Motivasi diri siri 1

Bismillah..

6556611808812852.jpg

Kali ini tulisan saya berupa jawapan untuk adik Zura yang sudah beberapa kali minta saya kongsikan cara belajar yang terbaik dan berkesan. Walaupun result yang saya perolehi tidak menggambarkan saya seorang pelajar yang cemerlang,namun saya yakin telah berusaha sebaik mungkin untuk menguasai ilmu dan mendapat keputusan Mumtaz.Tahun ini saya meneruskan misi saya lagi dengan semangat tahun satu yang saya recharge sekembalinya dari tanahair sebulan lalu.
1.Niat
Acapkali saya ulang wacana perubahan mind set Azhari.Sila buangkan istilah ‘belajar di Azhar susah,kurang bersistem tetapi syadid,buku lambat keluar,kuliah tak rancak,kuliah tak wajib,tiada supplement mark seperti assignment atau kehadiran dan komitmen dalam kelas’.Mengapa?Kerana ini semua hanya alasan bagi orang yang malas berusaha dan beralasan untuk berjaya.
Berniatlah untuk memulakan pembaharuan dalam diri.Tingkatkan semangat untuk study seiring stamina yang tinggi dan berterusan.Jadikan kehadiran kuliah sebagai kredit dan bonus untuk berjaya!
2.Persediaan
Saya bahagikan kepada dua:
2.1 Persediaan dalaman
2.1.1 Cuba konsistenkan semangat berkobar tahun satu dahulu hingga tahun akhir pengajian sebab biasanya pelajar tahun satu ini dikatakan over semangat nak belajar.Semua benda diexplore.Tidak rasa penat tetapi tamak dan dahaga ilmu.Kalau rasa lemah kerana diuji kegagalan,rechargelah mood dan semangat tersebut dengan pelbagai cara;balik Malaysia,telefon emak,berkawan dengan freshie baru.
2.1.2 Mental yang sihat,bersih dan proaktif perlu dijana untuk belajar di Azhar kerana bagi saya kombinasi ilmu thurasi dan hadhari dalam silibus Azhar menagih penggunaan otak tahap maksimum dalam memahami permasalahan hukum,penghafalan dsb.
2.1.2 Kesihatan yang berterusan perlu dipastikan untuk menjamin kualiti study kita agar berada pada tahap yang tinggi.Jangan pandang remeh pada petua2 dan larangan yang telah dirigidkan oleh senior2 lama.Petua kawan saya di Moscow,Sarah untuk mendapatkan kesihatan dan stamina 18jam belajar tanpa henti adalah mandi setiap pagi.Kalau di Mesir saya kira 2 kali sehari sudah memadai.
2.1.3 Kekuatan ruhiyah untuk menghadapi cabaran study di Mesir boleh digarap melalui amalan qiamullail berterusan dan tajdid niat setiap pagi.Jika sebarang halangan seperti bosan dengan karenah abla atau orang Arab,masalah hati dengan manusia dsb sebaik2nya dihindari segera kerana ia mampu mengubah mood study.Saya seorang yang amat menitikberatkan 100% fokus ketika mengulangkaji dengan menggunakan masa yang singkat tetapi kualiti study yang mantap dan padat.

270011589372578.jpg
2.1.4 Keceriaan setiap masa mestilah dicari kerana teori mudahnya,kalau hati senang semua jalan.Jadi,pastikan setiap detik tidak mencari masalah baru dan katakan pada diri setiap bangun pagi ,”Today is my happyday”.
2.1.5 Mentaliti yang futuristic adalah ubat mujarab untuk mengelak bosan ketika study.Saya kerap berangan atau merancang masa depan yang lebih baik apabila bosan belajar.Saya akan refresh mentaliti yang jumud dengan berkawan dengan sahabat2 tib yang struggle dan non-stop study.Jadilah perancang yang baik untuk hidup anda yang cuma sekali.Jangan jadikan tindakan bodoh hari ini mengubah kecemerlangan hidup akan datang.
9128211907318896.jpg
2.1.6 Wujudkan seorang rakan pesaing.Saya adalah seorang yang tidak boleh melihat orang kalahkan saya dalam semua aspek sejak dari kecil.Saya akan pastikan I’M THE WINNER untuk setiap perkara seperti kedudukan dalam batch,pertandingan berpidato,tempat di mata guru2.Saya tahu ini akan mewujudkan rasa jealous di kalangan orang lain.Tetapi itulah saya,dulu,kini selamanya.Selagi persaingan itu sihat,saya akan pastikan saya memenanginya.Cuma di Azhar ini saya belum mampu memecah rekod mengalahkan pelajar tempatan dalam kedudukan jabatan saya.Nak tahu siapa rakan pesaing saya?Nadira Labib,pelajar terbaik jabatan saya yang meraih Mumtaz dari tahun satu hingga tiga yang juga kawan akrab saya yang banyak memberi kesan kepada pembentukan syaksiah diri dan kemampuan menguasai ilmu saya selama 3 tahun ini.
2.1.7 Anti inferiority complex.Agenda ini saya sebarkan sejak tahun dua .Mendapat idea dari Us Azharuddin Margilan yang saya sanjung sebagai individu yang sangat bersemangat meskipun diuji Allah dengan sedikit kekurangan.Jangan jadikan diri kita kecil di mata orang.Tetapi tanamkan azam ‘Aku ingin jadi seorang yang hebat’ dalam diri.InsyAllah,kita akan cuba melakukan yang terbaik mengatasi segala kekurangan dan kelemahan diri.Saya cadangkan untuk buat SWOT dalam muhasabah study tahunan.
2.1.8 Suka mencipta kelainan.Saya akan pastikan cara saya berfikir,bertindak dan merancang menepati konsep THINK OUT OF THE BOX.Terobos segala kebiasaan yang ada di sekeliling anda dan cipta sesuatu yang luar biasa atau kelainan.Tetapi pastikan ia tidak menjadi fitnah pula.
2.1.8 Saya tidak berminat menyentuh item perkuliahan sebagai isu untuk digembur di sini kerana bagi saya semua sudah makruf dengan sistem di sini dan budaya pelajar Azhar di Mesir dari dulu lagi.Cuma,berusahalah untuk menongkah arus agar tak mudah terpengaruh dengan budaya yang negatif lagi merugikan itu.
Saya rasa cukuplah perkongsian untuk kali ini dahulu.InsyaAallah minggu depan saya akan publish persediaan luaran saya yang agak complicated untuk dihurai.Ini kerana moto hidup saya adalah ‘dicipline is the key to success’.Jadi mungkin saya agak syadid bab belajar ini demi memastikan suatu revolusi dalam pencapaian akademik seorang Azhari.
Sesungguhnya,saya bukanlah seorang yang sempurna dan tidak berhajat mendabik dada.Tetapi seorang mukmin itu sewajibnya memastikan hari ini lebih baik dari semalam.
Buah tangan saya kali ini adalah lagu Vince yang selalu membosankan WMP laptop saya kerana terlalu kerap mengisi frekuensi ruang bilik di Arma ketika mula membuka helaian kitab kuliah.Selamat menghayatinya!!!(click kat songspot di blogroll)
MIMPI YANG PASTI!

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in motivasi. Bookmark the permalink.

2 Responses to Motivasi diri siri 1

  1. aljanianji says:

    Kadang2 Kejayaan seseorang dilihat hasil daripda perbandingan seseorang dengan seseorang yang lain. Maka dari situlah diketahui kelebihan seseorang dinilai sebagai kejayaannya.

    Smoga berjaya kapada semua,,
    Allahummaj’alna Minal ‘Ulama’ul ‘Amilin..

  2. sis says:

    [aljanianji]Hmm…mendalam dan kata2 yang bermakna

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s