Azhari sebagai jurutera sosial

Bismillah….

Baru2 ini seorang sahabat saya(seorang pimpinan kampus dan siswa tahun akhir UIA) telah memforward satu emel yg saya kira bakal menarik perhatian para pembaca jika anda seorang siswazah atau graduan azhari.Saya terpanggil untuk menghurai harapan beliau melihat kelahiran Azhari sebagai seorang jurutera sosial.

  must-read-article-for-azhariy.doc 

2163233527.jpg

Meskipun pembaca akan berkecil hati dengan limpahan tuduhan sahabat saya ini,namun jika dinilai dari sudut positif,banyak betul dari yang salah. 

196489998.jpg

Jurutera merupakan kerjaya profesional yang menjanjikan gaji 4 atau 5 angka di Malaysia.Namun tidak dinafikan komitmen mental proaktif dan fizikal aktif menjadi aset utama menaikkan kredebiliti seorang jurutera di samping kelulusan akademik yang tinggi samada dari dalam atau luar negara.Apa yang lebih penting,titik bersamaan yang boleh ditemukan antara seorang jurutera dan jurutera sosial adalah matlamat membaikpulih sesuatu struktur.Bezanya skop kerja jurutera memberi pengkhususan kepada struktur objek binaan atau lanskap manakala jurutera sosial pula merangkumi insan berakal lagi beremosi .Justeru ,tentulah prestasi kerja seorang jurutera sosial yang cemerlang itu beribu kali lebih tinggi dari seorang jurutera biasa meskipun tiada bayaran gaji di dunia.Meskipun pelaburan material,minda dan tenaga ditagih dari seorang jurutera sosial,namun hanya redha Allah dan jaminan syurga menjadi saham akhiratnya. 

Individu pertama mempelopori bidang kejuruteraan sosial adalah nabi Muhammad saw.Jika disingkap lembaran sirah perjuangan baginda,ketamadunan manusia dari pelbagai sudut seperti syakhsiah diri dan pentabiran negara berjaya dinaiktaraf.Ratusan sahabat baginda yang melalui susur galur tarbiyah teori dan praktikal lahir cemerlang menjadi saf kepimpinan umat akhir zaman.Proses tarbiyah inilah yang seharusnya dijadikan modal kerja seorang jurutera sosial berteraskan lambakan ilmu dan pengalaman. 

Azhari selaku penyambung risalah tarbiyah Nabi saw alaf ini sewajibnya mengupgrade medium teori dan praktikal tarbiyah dalam mendepani mad’u sasaran yang lebih agresif kurun ini. 

Justeru,satu modul yang lebih kreatif dan inovatif perlu difikirkan untuk melahirkan komuniti sosial yang mendekati penciptanya dengan penghayatan Islam yang lebih komprehensif,bukan intensif.Usaha ini meminimumkan kebergantungan Azhari dengan sistem thurasi sepenuhnya dalam pendekatan dakwah dan tarbiyah.Sebaliknya,kombinasi thurasi dan uslub hadhari perlu dijana demi memastikan kesinambungan penerimaan mad’u terhadap konsep yang digunapakai.Namun,usaha jutaan ulama dahulu perlu dijadikan kayu ukur dan sempadan sebelum bertindak memvariasi uslub dakwah.Ini kerana,ramai tokoh agama hari ini yang berlatarbelakang akademik yang tinggi dan cemerlang cuba untuk tidak mengeksklusifkan Islam kepada masyarakat,tetapi acapkali agenda baru yang dibawa tersasar jauh dari modul kejuruteraan sosial yang diaplikasi oleh Rasullullah saw dan para ulama salafiyyin.Impaknya,khilaf dalam masyarakat makin membarah dek fatwa bombastik yang dicipta tetapi realitinya gagal membawa masyarakat mendekati Islam secara syumul.

 Mentaliti Azhari dalam memahami wacana dakwah dan halangan mad’u menerima tarbiyah perlu dibuka seluas mungkin agar khilaf yang kecil tidak diperkasa menjadi punca masyarakat mengetepikan hukum fardhu yang lebih besar prioritinya untuk menjadi isu perbahasan umum.Pembaharuan secara total dalam tindakan dan gerakan serta sikap dan mentaliti Azhari perlu dimulakan secepat mungkin!

Tindakan jangkamasa pendek yang boleh dibentuk mulai saat ini adalah adaptasikan ilmu thurasi dalam diri seorang jurutera sosial dan dalam masa yang sama menanam  sikap ingin tahu yang mendalam terhadap semua modul yang dicanangkan oleh Rasullullah dahulu.Synergizekan pemusatan ilmu dan amal sebagai bekal.Pelbagaikan kebolehan diri samada dari sudut teknologi dan strategi.Tambah pengalaman melalui medium berpersatuan.Seterusnya,juarai isu ummah untuk menilai pendekatan sosial yang lebih efektif dan wajar untuk diterapkan sekembalinya ke medan sebenar;Malaysia.Segala produk informasi,komunikasi dan teknologi yang canggih perlu dimanipulasi sebagai pemangkin modul kejuruteraan sosial yang ingin dipraktikkan nanti.

Semoga Azhari qurani hari ini bukan sahaja mampu menjadi seorang jurutera sosial sekembalinya di Malaysia kelak,bahkan mempunyai bakat kepimpinan yang besar dan berani mencipta revolusi ketamadunan manusia berteraskan sumber Al-quran dan sunnah yang asli lagi berkualiti.

Menjawab artikel sahabat saya ini,Azhari bukan retorik lagi!!!Kami akan buktikan.InsyaAllah.

p/s:Buah tangan dari saya kali ini berupa sebuah paperwork murabbi ,Us Ghani

peranan-ulama-dalam-era-globalisasi.pdf

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in motivasi. Bookmark the permalink.

5 Responses to Azhari sebagai jurutera sosial

  1. ibnu ali says:

    Dah terbukti bahawa Azhari telah sekian lama mewarnai arena siasah, ekonomi, sosial di Malaysia.

    Bagaimanapun bagi azhari yang sekarang ni, maybe 10, atau 15 tahun lagi akan membuktikannya.

    Patah tumbuh hilang berganti. InsyaAllah.

  2. ahmedabduh01 says:

    bismillah….(in the name of ALLAH)

    this article is very important to push up all azharians to open their eyes to see what the people said to them.
    in certain ideas, i agree with the author.
    i think we should make a combination discussion between azharians and professional groups and u should ask the author to join it

  3. sis says:

    syukran atas responsif segera sahabat2.dah boleh jadi jurutera sosial yang cekap ni!!! =)

    [ibnu ali]azhari yg balik cemerlang tak ramai.majoriti yg balik berdiam itu menjadi sasaran author.iAllah kitalah generasi revolusi azhari alaf ini.

    [ahmedabduh01]erm..a very good idea!it’s better if you lead the discussion asap.what do you think?i’ll introduce you with him biiznillah.
    (just click his link from my blogroll-kawan2,sdr hazwan)

  4. amierwan LLB says:

    alhamdulillah.respon yg baik dr sahabat2 azhari/azhariah.sebenarnya dah lama sy ingin melontarkan idea sebegini,mungkin ia tidaklah terlalu signifikan, namun hubungan atau ‘networking’ mahasiswa/i al-azhar dengan siswa profesional bagi saya perlu disusun dan dijalin agar lebih erat lagi teguh. Sbg bakal ‘Jurutera sosial’, sudah tentu ‘soft skills’ sangat penting utk berdepan dengan masyarakat dlm suasana hari ini. Dipadukan dengan sokongan dan kekuatan kumpulan profesional dlm negara, semangat ‘partnership’ ini mudah2an memberi impak positif untuk sinergi kebangkitan semula islam di tanahair. InsyaAllah.

  5. sis says:

    wah!the author(amierwan LLB) dah dtg bg komen..ahlan2 bik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s