“Perubahan pertama memang menyakitkan”

Baru2 ini seorang adik yang bukan berlatarbelakang pendidikan agama bertanya kepada saya.

Sya :Kak,macammana nak jawab kalau orang kata,”ai,cepatnya nak pakai tudung labuh”.Betul ke kalau nak buat perubahan tu biar sampai benda2 lain sempurna dulu dan betul2 bersedia?

K.Fit3 :Apa pendapat awak sendiri bila orang tu cakap macam tu?

Sya :Tapi kalau nak tunggu sempurna sampai bila pun tak berubah.

“You are right!,”monolog saya.Saya rasa bangga ada sahabat yang Allah kurniakan fikrah sebegini.Alhamdulillah moga Allah memberi kekuatan padamu untuk istiqamah dik!

460206735.jpg

Memang sukar membuat perubahan kerana ia agak menyakitkan.Namun, kefahaman terhadap pentingnya membuat perubahan menjadi daya momentum terbesar agar kita teguh pendirian untuk berubah dan memulakan sesuatu yang baru.Kefahaman ini yang perlu disebarluas agar diri,keluarga,sahabat dan masyarakat berani MEMBUAT PERUBAHAN!Firman Allah swt:

“Dan barangsiapa bertaqwa kepada Allah,niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya”Attalaq 2

Definisi taqwa yang padat dan tepat serta mudah difahami oleh masyarakat am menurut ulama adalah buat apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang.Bilamana taqwa diadaptasi dalam kehidupan nescaya Allah tunjukkan jalan keluar.

Jadi ,mengapa masih ragu2 untuk membuat perubahan dalam diri.Tidak perlu menanti titik kesempurnaan termaktub di helaian mahfuz baru merancang perubahan. Tidak!Lupakah kita pada kata2:

“Islah nafsak wad’u ghairak”

Perbaiki dirimu dan serulah kepada orang lain.

Maka,proses baikpulih(pembaharuan) dan seruan dakwah dalam apa medium sekalipun perlu berjalan seiring dan medium terbaik adalah dakwah bilhal iaitu perubahan yang bermula dari diri kita sendiri.

Allah berfirman lagi:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri”Arra’du 11

Mengapa tidak kita jadikan Quran dan sunnah pemacu kehidupan.Bukanlah kerberkatan hidup itu terletak pada keredhaan manusia.Sebaliknya keredhaan Allah adalah panji utama.Jika redha manusia menjadi badai penghalang anjakan paradigma diri, maka usailah agenda dakwah dan islah Nabi saw yang sememangnya berhadapan dengan kaum yang tidak meredhai perjuangan dakwah Islam selama2nya.

Firman Allah lagi:

“Katakanlah(Muhammad),”jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku.Niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.”Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang “Al-Imran 31

Hadith nabi saw:

Daripada Abi Hurairah radiallahu anhu berkata,Rasulullah saw bersabda:

“Jika seseorang daripada kamu melihat kepada orang yang melebihinya dari segi harta dan kholqi(ciptaan lain),maka(lebih baik) lihatlah sesiapa yang lebih rendah daripada melihat kepada orang yang memiliki kelebihan daripadanya”

Rasullullah menggalakkan kita agar menilai kekurangan diri dari segi ibadat dan perkara kebaikan dengan meletakkan orang yang lebih tinggi dan baik daripada kita sebagai kayu ukur.Barulah kita terasa kekurangan diri dan berusaha menjadikan ia motivasi untuk meningkatkan kualiti amal dan ibadat.Namun,berbeza jika menilai diri dari sudut material.Ukurlah diri dengan mereka yang kurang kekayaan duniawi. Maka kita akan sentiasa berasa cukup dengan apa yang telah Allah kurniakan.

97958613.jpgKaitan dengan kes di atas adalah,seandainya kita menjadikan perkara kecil(yang masih belum sempurna) sebagai ukuran dan halangan untuk berubah,maka sudah terang lagi bersuluh lemahnya kefahaman kita dalam menanam benih tarbiyah acuan Rasullullah saw ini dalam benak fikiran.Maka segeralah MENGUBAH persepsi ini!

Sempena tahun baru ini saya seru pada diri saya sendiri dan semua teman2 seperjuangan agar “BERANI MEMBUAT REVOLUSI!”.Cetuskan di mindamu keazaman untuk menjadi mukmin yang lebih hebat dari semua aspek:ibadat,ilmu,akhlak dan kepimpinan.

“Sesungguhnya mukmin yang kuat itu adalah yang tidak bergantung kepada manusia lain”

Takbir!Allahu akbar!

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in المقالات العلمية. Bookmark the permalink.

8 Responses to “Perubahan pertama memang menyakitkan”

  1. mimie says:

    slm. dik, akk stju dgn adk 100%. kite kan kembar :p smpikan slm akk utk adk tu ye.mis u!!!

  2. ibnu ali says:

    Assalamualaikum

    Cume berkenaan dengan ayat alquran yang ditulis dengan tulisan rumi. Setahu ana hukumnya haram jik tidak disertakan sekali dengan ayat dalam tulisan arab.

    Wallahua’lam

  3. Assalamualaikum

    Setahu ana la yang tak berapa pandai ni. Haram tulis ayat quran dengan tulisan rumi. Apatah lagi tidak disertakan dengan tulisan arabnya.

    Wallahua’lam

  4. mohdzaki says:

    maaf kalau saya menegur. setahu saya, tak harus menukilkan ayat quran dengan ejaan Melayu. Kalau dinukilkan sebagai lafaz bukan Quran atau ayat Bahasa Arab, tak mengapa. Wallahu a’lam.

  5. alqasam says:

    Salam

    Satu-satunya laman azhariyyah yg menarik minat ana. Selamat blogging. InshAllah dalam masa yang sama, sama2 kita menjaga diri dari fitnah internat. dan diri daripada menjadi fitnah, Maklum sahaja kita perempuan dan medan internet ini banyak ruang cabarannya

    FI Amanillah

    ukht x-azhariyah

  6. sis says:

    Syukran atas kunjungan k.ummi&alqasam.insyALLAH saya try yang terbaik untuk ISLAM.
    Mohon add your link kat blogroll ana ye alqasam.TQ

  7. sis says:

    Terima kasih byk2 atas teguran u.akhmal&u.zaki.Alhamdulillah,ana dah perbaiki.sbnrya dapat 4 kali teguran.satu lagi dari u.hafiz tentang ayat2 tu.keprihatinan&tunjukajar dari antum amat dihargai.MENULIS ADALAH AMANAH!

  8. alqasam says:

    Laman ana tu biasa-biasa je. Nak dilink, silahlah, ana pun nak minta izin fitri nurain nak link blog ni. Berapa ye umur ent. Tak tahulah adik ke akak?😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s