Perempuan kurang akalnya dan agamanya

perempuan-kurang.png

Jabatan bahasa saya menyediakan ruang untuk mengkaji ilmu sastera Arab secara mendalam.Jadi,tak belajar ilmu agamakah?Belajar.Saya belajar feqh,hadith,tafsir,qaah bahas dan saya menghafal satu per lima al-quran.Alhamdulillah.
Tapi masih tak cukup untuk menjuarai isu ummah nanti.Jadi saya akan gunakan cuti nanti untuk belajar lagi.InsyaAllah.
Cuma saya nak berkongsi tentang salah satu dari 15 hadith muqarar kami iaitu:
Perempuan kurang akalnya dan agamanya.
“Perempuan kurang akal?Eh!Betul ke?”Kata seorang kawan sejabatan kami.
“Bukan tu,akalnya kurang.”Kata saya.
“Bukan sama jerk ke?”Dia menambah.
“Tajuk ni ana pegang.Mesti semua nak tahu hakikat sebenar,kan?*”kata Ainul.
*teks setelah disaring
Inilah reaksi pertama bila kami berkumpul untuk berbincang.Tapi malangnya,Ainul tak sempat untuk bentang kerana masa kami yang agak suntuk dan hampir dengan oral.Jadi setelah baca dan faham,”tajuk ini begitu menarik!”sentak hati kecil saya.
Sebab itulah saya berkongsi dengan pembaca.Terkial2 saya memikirkan tajuk yang sesuai.Saya takut pembaca salah faham.Ada pula yang marah tak bertempat nanti.
Jadi hadith Rasulullah,

عن سعيد الخدري رضي الله عنه”خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم قد اضحى-او في فطر-الى المصلى,فمرعلى النساء فقال:يا معشر النساء تصدقن,فان اريتكن اكثر اهل النار.فقلن:وبما يارسول الله؟قال:تكثرن اللعن وتكفرن العشير ما رايت من ناقصات عقل ودين ادهب للب الرجل الحازم من احدكن.قلن:وما نقصان ديننا وعقلنا يا رسول الله؟قال:اليس شهادة المراة مثل نصف شهادة الرجل؟قلن:بلى.قال:فدالكن من نقصان عقلها.اليس ادا حاضت لم تصل ولم تصم؟قلن:بلى.قال:فدلكن من نقصان دينها.”

Mafhumnya:Daripada Said Al-Khuzri radiallhu anhu:Rasullullah(saw) telah keluar pada hari raya Aidil Adha –atau Aidil Fitri-menuju ke masjid.Baginda melalui sekelompok perempuan lalu bersabda,”Wahai kaum perempuan,bersedekahlah.Sesungguhnya aku melihat kaum kamu semua ramai menjadi ahli neraka”Mereka bertanya,”Kenapa pula wahai Rasullullah(saw)?”Baginda bersabda,”Kerana perempuan banyak melaknat dan menafikan asyirah(kebaikan suaminya)…dan aku melihat mereka(kaum perempuan) ini kurang akalnya dan agamanya.Telah mempengaruhi(menggoda) pemikiran lelaki yang waras.”Mereka berkata,”Apa pula kurangnya agama kami dan akal kami wahai Rasulullah(saw)?”Rasulullah(saw) menjawab,”Bukankah penyaksian seorang perempuan seperti separuh(sahaja) penyaksian seorang lelaki.”Mereka menjawab,”Ya.”Rasulullah(saw) menambah:Itulah tanda kurangnya akal seorang perempuan.Bukankah jika seorang perempuan haid,dia tidak solat dan puasa?”Mereka menjawab,”Ya.”Rasulullah(saw) menambah,”Itulah tanda kurangnya agama seorang perempuan.”
Semasa Israk Mikraj,Allah kurniakan mukjizat kepada nabi melihat ahli neraka dan pelbagai senario lain yang bisa menjadikan hambaNya lebih mengimani keagungan Pencipta.Ahli neraka yang teramai adalah perempuan!Kenapa?
1,Kerana perempuan banyak melaknat dan berkata nista
2,Kerana perempuan tak hormat suami
3,Kerana perempuan kurang akalnya dan agamanya.
Apa yang dikatakan kurang akal?Buktikan!
Ohw!Nisbah seorang saksi lelaki adalah dua saksi perempuan.Bermaksud,kalau perlakuan zina akan jatuh sekiranya ada 4 saksi lelaki,jadi kalau perempuan yang jadi saksi?Maka gandakanlah!Jika tidak,tuduhan tidak jatuh.Kenapa begitu?
Rasul menerangkan bahwa akal perempuan di pengaruhi emosi.Maka,ada tindakan yang kadangkala tersasar sekiranya mood tidak baik.Betul kan?U JUGDE IT!
Ini tabiat semulajadi yang Allah ciptakan.
Apa pula kurang agama?
Wah!tak cukupkah Islam sahaja?Kena tambah agama apa lagi?Bukan begitu,tetapi yang dinilai adalah ibadatnya kurang.Buktikan!Bukankah wanita ada bonus ABC setiap bulan?Allah Bagi CutiJ.Jadi ,solat boleh ditinggal tanpa ganti.Puasa juga begitu,tapi jangan lupa ganti pula!Jadi ibadat perempuan kurang sedikit dari lelaki.
Kerana tabiat yang Allah jadikan inikah dikatakan penyebab wanita memasuki neraka?Salahkah kami ada bonus ABC?Salahkah kami kurang mutu saksi?
Kaitannya adalah iman perempuan itu berkurang dan bertambah.Terdedah pada tindakan emosi,kadangkala melepasi batasan syarie.Kerana itulah ramai yang telah menempah ke syurga,tapi flight delay atau tiket cancel lalu tersalah destinasi.Maka nerakalah tempatnya.Jauhkan kami ya Allah!
(Ni dah tak sabar nak balik Malaysia niJ)
Jadi,bagi kaum hawa,binalah pendinding diri yang kuat.Jiwa yang dibentengi iman,minda yang memikir tuhan dan zikir yang ditutur lisan akan menjauhi dirimu dari menjadi mainan syaitan.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in articles. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s