Bila aku mula menyelami sastera

Alhamdulillah,Allah kurniakan peluang untuk menerokai alam bahasa yang disifatkan oleh ramai pelajar Al-Alazhar sebagai fakulti yang agak mencabar.Ramai yang terfikir apa faedahnya mendalami sastera sedang manusia asyik bercerita tentang teknologi,sedang fuqahak menemui ajalnya dek terkambus dalam timbunan syariah Allah,sedang mutasawif fana berjumpa hakikat cinta ilahi.
Bila menyedari hakikat jahilnya manusia pada ruang sastera,kucoret lembaran ini mulakan bicara.Ingin berkongsi rasa apa ada pada BAHASA.
Subjek perbandingan sastera yang menjadi bahan jamahku untuk semester ini menyingkap  suatu momentum pengukuh cintaku pada sastera bila bertaaruf dengan Klasik,Romantis,Waqi’e,Barnasi,Ramzi(Perlambangan) dan Wujudi;6 mazhab sastera tempat berpijak seorang pengkarya dalam menghasilkan produk sastera.Namun,tertarik untuk mengenali mazhab Ramzi dengan lebih teliti.
Mazhab yang mula menggegarkan pencak sastera Eropah pada tahun 1880 ini merupakan nukleus bagi ‘syair nyanyian’ yang menempati tangga kedua selepas mazhab Romantis dalam carta.Bertunjangkan konsep perlambangan dengan kemampuan untuk mengungkap makna tersirat yang tidak dapat diolah oleh lafaz,mazhab ini mula menarik perhatian ramai penyair pada abad itu.Mereka yang sebelum ini merasa kabur dalam pemilihan lafaz terbaik untuk menglontarkan rasa bagai ‘orang mengantuk disorong bantal’ bila menemukan mazhab ini.
Mazhab ini menyajikan beberapa kaedah yang boleh diaplikasi dalam penghasilan karya.Antaranya kaedah ‘gabungjalin pancaindera'(tarasilul hawas).Sebagai contoh;Thoghur, seorang sasterawan Hindi dalam sebuah karyanya menggunakan lafaz ‘diam mentari’ atau dengan kata lain matahari yang senyap telah mengadaptasikan keindahan sebenar mazhab Ramzi.Diam merupakan sesuatu yang dinilai dengan pendengaran,manakala mentari adalah objek konkrit yang dapat dilihat dengan mata.Ini bukanlah satu percubaan beliau untuk memvisualkan diam sebagai objek,tetapi makna yang tersirat adalah perlambangan matahari ketika fajar menyingsing secara senyap bak ruang angkasa tanpa ‘bunyi’.Mungkin anda tidak merasa sebarang keistimewaannya,tetapi makna yang sangat mendalam ini sebenarnya hanya mampu dihargai oleh seorang pecinta seni.
Secara totalnya,mazhab ini telah memenangi arena syair berbanding mazhab-mazhab yang seangkatan dengannya.Namun perjalanan mazhab ini dalam produk  mitos,lagenda dan drama agak lembap.Walaubagaimanapun,diri ini masih lagi cuba menyelongkar pelusuk bahasa yang sirna sinarnya.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in sastera Arab. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s