan menukar watak dan plot drama agar menjadi lebih menarik.Drama “Ahli Kahfi” ini diceriakan lagi dengan unsur-unsur sifat kemanusiaan,persahabatan,cinta dan pengharapan manusia kepada nasib yang baik.Watak dua orang menteri iaitu Marnous dan Misyilyna penganut agama Masihi yang lari dari pemerintahan Raja Diklyanous membintangi drama ini ditemani dengan beberapa watak lain seperti pengembala kambing dan seekor anjing yang turut tertidur bersama mereka di dalam gua.

     Plot drama dimulakan dengan pelarian Marnous dengan meninggalkan seorang anak dan isteri yang dikasihi dan Misyilyna yang meninggalkan kekasih hati bernama Barika.Mereka kemudiannya menemui seorang pengembala,Bimalikha yang turut beragama Masihi.Bimalikha telah menunjukkan sebuah gua yang strategik untuk menjadi tempat persembunyian mereka.Setelah tertidur selama 309 tahun,mereka terjaga di zaman pemerintahan seorang Raja Masihi.Marnous dan Misyilyna yang teramat lapar meminta agar Bimalikha keluar mencari sesuatu.Di pertengahan jalan,beliau bertembung dengan seorang pemburu dengan hasil buruannya.Kesempatan ini diambil oleh Bimalikha untuk membeli sedikit daging buruannya untuk dijadikan santapan dengan menggunakan matawang zaman Raja Diklyanous.Si pemburu yang amat terkejut apabila mendapati kewujudan matawang tersebut dan personality Bimalikha yang berambut panjang dan tidak terurus bukanlah manusia yang hidup sezaman dengannya lantas melaporkan kejadian ini kepada pihak Raja.

     Pihak beraja telah mengundang kesemua mereka ke istana dan cuba memastikan kesahihan cerita si pemburu tadi.Atas toleransi dari Raja Masihi yang baik hati,mereka dibenarkan tinggal di Istana.Marnous dan Bimalikha meminta keizinan untuk keluar mencari keluarga dan binatang peliharaan masing-masing manakala Misyilina pula amat gembira apabila mendapati Barika,kekasih hatinya berada di kawasan istana yanh masih memakai seutas rantai dan senaskhah kitab Injil pemberiannya dahulu.Namun logikkah Barika masih hidup dengan wajah dan nama yang sama?Persoalan ini terungkai apabila si gadis menjelaskan bahawa kekasih Misyilina adalah moyangnya yang menghadiahkan rantai dan kitab Injil itu kepadanya.Misyilina berasa amat sedih dan kecewa.Plot drama diakhiri dengan kepasrahan ketiga-tiga watak utama yang membuat keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka di dalam gua kerana tidak dapat menerima takdir untuk terus hidup di sebuah zaman yang amat asing bagi mereka dengan kehilangan orang-orang dan binatang kesayangan.

     Meskipun Taufik Hakim berjaya menyerlahkan nilai-nilai seni dalam drama”Ahli Kahfi”,namun beliau tidak dapat lari dari beberapa kekurangan dan pelbagai kritikan telah dilontarkan oleh sasterawan lain terhadapnya.Jelas,seni drama telah membuka mata pencinta seni untuk menghasilkan lebih banyak lagi drama dan produk-produk lain yang memilki kehalusan seni dalam sastera Arab moden kurun ke 20.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in sastera Arab. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s