“Den oghang Noghoghi”

n92.png

“Fitri,mesti orang takut nak kahwin dengan awak yer,”kata cikgu Hanif,guru sejarah saya sesi PMR 2000.

Tak kurang pula ada yang memperlekehkan saya,”Habislah suami awak nanti tinggal sehelai sepinggang.”

Semua ini gara-gara saya berasal dari Negeri Sembilan dan berpegang kepada Adat Pepatih.

Lucu bila flash back memori ini.Sememangnya makayah saya pure N9.Walaupun saya adalah anak kelahiran kota KL dan menetap lebih 20 tahun di Selangor,namun saya lebih berbangga dengan asal keturunan saya ini.Pendidikan awal saya(tadika) juga bermula di Kampung Padang Lebar (terletak di Pekan Batu Kikir,N9.)

Minggu lepas hati saya terubat apabila TV3 membuat liputan rasmi tentang adat kami (bersempena Pameran Adat Pepatih yang sedang berlangsung di Seremban,N9 sekarang) yang saya kira dapat menyangkal segala tomahan dangkal dan pemahaman yang disalaherti oleh sebahagian orang.

Undang2 Adat Pepatih:“Harta bawaan dimiliki,harta sepencarian dibahagi dan harta dapatan ditinggal”

Benarlah kata2 ‘knowledge is power’!Yes!Power to attack and defend.Kalau dulu saya agak buntu dan tandus idea ketika berdebat mempertahankan adat ini dek kurang informasi.Tapi kini tidak lagi!

Wah!Unik rupanya Adat Pepatih.Tentunya gadis N9 bisa menjadi idaman andai adat ini difahami dengan baik.Kenapa?Kerana mengikut salah satu daripada undang2nya:

1.Harta bawaan atau harta milik suami sebelum berkahwin adalah hak suami sepenuhnya

2.Harta sepencarian atau harta yang dikumpul bersama sepanjang tempoh perkahwinan dibahagi antara suami dan isteri.

3.Harta dapatan atau harta pusaka yang diwarisi oleh si isteri daripada keluarganya perlu ditinggalkan/tidak diusik oleh suami(dimiliki sepenuhnya oleh isteri)

Aha,tidak timbullah soal suami muflis apabila berlaku perceraian hidup atau mati dengan isteri yang berdarah Pepatih ini. Keluarga saya masih lagi berpegang dengan sebahagian Adat Pepatih.Antaranya,larangan berkahwin sesama suku.

Apa itu suku?Oh!Setiap anak N9 mengetahui sukunya mengikut keturunan sebelah ibu.Contohnya,saya yang berasal dari suku Solomak atau fushahnya Seri Lemak tidak boleh berkahwin dengan pemuda N9 daripada suku yang sama melainkan setelah membayar denda.Pelik bukan?Tapi ini realiti.Mengapa?Kerana ukhwah sesama suku sangat kuat umpama adik beradik.Secara tidak langsung adat ini berjaya memperkembangkan populasi keluarga.Tidaklah hanya berkahwin sesama saudara sahaja!Namun,bagi gadis N9 yang ingin berkahwin dengan pemuda dari negeri luar,tidak ada sebarang larangan.Bagaimana?Hebat!

Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan “Selamat Pengantin Baru” muqoddam buat sahabat seperjuangan Abdul Rahman Muhammad dari Kedah yang berjaya mencuri hati Nurul Bariah dari N9 dan akan melangsungkan perkahwinan usai raya tahun ini. Aha,nampaknya orang Kedah sudah ada ilmu Pepatih rupanya!Tak kenal maka tak cinta!

Glosari Dialek Negeri:

Kaba = santan perahan kedua atau lebih

Sege = kikis

Polak = panas

Langkeh = habis

Bulat ‘an = satukan

Ungkap = semak

x berdaso = x berbaloi

Berghonjeng = bermain

Berghengge = berehat/bertenggek

Bersoko/melalak = suka berjalan

Bersoka/bersonggan = paras yg ditinggalkan oleh nasi,lauk atau kuah

…….dan banyak lagi.Hurm!Kena la mula belajar dari sekarang yer!He3:)

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in adat dan kepercayaan. Bookmark the permalink.

9 Responses to “Den oghang Noghoghi”

  1. rattrapt11 says:

    abis arrr Man kene

  2. shattirs says:

    salam,miq,xpeje ,man ckp tdi.cuma rahman malu..tapi ok jer.

  3. fit3nan says:

    err…jadi tpt chat pulak yer..xpe je.mmg tarikh dah ubh,sebelum raya.man ade bgtau ana.xpe..kita doa sama moga Allah permudahkan urusan man dan pasangannya.amin.

  4. rattrapt11 says:

    xper jer…iA kita doakan agar mereka bahagia…korang nk kasi aper…aku nk kasi gelas ‘shai’nnti leh g umah dia jamu ngan gelas tu…wakakakakaka

  5. shattirs says:

    aik,miq,mendeela yg hang nak bagi 2,pepun kita doakan mereka bahagia.ok.amin.Ya Allah Permudahkanlah urusan Rahman dan pasangannya..

  6. rattrapt11 says:

    awat yg hang gaduh sangat ngan aku ni gaye….
    tuan punya blog…sabo k

  7. fit3nan says:

    rattrapt11…sorila..ana dah edit komen nta…ngeri ana dengar..

  8. rattrapt11 says:

    main2 jer fitri…dari dulu gaye tu mmang nk kene

  9. shattirs says:

    ala,miq,x baikla bgtukan,mari kita berukhwah sesama islam.jgn amik hati dgn amiq..ok

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s