Aku pengatur masa

masa.jpg

“Urghh!Periksa kali ni tensionla.Banyak tak baca lagi.Mungkin tahun ni ana agak sibuk.Jadi banyak tak dapat cover.Macamana ni?Tolong ana..”
Mesej ni ana terima dari seorang rakan masa imtihan fasal 1.Sedih juga rasanya.Saya cuma balas dengan kata2 biasa agar dia lebih yakin dengan pertolongan Allah yang luar biasa.Moga Allah najahkan kami.
Kawan ana ini seorang yang berjawatan dalam sebuah persatuan.Dulu kami pernah kerja dalam satu unit.Saya tahu kemampuan dia bekerja memang hebat!Teliti dan berfikiran jauh.Dia juga pemegang straight mumtaz semasa STAM dahulu.Tapi,apabila naik menjadi Majlis Tertinggi dalam persatuan dengan kuliah tahun 3 yang makin mencabar,dia rasa benar2 teruji.
Masalah ini bukan dihadapi oleh dia sahaja.Tapi rata2 kepimpinan menghadapinya saban tahun.Masa kalau boleh ditambah,nescaya kita belum sampai ke tahun 2007 hari ini.Kita masih di belakang.Tahun 1900 atau sebelumnya.Kerana manusia mahu 24 jam jadi 48 jam sehari.Tapi Alhamdulillah Allah hadkan
masa.Lalu kita maju dan terus ke hadapan.Jadi,saya katakan sesiapa yang tidak mengurus masa dengan betul,maka dia tidak maju sebenarnya.
Kepimpinan tidak maju?!Bukan itu maksudnya.Cuma perancangan itu perlu lebih kemas dan tersusun.dan yang penting hadirkan amanah pada diri dalam jadual yang dirancang.Saya pernah menghadapi masalah yang sama.Lalu,saya belajar menjadi orang yang berkira dengan masa.Bangun tidur,jari saya terus bergerak.Bukan saya menadah tangan membaca doa,sebaliknya menghitung berapa jam saya sudah tidur.Jika kurang dari 5,saya akan risau.Jika lebih dari 7,saya akan menyesal.Risau kerana penyakit pening kepala kerana kurang tidur pasti akan saya alami petang nanti.Menyesal kerana banyak kerja saya tertangguh rupanya.
Saya pernah memegang kata2,rehat ulama hanya di syurga.Itu cerita di tahun awal pengajian ijazah.Saya semangat belajar dan beramal.Sehingga ada sahabat yang menegur sikap saya agar jangan paksa diri.Saya tekad takkan tidur rehat sepanjang pagi hingga siang.Alhamdulillah.Banyak yang saya capai pada tahun itu.Tahun kedua,saya mula terkesan dengan budaya tidur rehat sebelum Asar.Banyak juga target yang tersasar.Pokok pangkalnya.Jangan mencari tidur yang cukup.Maksimumkan penggunaan masa.Jika kepimpinan,perlu tegas untuk beri diri peluang belajar.Bukan hanya berpesatuan.Jika ahli biasa,jangan cari alasan untuk tidak study,juga tiada alas an sibuk untuk tidak ke program.Jika anda yang merasa tiada masa,maka anda sebenarnya bukan orang zaman ini.
Saya teruja membaca kisah ikhwan.Ahlinya bekerja dunia siang hari.Berusrah ke wilayah jiran di malam hari.Bekerja akhirat di tengah malam.Ada yang berbasikal cuma.Demi kesinambungan tarbiyah.Namun,pagi2,dialah antara yang terawal terpacak di pejabat berbanding rakan2 lain yang tidak berusrah.Wah!barulah maju gerakerja.Tak kenal penat.Mahu bandingkan mujahadah kita?Belum mampu lagi rasanya.
Daripada Abdullah bin Abbas radiallahu anhuma,bersabda Nabi Muhammad (saw)”dua nikmata yang sering diabaikan oleh manusia:nikmat kesihatan dan masa lapang”
Perlu merancang hari ini,amanah pada diri dan laksanakan.InsyAllah tidak timbul soal tak cukup masa.Hmm..saya perlu lebih banyak belajar dan bermuhasabah.

About fit3nan

Fitri Nurul 'Ain Nordin - Anak kelahiran kota KL pada 1 Syawal 1405h/20 Jun 1985 - Berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan - BA of Arabic, Uni Al-Azhar(2008), MA of Arabic As A Second Langunge, IIUM Gombak (Jun,2011)
This entry was posted in motivasi. Bookmark the permalink.

6 Responses to Aku pengatur masa

  1. AsyiqatTurabMakkah says:

    nice blog Fi3🙂
    saya akan selalu setia membaca nya🙂

  2. alfatihah says:

    wa..mabruk alaik kak..smg teruskan brkarya..
    sy akan jd pmbaca setia akak..hehe
    teruskan prjuangan!

  3. fit3nan says:

    syukran la…baru publish 5 minit dah ade yg comment tq ok

  4. sheeda says:

    bacaan yang membosankan..
    menaikan semangat..tq
    doakan sama2 najah kabir

  5. sheeda says:

    soryy baru perasan..
    “bacaan xmembosankan”

  6. fit3nan says:

    ok..maksud difahami sheeda..tq 4 ur support

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s