Rindunya berjumpa lailatul qadr

Antara keistimewaan bulan Ramadhan ialah malam yang agung yang dikenali sebagai Lailatul Qadr(malam kemuliaan) dimana Allah telah menurunkan satu surah lengkap yang menerangkan tentang keadaan malam itu, kemudian Allah menerangkannya lagi pada permulaan surah Ad-Dukhaan. Maka beribadah pada malam Qadr adalah sebanding dengan beribadah selama seribu bulan. Firman Allah Ta’ala (Al-Qadr:1-3), dan dalam nisbah umur manusia, beribadah pada malam ini sebanding beribadah selama lapanpuluh tiga tahun empat bulan.
 
PENAMAAN MALAM AL-QADR
 
Sebahagian ulama mempunyai beberapa pendapat tentang penamaan malam Al-Qadr ini, antaranya ialah:
1-Dinamakan malam Al-Qadr atas makna ianya adalah malam perlaksanaan dan hukuman. Dalam kitab Al-Qurtubi, Mujahid telah berkata :”di dalam ayat kedua surah Al-Qadr ,Lailatul Qadr maknanya malam penilaian, dinamakan sedemikian kerana pada malam itu Allah Ta’ala akan menilai segala yang dikehendakiNya dari urusanNya kepada seumpamanya hingga tahun yang akan datang iaitu urusan maut,ajal,rezeki dan sebagainya.
 
2-Ada juga yang mengatakan ianya adalah malam persiapan/pengaturan. Dari Ibnu Abbas RadhiAllahu anhuma meriwayatkan: sesungguhnya pada malam Al-Qadr Allah Azza Wajalla akan menilai apa yang terjadi pada setiap tahun, dan Dia akan menyerahkanya kepada pengatur-pengatur segala urusan dan mereka ialah empat malaikat iaitu; Israfil, Mikail, ‘Izrail dan Jibril Alaihimussalam. Mereka ini akan menguruskan urusan pemanjangan(مط ), rezeki, penghidupan dan hal mematikan. Makna ini dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Ad-dukhaan, ayat 4 dan 5. dan ta’lil inilah yang dipilih oleh semua ulama.
 
3-Mujahid bin Jabir telah berkata;”malam Al-Qadr ialah malam hukuman/ketentuan”. Dan seorang lelaki telah berkata pada Hassan Al-basri;” adakah engkau melihat/berjumpa malam Al-Qadr pada setiap bulan Ramadhan?” Beliau menjawab;”Ya, demi Allah yang tiada tuhan selainNya, sesungguhnya malam Al-Qadr  benar-benar ada pada setiap bulan Ramadhan dan sungguh ianya adalah malam kemuliaan yang didalamnya di jelaskan setiap perkara dengan hikmah, didalamnya Allah melaksanakan segala urusan ajal,amal dan rezeki dan seumpamanya”. Begitulah juga yang dikatakan oleh Sa’eid bin Jabir rahimahullah.
 
4-Pendapat lain mengatakan makna malam Al-Qadr itu ialah malam kemuliaan dan keagungan. Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Al-Qadr,ayat 3 dimana dalam ayat ini ada pemuliaan/pengagungan untuknya(malam Al-Qadr). Pemuliaan ini samada kembali kepada orang-orang yang melakukan kebaikan pada malam itu dimana sesungguhnya sesiapa yang berbuat taat dimalam itu akan menjadi seorang yang mulia dan terhormat, ataupun ianya(kemuliaan) kembali kepada perlakuan/perbuatan yang baik kerana berbuat taat di malam itu lebih banyak pahalanya dan lebih mudah dikabulkan.
5-Dikatakan juga ianya dinamakan begitu kerana Allah Ta’ala telah menurunkan pada malam itu satu kitab yang mempunyai kehormatan, keatas seorang utusan/rasul yang mempunyai darjat/kehormatan, dan dikhususkan pula untuk ummat yang berkemampuan, atau sesungguhnya Al-quran keseluruhannya telah di turunkan kelangit pada malam Al-Qadr di bulan Ramadhan. Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-baqarah,ayat 185. Al-imam Abdullah bin Alawi Al-haddad  pula mengulas bahawa ketika Allah berfirman dalam surah Al-Qadr, kita mendapati bahawa Allah S.W.T telah menurunkan Al-quran pada bulan Ramadhan, kemudian di turunkan Nya pula pada malam Al-Qadr secara istimewa/khusus/terkemuka, dan penurunan ini bermula dari Lauh Mahfuz hingga ke Baitul ‘Izzah di langit dunia.
 
 
KELEBIHAN MENGHIDUPKAN MALAM AL-QADR
 
Kelebihannya terdapat dalam dua hadith sohih dan selain keduanya, telah diriwayatkan dari Abi Hurairah Radhiallahu anhu, dari nabi S.A.W telah bersabda; “barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, di ampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu” , dalam riwayat Al-imam An-Nasaie telah menambah: “dan dosanya yang akan dating”.
 
 
HIKMAH MALAM AL-QADR DI RAHSIAKAN
 
Allah Ta’ala telah merahsiakan malam Al-Qadr ini, dan Rasulullah S.A.W  telah menjelaskan bahawa waktu yang sangat sesuai untuk meminta pertolongan/berdoa adalah pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, dari itu hendaklah seorang mu’min itu bersungguh-sungguh dalam beribadat, sepanjang malam bulan Ramadhan dan hendaklah meneliti (لنفحاتها) dan mengawasinya/menantinya setiap malam.
 
Antara hikmah ianya dirahsiakan ialah sebagai satu cara dari cara-cara untuk memupuk rasa asyik dan suka dalam beribadah serta menjaganya dengan baik, dengan begitu bertambah lah kecergasan/kecekapan/kesungguhan.
 
Penyembunyiaan malam Al-Qadr ini adalah serupa seperti penyembunyian waktu yang mustajab untuk berdoa pada hari Jumaat, nama-nama Allah yang Maha Agung, dan rahsia Allah dalam ciptaan Nya, redho Nya bagi siapa yang taat dan murka Nya bagi siapa yang berbuat maksiat kepadaNya.
 
 
TANDA-TANDA MALAM  AL-QADR
 
Antara tanda-tanda yang paling penting yang telah di sebutkan dan di tetapkan didalam kitab-kitab sunnah nabawiyyah adalah seperti berikut:
1-Ianya berada pada setiap bulan Ramadhan dan juga pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi pada malam-malam ganjil.
2-Pada malam itu banyak malaikat yang turun ke bumi dalam bilangan yang tidak terkira.
3-Cuaca pada malam itu tidak panas dan tidak pula sejuk.
4-Pada paginya pula matahari akan kelihatan kurang bercahaya dan kemerah-merahan, ia terbit tetapi tidak bersinar.
 
 Telah dinyatakan oleh At-toyalisi dari Ibnu Abbas Radhiallahu anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda mengenai malam Al-Qadr; “malam yang سمحة طلقة ,tidak panas dan tidak pula sejuk, dan matahari pada paginya menjadi kurang bercahaya serta kemerah-merahan”.
 
 Diriwayatkan oleh Muslim dari Zar bin Habish dari Ka’ab: sesungguhnya matahari pada paginya terbit tanpa sinaran padanya, manakala Ubai pula berkata: kami telah di beritahu oleh Rasulullah SAW: “sesungguhnya ianya terbit pada hari itu tanpa sinaran padanya”.
 
 
Adapun tanda-tanda lain yang tidak bersandarkan kepada dalil musnad sohih tetapi ianya berdasarkan pengalaman dan pengamatan individu yang telah banyak di ceritakan/dikongsikan sesama manusia, antaranya:
1-Air laut tiba-tiba menjadi tawar.
2-Tiada seekor anjing pun yang menyalak pada malam itu.
3-Keldai-keldai pula tidak bersuara.
4-Pokok-pokok kelihatan menundukkan dahan-dahannya  kebumi.
5-Terdapat cahaya yang kelihatan terang/berkilau pada tempat-tempat yang biasanya gelap.

Ini merupakan produk terjemahan sebuah kitab Arab oleh sahabat saya,ukti Hamizah (Brunei)lailatul-qadrm.pdf

Ya Allah!Dah 22 tahun ku bernafas di dunia ini,berilah peluang walau sekali bertemu malam istimewa ini.Moga kau kabulkan doa hambaMu.Thabatkan aku beramal untukMu,bukan kerana syurgaMu.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in المقالات العلمية. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s