Seorang India dan air zamzam

Alhamdulillah Allah memberi ruang rehat kepada saya dengan menangguhkan study sebentar lantaran mengambil sahabat seperjuangan di airport seawal pagi ini.

Dalam perjalanan pulang ke Arma sempat menjamah santapan ruhani bila mendengar cerita seorang sahabat lain(Kak Na) tentang pengalaman beliau ditahan kastam dek cecair yang dibawa.

Alkisah bermula….

Lokasi:Di tempat pemeriksaan(scan) bagasi yang dibawa naik ke pesawat.

(Sahabat ini telah check-in semua beg kargo dengan selamat)

Pegawai kastam(PK) Melayu-mungkin beragama Islam-:Adik ada bawa cecair ke?

Kak Na :Tak da

PK Melayu :Ni kami scan dapat detect cecair

dsc01658.jpgSetelah diselongkar,Kak Na terjumpa sebotol air zamzam 1.5 liter yang dimasukkan oleh keluarganya tanpa disedari.

PK Melayu :Adik habiskan jelah kat sini.

Kak Na :Takkan saya nak habiskan.Banyak ni…!

Seorang ustaz yang tidak dikenali tiba-tiba datang untuk membantu.

Ustaz :Encik,air ni air baik.Lepaskan je lah.

PK Melayu :Saya tau air ni air baik tapi peraturan tetap kena ikut.

Kak Na :Takpelah encik.Kalau tak oleh bawa,saya minum sikit dan tinggalkan kat sesiapa.

Tidak semena-mena,datang seorang PK India-tidak pasti agamanya- menyapa.

PK India :Kenapa ni?

PK Melayu :Dia bawa air zamzam

PK India :Aku lepaskan je lah dia ni

PK Melayu :Mana boleh!Kau nak tanggung ke?

PK India :Aku kalau air lain tak kisah sangat.Tapi air zamzam ni aku tak boleh la.Air baik ni.Biar aku tanggung.

PK Melayu,Kak Na,Ustaz(yang gagal dalam percubaan bantuan) terkedu.PK India itu terus meminta Kak Na melabel kandungan cecair dan butiran diri dalam sehelai borang khas.Beliau kemudian mengiringi Kak Na ke pesawat sehingga bagasi Kak Na selamat dimasukkan ke ruangan kargo(diluar prosedur biasa).

Moral.

1.Jangan bawa cecair kalau naik kapal terbang atau pesan pada keluarga awal-awal supaya berlaku jujur =) Gurau je!

2.Jadilah pegawai kastam yang adil dan saksama

3.Adil dan amanah ada tempatnya.

4.Kalau gagal sekali kenalah berusaha lagi!(pesanan untuk yang gagal dalam percubaannya J)

5.Air zamzam dikenali ramai.

6.Malaysia negara multibangsa yang bertimbangrasa!

Banyak lagi moral bermanfaat yang boleh difikirkan.Saya tinggalkan pembaca untuk berkongsi rasa atas cerita ini.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in adat dan kepercayaan. Bookmark the permalink.

One Response to Seorang India dan air zamzam

  1. dlyn rr says:

    teringat peristiwa yg hampir sama penceritaannya…
    email yg diterima mengenai seorg muslimah yg tercari-cari ruangan utk solat asar di dalam gerabak keretapi KTMB…
    seorng wanita cina (bukan islam) berhati mulia mempelawanya menggunakan katilnya untuk tujuan solat, selepas wanita cina itu terdengar muslimah itu ditengking seorng makcik juga seorang Islam yg memarahi muslimah tersebut yg berniat ingin meminjam katil kosong sebelah makcik itu utk bersolat…
    mengapa seseorang yang bukan muslim mampu berfikir dan bertindak dengan penuh rasional… tetapi tidak kita yang digelar muslim atau muslimah……???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s