bIsMiLlAh

 

Wah..sudah hampir setahun laman ini kubiar lalangnya subur.Menutup lapisan mukanya tidak kugembur.Hinggalah saat ini,terfikir untuk kembali menulis,agar ia tak terkubur.I’LLAH moga berterusan.

Hmm..semangat untuk menulis tenggelam timbul.Idea memang berganda,Cuma tunggu masa untuk dimuntahkan.sesekali bila bersemangat menulis,barulah kupublishkan di www.thaqafah.coconia.com ,satu web yang direka untuk mengasah bakat Anak2 Selangor di Bumi Mesir ini untuk berkarya.Tapi kurang sambutan.Cuma ada beberapa abang2 senior yang benar2 aktif.Tahniah dan terima kasih!

Aku cuma sempat menghantar “Teori perkembangan bahasa”,”Syair:Kesusasteraan Arab” dan “Daulah Uthmaniah:Politikus dan Strategi”.dan yang terbaru aku dah send “Ramzi”kepada mas’ul thaqafah untuk dipublish.Tapi karyaku terdelete olehnya.Macam xizin terbit pulak.Ini bukan sabotaj,tapi belum ada rezeki.Jadi aku muatkan dalam blog ini sahaja.Simpanan peribadi.

Mungkin karyaku agak kurang pembaca atau sifar mutunya kerana tajuk tak menarik atau jabatan yang sedang aku dalami sekarang tidak diminati ramai.Bidang sastera atau ijazah dalam Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab,Jabatan Bahasa Arab.

Setahuku,mengikut muqarar Ma’ajim(1) yang kupelajari,produk karya seseorang ada 3 jenis.1)Ilmiah 2)Sastera 3)Sastera Ilmiah.Produk pertama hanya sarat dengan fakta ilmiah.Yang kedua produk sastera sahaja samada Cerpen,Novel atau apa2 yang dihasilkan untuk bacaan santai.dan yang ketiga gabungan kedua2nya yang bertujuan untuk memaparkan fakta dalam konteks yang dapat diterima faham dan menarik perhatian pembaca.Anda pilih yang mana?

Sebenarnya semua orang boleh menulis.Walau dari mana2 bentuk produk di atas,walau hanya sekadar mencoret rasa.Kerana setiap orang dianugerahi akal untuk berfikir,perasaan yang memaini diri.Ia perlu dilentur dan diluah agar berpeluang untuk bercambah.Benih jika disimpan hanya akan kering,dan rosak.Tapi jika disemai akan tumbuh subur ,meskipun pada percubaan pertama ia mati satu per satu.Jangan mengalah!Pujangga Arab berbunyi,

فاقد الشئ لا يعطي”

“Orang yang tidak ada sesuatu,tidak dapat memberi” 

JOM MENULIS!!!

Lalu kumerancang,

“Aku nak tulis tentang:

 Aku pengatur masa

Imtihan gelanggang menimba ilmu

Perempuan kurang akalnya dan agamanya?

Pensyariatan kahwin awal

Ikon dan circle of influence

Quranic teruja

-Tulis apa.

Letak gambar family tanpa angah dan aku” 

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in diary. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s