Erti Merdeka

235px-history_merdeka.jpg

Bahang sambutan jubli emas merdeka semakin terasa.Heboh di mana-mana sahaja.Dada akhbar,tv,radio,bunting jalanraya dll.Maklumlah,50 tahun dah merdeka!

 Wah!Tak dapat saya bayangkan kemeriahan 31 Ogos nanti.Dato Rais Yatim sejak awal lagi telah melarang sambutan merdeka diadakan oleh mana-mana individu dengan bertujuan untuk memusatkan pada satu acara gilang gemilang di Dataran Merdeka sahaja. 

Saya agak sedih kerana return ticket saya ke Cairo bertarikh 21 Ogos.Maknanya,saya tidak dapat menyaksikan upacara ini nanti.Namun saya lagi sedih apabila memikirkan kejahilan masyarakat yang belum menghayati erti kemerdekaan sebenar.

Bagi saya,masyarakat Malaysia masih belum merdeka minda dan jiwa.Buktinya mentalisme hedonis masih lagi berakar umbi.‘Jom heboh!‘ yang menggantikan ‘Sure heboh!’ kian rancak menggabungkan irama muzik dan nasyid kontemporari.Rancangan realiti makin membiak bak cendawan.Wah!Nampaknya sudah berjayalah agenda 5 S’ Barat dan Yahudi.Seks luar nikah berleluasa.Paling sedih isu ‘seks budak sekolah’ mendapat perhatian umum media minggu lalu seperti Harian Metro. Tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan mengadakan pelbagai pertandingan teka merdeka.Menilai penghayatan kemerdekaan rakyat katanya.Tak tahulah.

 Tuntasnya,minda kita masih dijajah oleh pengaruh kuffar!”Oh!Bila nak merdeka ni?!” Lekas2lah pulang wahai Azhariy!Merawat luka rakyat yang parah dari hari ke hari.Jadilah hero merdeka hakiki tanahair ini…

 Buat kalian,saya kongsikan buah tangan yang saya terima dari Ust Abdul Ghani Shamsuddin berupa sebuah slide ‘Erti Kemerdekaan’ yang telah dibentangkan oleh beliau sendiri di sebuah masjid di Putrajaya bulan lalu.Pesan ustaz,”moga dimanfaatkan.”InsyaAllah.Saya sangat menghargainya.Terima kasih ustaz! 

Moga kita MERDEKA jiwa dan minda!

erti-kemerdekaan-by-ust-ghani.ppterti-kemerdekaan-by-ust-ghani.ppt

 

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in Malaysia tanah airku. Bookmark the permalink.

7 Responses to Erti Merdeka

  1. aljanianji says:

    Menarik kupasan!!

    Sedikit pandangan..
    Kemerdekaan bukan hanya dari sudut bebasnya dari genggaman penjajah, akan tetapi jiwa dan pemikiran juga dikatakan ‘merdeka’ untuk penghayatan agama.

    Ceramah Saudara Mahfuz juga tidak kurang hebatnya. Sila layari..http://www.youtube.com/watch?v=vd4WOA83MN4

    Bagi orang Akademik mereka tidak menyebelahi mana-mana parti politik. Akan tetapi apabila mereka melihat perkara yang baik, mereka akn menyokong perkara tersebut biarpun perkara yang baik itu daripada ahli politik.

    Semoga kita juga begitu dan melihat sesuatu perkara itu dari sudut ilmu dan juga kefahaman. Biarlah dinilai dari sudut penghayatan yang digabungkan dengan amalan agama, moga tidak tersesat dikemudian hari.

    Sedikit conclusion dari Video ceramah ‘… untuk semaikan rasa cinta kpd negara ialah dengan cara kempen mengibarkan bendera jalur gemilang. Dikibar sehelai bendera, tetapi dirampas sebidang tanah ..’

    Fikirkan…!!

  2. fit3nan says:

    sedang berfikir..hope shbt2 pun dapat memikirkannya..jgn lupa manfaatkan slide tu yer

  3. Dr_Kadir says:

    Teringat ceramah tok guru Nik Aziz berkenaan cara sebaiknya untuk menyambut kemerdekaan berdasarkan surah An Nasr – Bertasbih, bertahmid dan beristighfar… Selamat Hari Merdeka !!😀

  4. fit3nan says:

    Selamat Hari Merdeka Dr.Kadir n kwn2 semua!

  5. pkah says:

    wah…ayunyer kak fit3..hehe. first time buka blog ni..syabas, bravo alaik! teruskan usaha..moga usahamu ini dapat membuka mata mrk2 yang masih ‘tidur’..rindu kak fit3. smlm tak dapat join conference..sayangnya..sbb ada hal..nnt kalau ada lg,bgtau ye! oh ya, jd ke projek kita nnt?

  6. fit3nan says:

    dik..tq lawat blog akak..biasa2 jer akak ni..he3
    rindu gak ni..bila nk jumpa?conference tu 2mggu sekali..iAllah 4/8 ni,sbtu kul 2.30ptg msia..jemput ler.
    projek tu xleh ckp kat sini..🙂..kita bincang kat luar yer..privacy la!

  7. no name says:

    Memang tak patut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s