Imtihan gelanggang menimba ilmu

 

imtihan-gelanggang-ilmu.jpg

Sekarang musim imtihan pelajar Mesir.Semua menelaah.Semua nak muntah.Banyak sangat fakta dipaksa jamah.Bila hari periksa,satu pun tak terluah,hurm..tak tepat anak panah.Macamana nak najah,kalau yang dihafaz hanya bahan mentah yang belum sempat masak,sudah dijamu.Jadi,masakkan ilmu anda!!!

Jika tidak,imtihan hanya
medan BERDARAH…

Bila terbaca entry blog seorang sahabat medic tentang pengalaman hari oralnya.Perit.Menyesal menyanggah bila yang dipelajari di kuliah tidak dihadam.

***

Bagaimana?kuliah pun tuang.Bagaimana?
Ada yang mengadu pada saya ,”apa pun tak paham,kak..Buat apa datang kuliah”

Fuh..jadi bila nak imtihan baru berusaha sehabis baik untuk fahamkan ilmu,untuk imtihan.Kerana itu saya kata imtihan gelanggang menimba ilmu.Maknanya,kalau tiada imtihan?Wah!tentunya tiada mutu pelajar Al-Azhar ini ya?!Ohw!jangan salah anggap,saya tak maksudkan semua.Yang tidak ke kuliah,mungkin sakit atau ada tugasan lebih penting.Wah!ada yang lebih penting dari belajar?Ohw!mungkin urusannya adalah bertalaqi atau kerja-kerja persatuan.Kan itu belajar jua namanya.Saya sering bermonolog begini.Belajar menjawab bila pulang ke
Malaysia nanti.Bila ditanya kenapa tak boleh score mumtaz dalam imtihan.Hehe
J

Anda setuju ke?

Kalau imam2 muktabar dulu,tiada imtihan pun.Kenapa boleh menghadam ilmu?Ohw!Itu kerana mereka belajar untuk memenuhi tuntutan semasa.Realiti memerlukan mereka kerana belum ada ramai tenaga pakar.

Kalau sahabat2 kita diUK,USA,Jordan kenapa boleh score?Najah setiap tahun?Ohw!Itu kerana mereka bukan dalam bidang agama atau ada markah supplement dari assignment atau presentation.Jadi,kita nak bandingkan diri dengan siapa?Sebetulnya,saya fikir bentuk mind set dulu.Belajar kerana ilmu.Kerana nak jawab permasalahan ummah bila balik.Kerana….

Waktu saya tahun pertama(2004/05),saya cukup bersemangat untuk study dan selalu kaji kenapa ramai pelajar Al-Azhar tak najah.Sebab saya tak nak ia berulang.Sebab ia akan jadi fitnah bagai kami.Sebab saya nak tengok semua dari kami balik menerajui ummah.Balik dengan kadar segera dan ilmu juga berlipat ganda.Maksudnya memaksimakan penggunaan masa 4 tahun untuk isti’ab(2) dalam semua perkara;ilmu,kepimpinan,kemahiran dan soft skills yang lain.Sampai suatu tahap,saya terpaksa akur bahawa kami ada banyak kelemahan.Tidak fokus dari awal,tidak faham apa yang dipelajari.Lagi2 jabatan saya.Mencabarnya!Sebab tu saya konklusikan,saya mahu buat revolusi.Saya tak nak kelemahan ini menjadi barah.Jadi,saya tangani ia bersama kawan2.Diskusi tentang isu ini kerap saya timbulkan.Hmm..nak buat revolusiJ.Alhamdulillah,saya berjaya!Jayid jiddan.(Target mumtaz belum tercapai)

Tahun kedua(2005/06),saya diuji dengan jawatan Biro Pendidikan di Badan Anak Selangor.Saya mula sibuk dengan menjadi naqibah usrah.Nak tarbiyah adik2.Kerana sayang!Rupanya bila imtihan fasal 1,saya terlupa yang saya tak sayangkan diri saya.Semangat tahun satu dahulu mula pudar.Isu gagal pun kurang dibicara.Kawan2 sejabatan pun yang satu batch cuma tinggal kami berempat dari 12 orang ketika mula2 datang dari Malaysia.(Tapi,mereka bukanlah study last minute!Mereka rajin ke kuliah.Kami berdiskusi bersama.Seawal Subuh sebelum kuliah,kami bertusyen dahulu.Nota lengkap,hafal kerap.Entah di mana silap.Ada yang tersangkut 3 subjek,4,5 dan ada pula 12 subjek.MasyaAllah!beratnya ujian Allah.Hanya untuk mereka yang mampu.)Saya langsung tak tunding jari pada jawatan atau amanah lain sebagai beban atau penghalang.Sebenarnya diri sendiri yang kurang kemampuan.

Baru saya tersedar,kini Allah uji saya.Mungkin kerana kurang bersyukur dengan nikmatnya.Atau yakin kejayaan saya hanya dengan usaha.Tapi sebenarnya najah saya adalah rahmat terbesar Allah dan hasil usaha kami bersama dalam berukhuwah,menimba ilmu.Saya pegang nasihat senior,belajar di Bumi Ambiyak ini tak sama dengan di Malaysia.Najah di sini tak diukur dengan usaha semata.Tapi,hubungan dengan Allah dan manusia nak kena jaga,jauhi maksiat hati,lisan dan perbuatan.

Lalu,saya pugar kembali semangat.Alhamdulillah,jayid jiddan lagi.Alhamdulillah.Wah!besar sungguh ujian dan rahmat Allah ini.Padahal saya tahu kemampuan saya ketika menjawab.Tahun dua juga mencabar!Ya Allah!Syukran

Sekarang saya di tahun tiga pengajian(2006/07).Saya tiada sebarang jawatan lagi.Saya juga bukan naqibah usrah yang tetap.Mengundur diri dan pindah dari asrama Selangor ke Arma.Asrama universal pelajar Malaysia di Abasiyah yang penghuni puterinya hanya 40 orang.Semuanya agak jauh dari persatuan di negeri masing2.Jauh dari segi jarak.Bukan yang tersirat.

Tapi,saya tetap rasa sibuk lagi.Saya gagal merancang dengan baik.Tahun ini juga,Alhamdulillah saya mula mendekatkan diri dengan bertalaqi.Tapi saya cepat penat.Kuliah setiap hari dari pagi ke petang.Talaqi dari petang ke Isyak.Balik,saya sudah penat.Tak dapat nak cover study.Tidur.Saya gagal lagi menghadam ilmu.Setiap hari berulang.Tapi,sekurang2nya, saya rasa lebih tenang tahun ini kerana talaqi memberi saya kepuasan.Belajar kerana MAHU dan ingin TAHU.Bukan kerana imtihan.Saya benar2 tenang dalam pengajian talaqi.Terima kasih kepada sahabat2 yang galakkan saya bertalaqi,yang jadi musyrif setiap hari J

Namun saya tahu,kualiti kerja amal saya tak melalui sebarang peningkatan.Saya akan terus berfikir untuk jadi yang terbaik secara seiring;study,kepimpinan(walaupun saya tak berjawatan.) dan saya melibatkan diri secara langsung untuk program2 berbentuk IT.

Kini,waktu imtihan semester dua.Saya cari kembali markah yang saya kumpul dari tahun satu.Sememangnya setiap kali imtihan saya akan buat analisis kelemahan dan kenapa saya tak dapat nak score mumtaz untuk satu2 subjek setiap tahun.Sekurang2nya saya berusaha memperbaiki mutu hafalan saya.Saya jadi bersemangat semula!

Dan saya dapat rasakan memang imtihan benar2 gelanggang menimba ilmu.Ilmu kuliah.Aktiviti persatuan tiada lagi.Saya lari dari bertalaqi.Pasrah.Tanpa kata.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in articles. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s