Politik Malaysia bergolak lagi.Bila pimpinan mengenepikan pandangan ulama.Apa dah jadi pada kuasa teguran mufti yang tidak lagi dihiraukan.Malah,sebarang keputusan kabinet berkaitan agama boleh keluar sesuka hati tanpa merujuk kepada para mufti.
Firman Allah swt:فاسألوا أهل الذكر إن كنتم لا تعلمون
Aha..kalu tak tahu menahu,kenalah rujuk pada yang pakar.Apa kesnya?
Di Perak Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah meluluskan anjuran Konsert Jom Heboh TV3 sedangkan keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert Sure Heboh(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.Konsert ini sedang berlangsung dengan meriahnya selama dua hari sejak semalam di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut.
Apa dah jadi?!
Kes kedua yang menarik minggu ini adalah apabila kabinet memutuskan bahawa anak akan kekal dalam agama asal meskipun salah seorang daripada ibubapanya memeluk Islam dan kes ini diletakkan bawah urusan
mahkamah sivil.Bagaimanakah nasib malang si anak kelak yang belum dapat dipastikan keislamannya.Sedangkan keputusan ini jelas bertentangan dengan hukum syarak.Para mufti menggesa kerajaan agar menarik balik keputusan ini untuk mengelak kekeliruan.Antaranya adalah mufti Perak sendiri.Saya sungguh kesal dengan perkara ini!
Wahai insan,hidup kita ini milik Allah dan tidak kekal pula.Oleh itu,hukum Allah lah yang paling tepat untuk memastikan kehidupan kita,anak-anak dan masyarakat lebih terjamin dan diberkati.
Tetapi,apa dah jadi?
Pilihan di tangan anda!Membangun bersama Islam!
“Wanita berdaya,kita bersaudara”menjadi tema Hi Tea Wanita Pakatan Rakyat yang berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar bermula jam 2petang tadi.Penglibatan lebih 500 ahli daripada PAS,PKR dan DAP dari seluruh negara yang memenuhi dewan Megawati memeriahkan lagi 60 minit forum diskusi bersama barisan wakil pimpinan ketiga-tiga parti yang berkisar isu pengalaman berpolitik,cabaran wanita sebagai pemimpin masyarakat dan isu-isu lain yang menarik.
Kami dari crew NISA Shah Alam yang terlibat sebagai ajk kecil program rasa sangat bertuah kerana berpeluang bertemu muka dengan pimpinan yang bersemangat untuk menegakkan keadilan dan berkhidmat untuk masyarakat.
Meskipun Pakatan Rakyat telah memerintah melebihi setahun di negeri-negeri yang dimenangi pada PRU12,namun para pimpinan belum pernah lagi ditemukan dalam majlis sebegini untuk bertukar idea dan pandangan untuk terjun ke medan perjuangan mendepani masyarakat dalam satu saf yang utuh.Oleh itu,Hi Tea ini dirangka untuk memastikan pimpinan wanita dapat mengorak langkah seiring dengan berani.Program yang berakhir lewat petang ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan.
Memetik kalam panel dari DAP apabila diajukan soal keterlibatan wanita di dalam parti,beliau menjawab dengan penuh keyakinan bahawa tuhan sudah memberi “sense of responsibility” dalam diri setiap wanita untuk prihatin terhadap keluarga dan masyarakat.Selain daripada itu,parti merupakan platform untuk berkhidmat secara teori dan praktikal untuk rakyat.
Secara peribadi,saya memuji barisan pimpinan ketiga-tiga parti kali ini yang jelas berketrampilan untuk memikul amanah sebagai pemimpin dengan kefahaman perjuangan yang jelas dan ketinggian semangat yang ditonjolkan.Pastikan PRU13 milik kita!!Takbir!!
Saya kongsikan snap menarik untuk kalian:



Salam muktamar!Tahniah buat kepimpinan baru Muslimat PAS Shah Alam yang dilantik hari ini.

Cari gambar saya ke?Confirm la tiada:)

Antara perwakilan yang hadir.

Puan Zarina Dzulkifli akan mengemudi layar tarbiyah Muslimat sesi ini.Moga Allah membantu.InsyAllah,Kami akan menyokong dan mendokong demi dakwah Islam.TAKBIR!
Tahniah buat seluruh kepimpinan dan tenaga penggerak Pilihanraya Kecil 059 Bukit Gantang atas kemenangan atas BN dengan undi majoriti 2789. Saya yang hanya sempat bertugas 2 hari di Bukit Gantang jelas menyaksikan kesungguhan dan keterlusan jentera Pas untuk menebus rampasan kuasa yang berlaku dan terbukti,PAS for all!
Apa yang dapat saya perhatikan,Ir Nizar berjaya menambat hati pengundi samada dari muslim mahupun non muslim.Saya tertarik dengan kalam seorang warga Bukit Gantang berketurunan India apabila disua risalah PAS,”Buat apa bagi risalah ini dekat saya.Saya memang orang PAS.Bagilah pada orang-orang BN tu”Agak terkejut saya dibuatnya.Tapi inilah realiti yang berlaku,rakyat sudah bijak membuat pilihan.
Walaupun banyak insiden,masalah dan kekurangan tenaga di saat-saat akhir hari pengundian,PAS dan jentera Pakatan Rakyat terus bertahan dan berjuang.Bulan akan terus mengambang di Perak!TAKBIR!
Memori Bukit Gantang:


Acara sukaneka anjuran Muslimat PAS Selangor di Ayer Terjun mendapat sambutan hangat dari penduduk kaum India dan Cina.



Guru berpolitik dengan bersyarat – Hishammuddin
PULAU PINANG – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan cadangan bagi membenarkan guru kumpulan A berpolitik asalkan tidak mengabaikan tugas dan tanggungjawab pembelajaran dan pengajaran di sekolah.
Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran melahirkan kebimbangan sekiranya guru tidak diberi ruang dalam politik ia akan menjejaskan hala tuju parti untuk mendekati rakyat.
“Cadangan saya itu bersyarat, semangat guru juga penting dalam politik, lihat sahaja kewujudan UMNO, ia bermula dengan semangat guru-guru.

“Mereka inilah yang menjadi mata, telinga dan
suara rakyat. Saya bimbang jika semangat dan komitmen ini tidak diberi ruang dalam parti, hala tuju parti dalam usaha mendekati rakyat akan terjejas,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam bahawa cadangan itu tidak sesuai dilaksanakan kerana dikhuatiri boleh memecahbelahkan golongan pendidik.
Hishammuddin sebelum itu mengadakan lawatan ke Pusat Pendidikan Sains dan Matematik Serantau (RECSAM). Beliau yang juga Presiden ke-43 Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara (SEAMEO) akan melepaskan jawatan itu kepada Menteri Pendidikan Thailand Ahad ini. sumber:kosmo online.
Ulasan saya:
Teringat zaman sekolah kat SAMTAJ Sg Besar dulu.Ada guru saya kuat UMNO sampai tak masuk kelas.Tapi bila guru yang kuat PAS,kena “gam” pulak.Manusia memang suka mencipta hukum sendiri untuk kepentingan sendiri.Tapi ini peluang besar bagi para pendidik untuk menyemai benih perjuangan dalam diri sendiri dan anak didik.Moga dakwah kita selepas ini menembusi hati dan jiwa manusia.SELAMAT BERJUANG!
P/S:esok kita pakat pi Bukit Gantang pas Subuh noooo….
Alhamdulillah…dengan kehadiran lebih 247orang peserta yang berdaftar dan tidak,NIG kali ini berjaya mencapai target dengan izin Allah.Tahniah kepada semua crew NISA!!April dan Mei ini kita jumpa lagi untuk talk show motivasi dan sambutan hari ibu.InsyaAllah.



JOM SERTAI NISA!!
www.nisashahalam.blogspot.com