Memperolehi keyakinan diri

memperolehi-keyakinan-diri.png

“Boleh ker abiskan 243 muka ni.Banyak lagi tak baca ni.Semuanya syair.Camner nak faham?”keluh hati saya ketika membuka helaian teks Balaghah.
Dugaan kami dalam jabatan ini adlah kurang kemahiran memahami syair Arab.Jadi,minda dah set kalau jumpa syair sure susah nak faham.Wah!Habislah kalau pemikiran begini menguasai kita.Siapa yang menentukan kita untuk faham?Uslub syair itukah?atau Allah yang membuka laluan untuk kita nampak satu per satu syarah lecturer tentang sesuatu syair?
Saya betulkan semula postur badan dan struktur duduk ketika study agar lebih bersemangat.Saya yakin boleh faham!Firman Allah:
“Wa man yattaqillah yajal lahu makhraja”
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,Allah sediakan bagainya jalan keluar”
Allah dah janji.Cuma perlu ada keyakinan dalam diri.Berani mencuba!Saya atur kembali jadual untuk menghabiskan kesemua muka dalam tempoh yang terhad.Saya letakkan target sebagi kayu ukur agar matlamat study saya tak tersasar.
Alhamdulillah.Bila saya berusaha untuk merungkai satu per satu kalimah syarahan lecturer dalam teks,saya menjumpai mutiara yang sangat indah!Kefahaman.
Kebanyakan kita gagal untuk memperolehi sesuatu kadangkala bukan berpunca dari kurang kemahiran.Tetapi KURANG KEYAKINAN.Kerana kemahiran diperolehi dari belajar.Tetapi KEMAHUAN dan keyakinan untuk berusaha dan belajar itu yang perlu ditanam dalam diri sebelum memulakan sesuatu.
InsyaAllah,dimana ada kemahuan di situ ada jalan.Di mana ada keyakinan,di situ kau temui kejayaan.Oh!Memandai pula saya tambah kata2 ini.heheJ
Terima kasih buat adik Amy(medic Cairo) yang bagi saya message ini:
“Bila mana keyakinan kita adalah keyakinan yang tertinggi pada Allah bahawa Dia sentiasa bersama kita,yang sempit menjadi lapang dan yang sulit menjadi tenang dan jiwa yang resah menjadi tenang.Bittaufiq wannajah.”Saya juga menerima petua dari guru tuisyen Indonesia yang mengajar kami dalam subjek Nusus semester lalu iaitu amalan membaca surah Al-Fath untuk menenangkan hati,beroleh keyakinan diri.Cubalah!Pasti terasa kesannya.InsyaAllah.
Saya doakan anda semua tenang beroleh redha Allah,satu2nya yang kita kejar dalam dunia ini.SELAMAT BERKEYAKINAN DIRI!

About Dr Fitri Nurul 'Ain Nordin

Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011) PhD in Arabic Linguistic Studies (Mac 2018)
This entry was posted in motivasi. Bookmark the permalink.

Leave a comment