Assalamualaikum,tahniah diucapkan bagi sahabat-sahabat Azhari yang sedang menunggu natijah tahun akhir atau yang bakal menjadi pelajar tahun akhir sem depan.Saya berhajat untuk post semula artikel ini yang menghiasi laman ini awal tahun ini.Moga kalian memanfaatkannya.

Kini saya ingin berkongsi idea dengan kalian terutamanya bakal graduan Universiti Al-Azhar yang akan pulang setahun lagi ke tanahair.Panduan ini sekadar cetusan idea daripada pengalaman saya yang amat sedikit.Saya mendoakan kalian lebih beruntung daripada saya apabila membuat keputusan kelak.

 

1.Mencari tarikh pulang

Biasanya graduan yang telah mendapat keputusan akan berfikir-fikir tarikh yang sesuai untuk pulang.Ramai yang membuat keputusan dengan mengambilkira soal ada teman balik,urusan sijil telah diamanahkan kepada kawan-kawan dsb.Bagi saya,yang penting adalah anda jelas tempoh masa dan matlamat anda.

 

Seandainya anda berhajat untuk menyambung MA di Mesir,anda boleh plan untuk membuat permohonan sejurus sahaja iklan di universiti di tampal iaitu pada 10 hari pertama bulan Oktober(biasanya).Peperiksaan oral pula pada bulan November dan kelas bermula Disember.Mungkin peluang untuk balik bercuti agak nipis jika anda bercadang melambat-lambatkan tarikh.Adalah lebih baik jika pulang sebaik sahaja keputusan keluar pada bulan Ogos dan kembali semula ke Mesir pada awal Oktober untuk menguruskan permohonan MA.

 

Bagi yang tidak berhajat menyambung pengajian di Mesir,ambillah masa lebih lama untuk mengumpul kenangan dan mengutip ilmu dengan baki waktu yang ada.Saya tekankan,jika anda sudah pulang ke tanahair,peluang untuk datang semula ke Mesir (more…)