Imtihan muncul lagi

Salam…sudah lama saya tak menulis.Memang tahun 4 ini agak mencabar bagi saya.Masa ibarat kilat!Baru2 ni seorang adik bertanya tentang tips menghafaz.Jadi,saya tulis di sini untuk berkongsian bersama pembaca.Tips ni saya aplikasi dari tahun satu lagi.Selamat berjaya!

1.Rajin

2.Faham apa yang dihafal&ambil point2 penting sahaja@keyword

3.Baca ikut baris nahu yang betul dengan suara yang kuat

4.Tulis semula apa yang dihafal tanpa melihat nota atau teks

5.Cerita apa yang telah dihafaz kepada orang lain.Kalau tiada orang sangat,bercakap dengan dinding atau cermin pun jadilah.he2J

6.Baca doa lepas belajar

imtihan.jpg

Satu lagi ujian maha hebat buat pelajar adalah study pada musim sejuk kerana cepat mengantuk.Namun,bagi saya musim sejuk adalah masa terbaik lagi berkualiti untuk study kerana udara yang nyaman dan waktu malam yang panjang.

Bagaimana pulak cara nak elak mengantuk ketika study di musim sejuk ini?

1.Qiamullail

Mengantuk dari syaitan.Untuk melawannya kena kuat ruhani.Untuk kuatkan ruhani kenalah buat amalan sunat dan yang paling berkualiti adalah istiqamah dengan qiamullail

2.Wudhuk

Mengantuk memang dari syaitan!Syaitan dibuat dari api dan api dapat dipadamkan dengan air.Jadi sebaik2 penawar untuk menghilangkan bahana syaitan adalah dengan air wudhuk.

3.Azan

Percayalah!Tiada penyebab terbesar mengantuk melainkan ia datang dari syaitan durjana.Jadi laungkanlah azan kerana syaitan amat menakutinya!Cubalah!

4.Tempat study yang strategik

Memang musim sejuk dan udara yang dingin membuat mata kita dibuai2 enak lalu rasa mengantuk dan tertidur.Jadi,saya ambil inisiatif untuk menghafal di tempat yang agak hangat seperti di dapur atau memasang pemanas bilik.

5.Berkawan

Study sendirian kerap kali menimbulkan rasa bosan kerana susah nak faham apa yang dibaca.Jadi,study berkawan dapat menghilangkan rasa bosan tersebut sekaligus kawan yang bijak dapat membantu kita memahami pelajaran

6.Supplement food

Jika dirasakan perlu,makanlah pil atau ubat yang dapat mendatangkan tenaga tambahan kepada tubuh badan kita seperti vitamin ect.Atas nasihat Angah(kakak saya),pada tahun ini saya mengambil kafein(berupa segelas nescafe SAHAJA) setiap pagi dan kesannya,alhamdulillah saya dapat lari dari tabiat saya dari tahun satu iaitu: tidur di dalam kelas dan tidur di siang hari.

AMARAN:Kafein adalah sejenis dadah yang dapat menjejaskan otak dan sistem badan akibat pengambilan dos berlebihan pada jangkamasa panjang.

Mungkin anda rasa cara2 yang saya sebutkan agak simple.Tapi saya yakin inilah cara terbaik saya.Limitkan waktu tidur anda sehingga 5 hingga 7 jam sahaja dalam sehari.Anda akan merasai kepuasan belajar yang sebenar!Selamat mencuba!

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in motivasi. Bookmark the permalink.

2 Responses to Imtihan muncul lagi

  1. imtihan……..
    takut nya, final year……
    ma’a taufiq wan najah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s