Dedikasi untuk suami tersayang, Abd Rahman Mohd Tharin
20 Disember 2009 – 20 Disember 2010
Lafaz akad itu masih segar
Hiruk pikuk suasana kenduri seakan masih bingar
Degupan jantung masih berdebar
Syukur pada Allah kerana mengizinkan penyatuan dua hati
Terima kasih tak terhingga pada keluarga yang berbudi
Penghargaan mulia buat suami
Yang telah berkorban mengota janji
Mencari rezeki demi membina ikatan ini
Sejak belum melafaz akad sehinggalah kini
Masih tabah dan tegar pada janji
Terima kasih wahai suami…..
Hari ini…
Genap setahun penikahan kami
Tiada ungkapan selain syukur dan doa dipanjat kepada ilahi
Ya Allah! kuatkan kaki kami untuk berjuang menegak panji
Kurniakanlah kami zuriat penyejuk hati
Ya Allah berikan kami kekuatan diri
Agar kami bisa melangkah lebih berani
Esok lusa dan hari mendatang
Onak dan duri pasti terbentang
Untuk kita harungi dengan penuh tenang
Wahai suamiku sayang
Pimpin umi ke langit terang
Dengan hati-hati dan penuh terancang
Maafkan umi andai dosa tak terbilang
Kesalahan lalu pasti tak kuulang
Debaran kini kian terasa
Bila kita jauh beribu batu jaraknya
Sabar dan iman penyejuk jiwa
Moga kita bertemu jua
Di alam maya, di alam nyata
Shah Alam
20/12/2010, 8.27pm










