July 2009
July 22, 2009
July 17, 2009
Semalam 16 Julai 2009,Teo Beng Hock, 30, pembantu kepada Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas terjun dari tingkat 14,bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, di Plaza Masalam,Shah Alam.
Mayat Teo ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat SPRM.
Teo Beng Hock, 30, telah dibawa ke pejabat MACC Selangor untuk disoalsiasat berhubung dakwaan salahguna wang DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat Selangor.
Justeru,himpunan siasat misteri kematian Beng Hock diadakan sejak jam 9.30 pagi ini di Plaza Masalam. Empat pimpinan Pakatan Rakyat termasuk dua pembantu ahli parlimen telah ditangkap pagi tadi apabila menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat ekoran kematian Beng Hock.
Sementara itu, (more…)
July 15, 2009
Kemenangan di Manik Urai kali ini walaupun hanya menang dengan majoriti 65 undi membuktikan PAS terus menjadi pilihan rakyat.Tahniah kepada semua jentera yang berkorban tenaga,wang ringgit untuk PRK ini.
Saya tidak sempat untuk turun berkempen memandangkan jadual kelas yang padat.Namun,agak menggembirakan apabila pensyarah kami turut mengulas (more…)
July 8, 2009

July 3, 2009
Assalamualaikum,tahniah diucapkan bagi sahabat-sahabat Azhari yang sedang menunggu natijah tahun akhir atau yang bakal menjadi pelajar tahun akhir sem depan.Saya berhajat untuk post semula artikel ini yang menghiasi laman ini awal tahun ini.Moga kalian memanfaatkannya.
Kini saya ingin berkongsi idea dengan kalian terutamanya bakal graduan Universiti Al-Azhar yang akan pulang setahun lagi ke tanahair.Panduan ini sekadar cetusan idea daripada pengalaman saya yang amat sedikit.Saya mendoakan kalian lebih beruntung daripada saya apabila membuat keputusan kelak.
1.Mencari tarikh pulang
Biasanya graduan yang telah mendapat keputusan akan berfikir-fikir tarikh yang sesuai untuk pulang.Ramai yang membuat keputusan dengan mengambilkira soal ada teman balik,urusan sijil telah diamanahkan kepada kawan-kawan dsb.Bagi saya,yang penting adalah anda jelas tempoh masa dan matlamat anda.
Seandainya anda berhajat untuk menyambung MA di Mesir,anda boleh plan untuk membuat permohonan sejurus sahaja iklan di universiti di tampal iaitu pada 10 hari pertama bulan Oktober(biasanya).Peperiksaan oral pula pada bulan November dan kelas bermula Disember.Mungkin peluang untuk balik bercuti agak nipis jika anda bercadang melambat-lambatkan tarikh.Adalah lebih baik jika pulang sebaik sahaja keputusan keluar pada bulan Ogos dan kembali semula ke Mesir pada awal Oktober untuk menguruskan permohonan MA.
Bagi yang tidak berhajat menyambung pengajian di Mesir,ambillah masa lebih lama untuk mengumpul kenangan dan mengutip ilmu dengan baki waktu yang ada.Saya tekankan,jika anda sudah pulang ke tanahair,peluang untuk datang semula ke Mesir (more…)
