Talaqi:Dari kacamata seorang hamba…

Saya berkenan utk berkongsi bersama pembaca sepucuk surat yang saya terima(dlm file WORD he3) dari seorang sahabat yang byk bg support kepada saya dan kawan2 lain utk serius dalam bertalaqi..moga kita mendapat manfaat bersama.

 assalamualaikum..

bagi pencinta ilmu yang budiman.. hamba bukanlah org yg layak untuk menulis,sekadar ingin berkongsi sedikit maklumat dan pengalaman dengan kalian..menuntut ilmu bukanlah suatu perkara yg mudah kerana ia memerlukan kekuatan untuk melawan nafsu.nafsu yg paling payah untuk kita lawan adalah pergi mengaji @ talaqi..hamba tertarik untuk menyentuh topic ini atas permintaan sahabat hamba.hadith Nabi SAW bermaksud apabila diminta nasihat,maka berilah nasihat.ad-deen nasihah.. 

kenapa hamba kata menuntut ilmu itu suatu benda yg payah? ujian org yang ingin menuntut ilmu (yg dimaksudkan dgn menuntut ilmu disini-ilmu berkaitan dgn agama) itu lebih banyak berbanding dgn org yg mencari kekayaan dan lain2.syaitan akan berusaha memujuk kita agar ikutkan nafsu dan meninggalkan majlis2 ilmu.kerana .seorg alim lebih bagus dr seribu ‘abid.sebab itu difardukan menuntut ilmu..sesuatu yg difardukan,menunjukkan ia sgt penting bg kita umat islam..perkara fardu ibarat rantai yang mengikat dan menarik umat islam ke dalam syurga.selagi kita tidak memutuskan rantai itu iaitu dgn meninggalkan fardu,maka kita akan selamat dr terjerumus ke lembah kebinasaan.. 

guru hamba,memberitahu ilmu ini ibarat gadis sunti yg sgt pemalu dan kuat cemburu.dia tidak akan mendampingi kita sekiranya kita tak bersungguh2 melayannya..sentiasa menyebut2nya.apabila kita tak menumpukan sepenuh perhatian kita padanya,dia akan meninggalkan kita..itulah ilmu yang bermanfaat dan berkat.yang boleh mengubah hidup org yang menyintainya.cukup sukar diperolehi.. 

hukum belajar suatu ilmu itu, mengambil hukum amal perbuatan tersebut.contoh,sekiranya wajib fardu ain bagi seorg muslim solat,maka hokum belajar ilmu yg berkaitan dgn solat,syarat,rukun dll adalah fardu ain.sehingga dia boleh melakukan solat bertepatan dgn syara’.begitulah bagi seorg yg mmg khusus dihantar belajar agama,n balik Malaysia(bagi yang belajar di luar Negara) akan dipanggil ustaz maka wajib fardu ain bg dia  untuk belajar ilmu2 agama dgn lebih dlm lg..itulah amanah yg berat.sekiranya dia tak belajar betul2,tak kuasai ilmu dan cara berfikir tak bertepatan dgn quran dan sunnah,takut2 dia akan mengeluarkan pendapat2 yang bercanggah dan merugikan umat islam..gara2 untuk menutup aib diri yg masih jahil.. 

pencinta ilmu yg budiman,kalian sudah tahu kepentingan ilmu,hanya org yang berilmu yg takut pd Allah.org yg berilmu kena menjadi model kpd masyarkt menjadi org yg bertaqwa pd Allah.. bg mereka yang ingin dan bersedia melalui jalan ini,khususnya di mesir, hamba nyatakan peluang2 yg ada untuk saudaraku sekalian pilih.sekadar yg hamba ikut,pengajian di masjid azhar..jadual kalian boleh dapati di sana.iltizamlah i-allah kalian boleh temui permata yg bernilai tanpa perlu dibayar..hanya tambang bas atau teksi.ramai masyaikh yg sedia mencurahkan ilmu pd kalian.dan kita dapat belajar cara ulama’ azhar berfikir.tidak melampau memberat2kan atau melampau meringan2kan hal agama.mereka pilih jalan pertengahan.khairul umur ausatuha..sebaik2 perkara adalah yg pertengahan..setakat itu yg hamba lakukan sepanjang hamba berada di mesir.jiwa  hamba,hamba cuba dekatkan dgn masjid yg penuh barakah ini yg pernah melahirkan jutaan ulama’..tak salah kalian ingin mencari guru2 lain di tmpat lain..hamba sekadar ingin berkongsi.. ilmu itu bukan terletak pada tempat..Allahlah yg mengajar hambanya apa yg dikehendaki..siapa yg bertaqwa dan mengamalkan ilmu yg ada Allah akan beri n permudahkan bgnya mengusai ilmu lain..dan haruslah kita jaga niat kita dlm menuntut ilmu ini.bukan untuk mencari kemahsyuran,kekayaan,pangkat atau supaya di panggil alim,tapi hanyalah untuk perbaiki diri n menjadikan diri lebih takut dan cinta pada Allah, dan mengurangkan rasa cinta pada dunia.. 

bagi yang berada di Malaysia, kawasan selatan,Selangor,johor,n9 dll..hamba nak  perkenalkan suatu tmpat di Melaka,sungai udang.pondok yg baru dibangunkan semula, Baitul Qura’. tempat itu lah yg membuatkan hamba rasa seronok mengaji..di sana ada pengajian mingguan hari ahad jam 9 pagi.hadith dan tafsir..cukuplah seminggu sekali sekurang2nya kita menjamu rohani kita dengan ilmu.. bagi di belah utara memang tak dinafikan banyak pondok2 yang sudah lama bertapak dan mahsyur dgn guru2 yang alim.. hamba rasa panjang dah ni.cukupla sekadar itu hamba tulis.moga Allah memberi kita semua taufiq dan kesabaran menuntut ilmu.. 

wallahu ‘alam..addalul ‘alal khoir kafa’ilihi…

p/s:terima kasih tak terhingga buat sahabat yang menggelarkan dirinya ‘hamba’ ini..moga kita bersemangat jua sepertinya dalam menimba ilmu.ameen.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in motivasi. Bookmark the permalink.

3 Responses to Talaqi:Dari kacamata seorang hamba…

  1. muslim says:

    apalah makna tulisan ini jika sekadar dibaca tak di amal,apalah ertinya amal jika tak ikhlas..dan tidaklah diperintahkan kamu melainkan untuk menyembah allah dgn ikhlas..ya allah berilah kami taufiq.menuntut ilmu merupakan satu pekej,meningkat darjat,membersihkan hati,menghapus dosa dan menghilangkan kejahilan…

    satu lagi moga kita tergolong dlm golongan yg mendapat naungan di akhirat kelak..pemuda yg hatinya terikat dgn masjid..selalu mghadiri msjid..ameen ya rabb.matikan lah kami dlm khusnul iman..

  2. sis says:

    tq muslim(penjejak_marjan3)..tulisan ini amat bererti kerana…
    ..amal dtg dr ikhlas
    ..ikhlas dtg dr faham
    ..dan faham diperolehi dgn membaca artikel ini-rukun baiah teori Hassan al-Banna
    mmg pemuda yg terikat dgn masjid mendapat naungan.so,pemudi camner lak?he3…this is not a reason for akhawat utk x gi talaqi.tapi yg ana tgok mmg akhawat Msia jarang la.kalau ade pon susah nk istiqamah.bukan nak kata org,diri sendiri ler.so,one of the way to istiqamah is staying in ARMA.Pakat dok ARMA naa…!
    DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN!

  3. newrehmi says:

    artikel yg bagus..! betul, mencari ilmu itu sangat payah. banyak sangat dugaan.. terutamanya ilmu agama.. banyak benda kita perlu tinggalkan.

    jika dia seorang perokok, dia perlu tinggalkan habit itu. jika dia seorang pemuzik, perlu juga dia tinggalkan habit itu..
    dan untuk tinggalkan sesuatu yang kita suka dan cinta, bukan mudah malah adakalanya perlu menangis dan mengumpul kekuatan sebanyaknya..

    buat pencinta ilmu, moga kalian sabar dengan dugaanNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s