Selamat tahun baru!!!

Sedar atau tidak,masa berlalu amat pantas.Samada bersedia atau tidak,kita akan melangkah ke tahun baru 2008.Usia makin bertambah,namun nikmat Allah seringkali terlupa untuk disyukuri.Dek keghairahan menyambut tahun baru,ramai di kalangan kita masih kabur tujuan Allah memberi ruang dan peluang untuk kita meraikannya.

speed1.jpg

Lantas,acara keramaian,perkumpulan dihiasi majlis sorak kiraan detik 12 malam mewarnai malam tahun baru menggantikan majlis kesyukuran yang sewajarnya dianjurkan.Percampuran lelaki dan perempuan dengan suasana yang sesak membanjiri dataran KLCC mahupun Dataran Merdeka yang hanya beberapa jam lebih dihargai daripada duduk sejenak memuhasabah diri atas amal dan dosa sepanjang tahun yang telah ditempuhi,dan lebih meriah dari memikirkan perancangan masa hadapan dan bersedia menghadapi pelbagai dugaan mendatang.Inilah realiti masyarakat Malaysia yang kita banggakan sebagai negara multibangsa,multiagama meskipun dicalari beberapa isu perkauman baru-baru ini.

Justeru,diri yang lemah ini teringat akan kalam Pencipta:

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku”Attur:56

“Sungguh orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami,kelak akan Kami masukkan ke dalam neraka”Annisa 56

Tidaklah pelik andai ramai mengakui menghafaz dan pernah mendengar ayat –ayat ini.Namun,berapa ramai yang menghayatinya dengan jiwa yang ikhlas untuk bertadabbur dengan kalam Allah.Berapa ramai pula yang mendustakannya?

“Bukankah ayat-ayatKu telah dibacakan kepadamu,tetapi kamu selalu mendustakannya?”Almukminun 105

Apabila hati telah gelap dan keras,maka terrealisasilah definisi hati atau “qaf-lam-ba” dari kalimah bahasa Arab itu sendiri yang bermaksud berbolak balik.Ketulusan secara fitrah yang lahir dari jiwa hamba mula dimonopoli rasa kekusutan lantaran susutnya iman.“wa

Dan(ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan,sesungguhnya jika kamu bersyukur,niscaya Aku akan menambah(nikmat) kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari(nikmat Allah),maka pasti azabKu sangat berat”Ibrahim 7

Seharusnya kita menyedari bahawa Allah masih menyediakan ruang untuk kita menggapai objektif hidup iaitu beribadat pada Nya dan bertaubat atas dosa-dosa lalu.Peluang ini adalah suatu nikmat yang besar yang sering dilupakan oleh kita seperti hadith RasulNya

Daripada Abdullah bin Abbas radiallahu anhuma berkata:

Rasulullah saw telah bersabda:

“nikmatan maghbun fihima kathirum minannas:assihah walfaragh”

Dua nikmat yang diabaikan oleh ramai manusia adalah:kesihatan dan masa lapang

Jika nikmat ini disyukuri seperti menggunakan kesihatan dan kelapangan untuk melipatgandakan ibadat,pastinya Allah akan memberi bonus tambahan dengan pelbagai nikmat lain.Namun,andai diingkari,nantikan azab seperti yang dijanjikan Allah.

Tidak memadai dengan ruang yang dihamparkan,malah Allah menggunakan lafaz “saufa” dalam ayat surah Annisa yang mengandungi makna linguistik tersirat.”Saufa” yang bermakna ‘kelak’ adalah salah satu huruf yang menunjukkan sesuatu itu akan berlaku pada masa hadapan dan tempoh waktu yang terkandung dalamnya adalah panjang contohnya 10 tahun lagiIni berbeza dengan penggunaan huruf “sin” yang juga bermaksud sesuatu itu akan berlaku pada masa hadapan tetapi tempoh waktu yang terkandung dalamnya adalah singkat contohnya esok,lusa atau pada tahun yang sama.

Rahsia penggunaan “saufa” dalam ayat ini tersingkap apabila kita memahami bahawa Allah masih memberi peluang kepada orang-orang yang mengkufuri ayat-ayatnya untuk berubah di sepanjang tempoh masa panjang tersebut sebelum dimasukkan ke dalam neraka.Subhanallah!Tidakkah kita menyedari sifat Arrahman dan Arrahim Allah kepada hambaNya meskipun meraka telah nyata mengkufuri perintahNya?

Oleh itu,di kesempatan yang ada,saya menyeru kepada diri saya sendiri dan sahabat-sahabat seakidah,sebangsa,senegara menginsafi kesalahan diri,mensyukuri nikmat yang diberi dan melazimi diri dengan azam dan tekad baru untuk mensinarkan hari-hari sepanjang tahun baru ini dan selepasnya dengan ubudiah pada yang Maha Agung,pemberi nikmat yang tidak ternilai harganya!SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU!Allahu Akbar 3x!

“Islah nafsak,wad’u ghairak”

Perbaikilah dirimu dan serulah orang lain(ke arah kebaikan)

Saufa:Sebuah adaptasi kajian ilmiah

TOPIK:Seputar cadangan penulis Fuad Hijazi “past tense” dalam Tatabahasa ArabQaah Bahas Nahwiyah Tahun 4,Jabatan B.Arab,Fakulti Pengajian Islam dan B.Arab,

Universiti Al-Azhar,Kaherah,Mesir

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in articles. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s