Motivasi diri siri 2

“Ya Allah!tak sabar nak exam!”,tak semena2 kata2 ini terpacul dari mulut saya sehari lepas.Rasa seperti hati saya sudah sampai di Malaysia sekarang.Emosi yang mengatasi realiti.Lalu kesedaran ini mendorong saya mengkoreksi diri.Markah2 exam 3 tahun lalu saya listkan kembali.Saya mula menghitung hari.Sebagai konklusi,mid term exam for my final year hanya tinggal 50 hari sahaja lagi!

Apa yang perlu dilakukan dalam tempoh sesingkat ini?

Saya kongsikan bersama kalian.Semoga sama2 beroleh kejayaan.Sebelum itu,saya dahului dengan peringatan buat diri:

“Kejayaan hakiki dalam menuntut ilmu adalah keberkatan dari pemilik ilmu tersebut.Bukti keberkatan itu adalah bilamana seseorang berjaya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.Maka,berhasillah ilmu itu sebagai nur,pembimbing manusia menemui jalan kebenaran.Adapun natijah bertulis hanyalah penilaian kecil yang tidak harus diperkecil.Justeru,jadilah penuntut ilmu yang cemerlang lagi terbaik dari segenap aspek!” 

2.2 Persiapan luaran(mungkin sesuai untuk pelajar pengajian Islam sahaja)

            2.2.1 Mengenali diri kita:

                        -masa2 yang cenderung untuk mengulangkaji

                        -kekurangan diri seperti:lambat faham,selalu menangguh nota,cepat

                         penat,kurang stamina dll

                        -kelemahan sampingan:kesilapan meletakkan kerja luaran sebagai

                         prioriti utama melebihi matlamat belajar

                        -kelebihan diri:tidak bergantung kepada nota dan cepat menghafaz jika

                         dipaksa atau berada dalam keadaan terdesak(last minute study) atau

             cepat menghafaz jika kerap melihat nota(cadangan:tampal nota di

             katil@dinding bilik tidur)

            2.2.2 Pastikan kita mengikuti perkembangan semasa kuliah.Paling kurang,sudah melengkapkan nota kuliah,menempah buku2,memahami satu per dua daripada input dan output pensyarah dan menyudahkan semua urusan perkuliahan(kad matrik).

            2.2.3 Mula merangka jadual belajar bermula saat ini sehingga minggu peperiksaan.Saya bahagikan kepada:

            -27/10 hingga 18/11(zon baca,faham dan nota)

            -19/11 hingga 15/12(zon menghafaz dan mengulang hafazan)

            -16/12 hingga 19/ 1 (zon peperiksaan,rehat secukupnya)           

jadidoktor.jpg2.2.4 Memastikan penggunaan masa secara optimum.Masa selepas Subuh,dalam kenderaan,ketika berjalan kaki,ketika menunggu(sebelum program,mesyuarat dsb) dan pada setiap masa yang terluang,jadikan nota teman bicara kita.

            2.2.5 Kelas tutorial,study group dan segala aspek gempur serta motivasi peperiksaan perlu bermula sekarang!Pastikan subjek yang sukar difahami diletakkan sebagai prioriti utama dalam senarai kitab yang perlu dikhadamkan dengan kadar segera!.

            2.2.6 Sistematik dalam urusan pemfailan segala nota kuliah,nota ringkas dan koleksi soalan peperiksaan tahun2 lepas mengikut subjek.

            2.2.7 Membuat :

                        -analisis terhadap:

1) markah peperiksaan tahun lepas(tahun 3).Senaraikan segala punca yang menyebabkan kita tersasar dari target MUMTAZ untuk setiap subjek. Pastikan segala kesilapan tidak diulangi dan upgrade gerakan dan tindakan!

2) bentuk2 soalan yang cenderung digunapakai oleh pensyarah dan memahami kehendak setiap pensyarah dalam mempamerkan jawapan di kertas peperiksaan seperti:ada pensyarah yang memberi bonus kepada pelajar yang menjawab menggunakan olahan ayat mengikut kefahaman sendiri dan ada pula yang inginkan ayat dalam buku teks beliau diulangcetak dalam jawapan peperiksaan

3)Faktor pendorong yang ada pada pelajar yang pernah meraih MUMTAZ @ j.jiddan untuk diamalkan bersama(cth:study tengah malam selepas qiamullail,amalan puasa sunat dll)

                        -statistik terhadap:

1) peningkatan tahap kemahiran diri seperti:kemahiran memahami teks,membuat ringkasan dan nota dsb dengan tujuan memotivasi semangat dan keyakinan diri untuk memburu MUMTAZ.

2)subjek yang kerap menjadi kegagalan senior tahun lepas.Cuba kaji dan beri lebih tumpuan

            2.2.8 Mempelbagaikan kaedah belajar.Antara kaedah yang saya amalkan sejak tahun satu:

            -Membuat formula(menggabungkan pangkal huruf menjadi suatu cerita rekaan yang menarik mewakili gambaran setiap fakta)dan sistem angka untuk setiap point berangkai

            -Membahagikan nota kepada:

                        1) nota padat(mengeluarkan fakta penting sahaja dari buku teks)

                        2) nota ringkas(berbentuk peta minda dan formular terhadap

                         keseluruhan buku teks)

            Study group.Berbincanglah dengan kawan Arab dan Melayu terhadap kefahaman untuk setiap fakta dan fokus yang diberikan oleh pensyarah dalam kelas.Kadangkala,kita merasakan sudah cukup faham,namun,berhati2lah daripada SILAP FAHAM! Perbincangan dan pendapat kawan2 mendorong kita untuk lebih mudah membuat bayangan dan mengingat setiap fakta.

            -Merakam suara kawan2 mewakili setiap bait2 syair atau lambakan fakta yang tak sanggup lagi dibaca(kerana terlalu banyak) dan lakukan ulang dengar setiap kali sebelum tidur.(cara ini saya praktikkan pada tahun pertama sahaja kerana baru mendidik diri untuk memiliki sikap kuat membaca)

            -Saya suka study sambil mendengar muzik kecuali untuk subjek yang memerlukan fokus dan pemahaman.(menurut sumber yang dipercayai,muzik meningkatkan IQ seseorang)

            2.2.9 Kombinasikan disiplin psikologi ketika belajar:

                        -beri penghargaan kepada diri bila selesai melangsaikan tugas atau dapat menyiapkan nota dan hafazan mengikut jadual yang ditetapkan.Contoh penghargaan:memanjangkan waktu rehat(tidur),membeli makanan yang agak best(mukmin, babai),surf internet  dll.

                        -meletak gambar orang tersayang dan kata2 semangat di dinding

                        tick,pangkah atau palang segala kerja yang terlunas di kertas yang dikhususkan.Apabila melihat kualiti pelaksanaan kerja atau penghafazan nota secara visual,kita akan menjadi semakin bersemangat untuk menyiapkan kerja2 berikutnya dan bukanlah rasa terbeban.

                        -buat countdown supaya diri tak terleka dan kerap rasa takut untuk buang masa kerana sudah set dalam minda,exam makin hampir

Yang penting sekali untuk perhatian sahabat2,saya sarankan secara serius untuk:

1)menjaga adab:

-adab bersama guru

-adab mendampingi kawan2

-adab menghormati kitab2 kuliah dan nota

-adab belajar seperti membaca doa sebelum dan selepas,ada yang berpendapat perlu menutup aurat setiap kali belajar,mendapat posisi strategik ketika study bergantung kepada keselesaan masing2(atas meja,atas katil,depan tv,sambil makan dsb.Kalau di musim sejuk semasa tinggal di asrama Selangor dahulu,saya suka menghafaz di dapur utk dapatkan haba dan mengelak ngantuk kerana suhu yang agak dingin di dalam bilik)

2)menjaga pemakanan agar hafazan kuat dan lekat di ingatan:

-makan makanan yang halal dan tidak syubhah(seperti barangan boikot)

-amalkan makan madu dan habbatussaudak setiap pagi

-minum air kosong dengan kadar yang banyak

3)menunaikan amanah orang dan taklifan persatuan

4)menjaga ukhwah,hubungan dengan Allah dan individu sekeliling kita(ahli bilik dan kawan2 sebatch).Cuba istiqamah zikrullah dan qiamullail setiap malam.Jika tidak mampu,tampung dengan solat sunat dhuha.Elakkan melakukan kesalahan(perkara lagho) atau maksiat kecil.(Saya pun banyak lagi kekurangan ni…ei,takutnya!)

 5)Jangan ada pemikiran nak berjaya sorang2.Bantu kawan2 yang agak lemah dan sentiasa beri semangat pada diri sendiri dan orang lain.Sila elakkan diri menggunakan alasan study,kelas dll untuk mengelak daripada menerima taklifan persatuan.Tawar perkhidmatan mengajar dan kebajikan kepada kawan2 kita.” ان تنصر الله ينصركم”

6)Sentiasa menghubungi keluarga dan memaklumkan perkembangan terkini.Minta mak dan abah melazimi solat hajat dan doa secara berterusan untuk kejayaan dan kesihatan kita.

Akhirnya,setelah usaha untuk mempersembahkan yang terbaik telah kita lakukan,bertawakallah terhadap natijah peperiksaan kita.Moga kita tidak mudah lemah semangat jika diuji dengan kegagalan.

P/s:Ini hanyalah coretan saya sebagai seorang individu yang masih lemah dan dalam proses belajar.Andainya di sana ada sebarang kritikan dan cadangan saya alu2kan.Saya masih banyak lagi kekurangan.Bersama kita minimumkannya!

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in motivasi. Bookmark the permalink.

2 Responses to Motivasi diri siri 2

  1. ahlulbadawi says:

    tips yg sgt berguna n make other people being focus 4 exam.

  2. nadeiya says:

    bagus tips y akk bagi.saya pn boleh praktikn dlm medic nti.jzkklah ukhti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s