June 2009


Syukur alhamdulillah.20 Jun semalam genap usia saya 24 tahun.Semakin tua sepatutnya semakin berisi.Begitu muhasabah saya pada diri.

Berisi ilmu,pengalaman,kematangan berfikir dan bertindak dsb.Allah masih beri nafas dan ruang untuk menebus kesalahan lalu.

kek Black BerryTerima kasih keluarga dan teman rapat di Mesir,Malaysia di mana-mana jua yang memberi ucapan,doa dan dorongan untuk saya sejak seminggu lalu.Tidak lupa terima kasih buat adik-adik usrah saya di Intec (more…)

idris-ahmad02SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.

Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada “qarun-qarun” yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.

Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.

 

Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.Iltizam kita ialah (more…)

Sebuah bilik di tingkat lima,Asrama Rumah Melayu Abbasiya ,Kaherah Mesir yang dihuni oleh pelajar-pelajar Universiti Al-Azhar telah terbakar kira-kira pukul 12 tengahari semalam.Kejadian dikatakan berpunca daripada lintarpintas.Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Namun,tuan bilik berkenaan tinggal sehelai sepinggan.Takziah saya ucapkan buat Ust Suhaimi.

Saya turut berdukacita selaku bekas warga ARMA selama 2 tahun.Semoga tabah atas musibah.Setiap perkara itu pasti ada hikmahnya.Bagi penghuni yang lain,semoga lebih berjaga-jaga selepas ini.

arma dr luar

Pandangan dari luar bangunan

litar pintas

Di dalam bilik/tempat kejadian.Dipercayai berpunca dari litar pintas

hangus

hAnGUsYang tinggal hanya rangka katil,almari,komputer yang telah hangus.

Sama-samalah kita membantu sahabat ini yang telah kehilangan banyak benda penting seperti dokumen,duit dsb.

Al fatihah buat Ustaz Fathi Yakan,seorang tokoh Islam yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 Jun 2009.
“Inna lillah wa inna ilaihi raju’un”

Latar belakang Fathi Yakan

fathiFathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya’ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da’wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI BELIAU DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.
AMIN…

Tulisan saya kali ini ditujukan khas buat anak-anak murid di Maahad Tahfiz Wal Qiraat Shah Alam yang terletak di seksyen 3.

Tingkatan 1 Tajwid

Tingkatan 1 Tajwid

Tingkatan 2 Tajwid

Tingkatan 2 Tajwid

Tingkatan 3 Tajwid

Tingkatan 3 tajwid

Saya bertugas di MTAQSA bermula Januari 2009 dan tamat pada Mei 2009.Bagi saya ,ini adalah pengalaman pertama bergelar guru.Pelbagai kisah,suka duka dan pengalaman baru dalam mendidik saya pelajari di MTAQSA.

Pelajar-pelajar saya yang fokus dalam bidang tahfiz dan akademik sememangnya mudah menerima pelajaran.Saya bersemangat untuk mengajar setiap hari.Proses P&P juga dapat berjalan lancar meskipun di sana masih terdapat kekurangan memandangkan MTAQSA adalah sebuah sekolah swasta.

Sesi pagi yang bermula dengan hafalan Al-Quran selama 2 jam menjadikan pelajar lebih fresh untuk menerima pelajaran selepas itu.Pelajar tiada masalah bertutur Bahasa Arab di tahap permulaan apabila saya meminta mereka membudayakan Bahasa Al-Quran ini.Malah,saya memastikan 55% pengajaran saya berjalan dalam Bahasa Arab.

Di MTAQSA,saya mula memahami beratnya tugas seorang pendidik.Bukan sekadar transfer ilmu,tetapi transform itulah agenda utama.Ilmu dan praktikal apabila pelajar berada di luar waktu persekolahan.

Saya menyedari hakikat lemahnya ilmu apabila saban hari memberi ilmu kepada pelajar.Bagi saya,proses P&P menggarap potensi ilmu dan kemahiran seorang guru dalam mendidik jiwa pelajar.Sesungguhnya ilmu Allah ini tersangatlah luas.

logo_uiaOleh kerana saya rasa begitu kerdil untuk terus mengajar,saya meluahkan hasrat hati kepada pelajar MTAQSA untuk berhenti.Ya,gurumu masih pelajar.InsyaAllah.Saya akan mendaftar di UIA pada hari Selasa ini untuk memulakan pengajian MA.

Buat semua anak murid saya,ustazah doakan kamu semua terus bersemangat.Kita jumpa di menara gading!!Insya Allah.Terima kasih atas segalanya dan ustazah minta maaf jika ada termarah atau terkasar dalam mendidik.Ustazah doakan kamu semua menjadi huffaz dan ulama amilin.

Moga kita berjumpa lagi….

Saya pernah kongsikan bersama pembaca pada bulan Disember yang lepas berkenaan modul SPIES yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor ilham Exco Pendidikan,Pendidikan Tingi dan Pembangunan Insan iaitu Dr Halimah Ali.

Logo SPIEs

SPIES yang mewakili setiap hurufnya dengan elemen Spiritual,Physical,Intelectual,Emosional dan Sosial ditanam dalam jiwa peserta melalui beberapa versi seperti program SPIES Belia,Masyarakat, Pendidik,Ibubapa,Siswa dan sebagainya.Apabila elemen ini difahami dengan baik dan divisualkan dalam kehidupan,barulah lahir seorang yang mempunyai nilai yang seimbang.

Contohnya:seseorang yang menitikberatkan elemen SPIES mempunyai pegangan agama dan spiritual yang kuat akan menggunakan kekuatan fizikalnya,ketinggian inteleknya dan emosi yang stabil untuk bermasyarakat dan melaksanakan hak seorang insan kepada insan lain(sosial).Suasana yang kondisif ini adalah objektif yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha mengurangkan kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin menular dewasa ini.

Terima kasih kepada keluarga dan sahabat-sahabat  yang mendorong saya untuk menduduki temuduga awal Januari lalu sehingga dipilih oleh Seketeriat SPIES sebagai pegawai pemantau yang turun ke setiap program SPIES pelbagai versi untuk menilai kualiti dan keberkesanan 35 konsultan yang menjalankan modul SPIES.

Justeru,saya dan pegawai-pegawai yang lain antaranya Sarizah(graduan Al-Azhar) diminta memantau sebanyak 3 atau 4 kali dalam sebulan.Kali ini,saya ingin berkongsi sedikit sebanyak cabaran seorang pegawai muda:

1.Umur menjadi pertikaian:Ketika saya mengikuti sesi temuduga pegawai Januari lalu,panel seketeriat mempersoalkann umur saya yang termuda berbanding calon temuduga lain untuk menjalankan tugas pemantauan.Bagi saya,umur bukan persoalan.Tetapi kemahuan untuk belajar dan berusaha melaksanakan tugas dengan baik yang menentukan nilai seorang pegawai.

2.Ilmu dan pengalaman: Pegawai diminta memantau pihak konsultan yang telah mempunyai bertahun-tahun pengalaman dalam bidang training.Kadangkala saya rasa begitu kerdil dan inferior (more…)

Salam perjuangan,

Tahniah kepada kepimpinan ILMAM Pusat yang menganjurkan Ijtimak ILMAM Kebangsaan di Masjid Negeri Shah Alam pada Jumaat,5 Jun 2009.

logo ilmam3

ILMAM adalah singkatan kepada Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir yang merupakan alumni bagi semua graduan dari apa jua bidang dari mana-mana universiti di Mesir untuk memastikan maklumat,peluang dan potensi ahli dapat terus digarap untuk santapan masyarakat tanahair.

DSC05988Kehadiran graduan Universiti Al-Azhar pada malam itu yang terdiri dari 3 generasi iaitu graduan era 80-an,90-an dan 2000 ke atas bersama keluarga menyerikan dewan ijtimak.Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Ustaz Harun Taib yang merupakan graduan 80-an diiringi Us Nasrudin Tantawi juga merupakan graduan universiti yang sama di era 90-an.Dr Rani juga turut sudi bersama-sama kami pada malam itu sebagai tetamu undangan.

ustaz Harun TaibDalam ucapan Ustaz Harun Taib,beliau menekankan peranan agamawan dalam mencorak kepimpinan negara dan azhari seharusnya berada di dalam saf pimpinan.Ustaz juga turut mengimbau memori beliau ketika menjawat kepimpinan PMRAM di Mesir yang sanggup  berhadapan dengan Dato Duta pada zaman itu yang cuba menubuhkan Kalbu UMNO.

Beliau cukup teruja dalam memastikan benih tarbiyah yang beliau tanam di Ardil Kinanah terus mengeluarkan hasil untuk berjuang di tanahair dengan fikrah yang jelas dan amal yang berkualiti.Beliau turut mengingatkan agar azhari sentiasa berada dalam trek perjuangan dan bukan sekadar aktif di peringkat alumni.Para azhariah diingatkan dengan ketiadaan walau seorang azhariah dalam kepimpinan DMPP yang baru dipilih.

Ustaz Nasrudin turut menyampai kalam tasyjik seputar potensi azhari.Beliau begitu mengharapkan agar azhari lebih kreatif dalam berjuang dan dapat meyakinkan masyarakat terhadap kredebiliti ilmu dan kepimpinan agamawan.

Meskipun saya tidak mengikuti perjalanan hingga usai ijtimak,namun memandang wajah abang-abang dan kakak-kakak seperti Ustaz Asri Mat Daud,Ustaz Anhar Opir,Ustaz Ahmad Yusuf,Kak Leni Kurniasih,Kak Raden dll(maaf kepada yang tidak tersenarai) juga sahabat-sahabat dari Utara hingga Selatan yang hadir sudah cukup menyuntik semangat dan sensitiviti saya untuk terus berjuang dengan secebis ilmu Allah ini.Terima kasih atas kehadiran kalian.

Saya mengharapkan agar ribat ahli alumni menjana satu resolusi yang jitu untuk dilontar kepada pimpinan dan masyarakat seterusnya menjadi rujukan ramai.

Kepada graduan Mesir yang masih belum berdaftar sebagai ahli alumni bolehlah melayari www.ilmampusat.blogspot.com seterusnya mengikuti perjalanan ILMAM di peringkat negeri masing-masing dari masa ke masa.

Memetik kalam Ustaz Mustafa Masyur dalam kitab beliau “Orang-orang yang tercicir dalam jalan dakwah”,punca pertama adalah kelemahan jemaah dalam mengenalpasti potensi dan kesilapan meletakkannya pada posisi yang betul.Semoga usaha ILMAM ini sedikit sebanyak dapat membantu kita untuk menyuntik semangat juang dan kesedaran sebagai agamawan yang telah ditarbiyah di bumi Mesir.

“Ya Allah!Teguhkan aku bersama jemaah para mukmin.”

Salam muktamar,

ajkbaruLama tidak menulis,lantaran kewajipan lebih banyak dari masa.Alhamdulillah  di kesempatan ini saya mengucapkan jutaan tahniah buat kepimpinan baru PAS yang dipilih oleh Allah untuk mengemudi layar tarbiyah dan perjuangan menegakkan syiar Islam di tanahair.

150px-PAS_logo.svgSudah 4 tahun saya keciciran rentak perjuangan Malaysia.Alhamdulillah tahun ini sempat jua mengikuti muktamar secara langsung lantaran ditaklif sebagai AJK Media dan Muktamar DMPP serta bertugas di bilik media pada hari muktamar PAS Pusat.

Pembaca pasti sudah menjamah dan meneliti ucapan dasar dari ketiga2 dewan dan Presiden PAS yang menentukan halatuju PAS 2009-2011.Munaqasyah ucapan dasar juga bakal menjadi agenda usrah supaya gerak kerja ahli dan pimpinan selaras.

Di sini saya sekadar ingin mengulas dan berkongsi secebis pengalaman bersama pembaca yang dikutip sepanjang gerakkerja muktamar minggu lepas.

Apa yang saya lihat,sudut pandangan ahli yang pelbagai menghasilkan persepsi yang dinamik.Ahli secara terlus memvisualkannya dalam sesi perbahasan ucaptama dan ucapan dasar.Kelihatan seakan terdapat beberapa kelompok wujud dek perselisihan pandangan.Namun,secara hikmahnya perkara ini menyuntik ahli berfikir,berbincang,sensitif isu dan mempertingkat potensi dalam mempersembahkan hasil kerja yang terbaik.Andai hanya bergerak satu arus,pasti ahli sekadar pak turut dan malas berfikir.

Apa yang penting,biarlah perselisihan itu timbul atas rasa cinta kepada perjuangan untuk memperbaiki kepimpinan terdahulu.Satu fikrah ,satu amal yang menjadi teras perjuangan jemaah kita seharusnya digemakan selalu dalam gelombang jiwa dan pemikiran.Saya khuatir andai perselisihan yang berlanjutan akan merosak kelancaran gerakkerja selepas ini.

Berilah ruang dan peluang kepada kepimpinan lama yang kekal dan kepimpinan baru yang dipilih untuk bergabung tenaga merencana dan memberi nafas baru kepada PAS.

Secara peribadi,saya bersyukur kerana mendapat pengalaman untuk mendekati lebih kurang 100 orang wartawan dari pelbagai organisasi seperti TV3,Awani(Astro),The Star dan lain-lain serta mengikuti sidang media(Press conference/PC)secara langsung bersama pimpinan.Ragam para wartawan dalam berusaha mendapatkan informasi menarik perhatian saya.Kepimpinan yang disoal bertubi-tubi kelihatan begitu tenang menjawab semua isu,malah PC bertukar menjadi ruang tazkirah pula.Wartawan non-muslim dilihat begitu teruja mendengar dan memahami rentak politik PAS.Apa yang saya harapkan,kalian menyalurkan maklumat yang betul dan amanah atas maklumat yang diperolehi.Hari ini,betapa banyak kes penyelewengan informasi berlaku hingga sebahagian media tidak lagi dipercayai kesahihannya.Ingatlah niat murni kalian ketika awal nawaitu menjadi seorang ahli media.