SIRI 2
Muslimat yang dirahmati Allah,
Saya akan ceritakan satu kisah tentang Saidina Abu Bakar,sahabat beliau Ibn Dughunnah dan orang-orang Musyrikin Quraisy.Peristiwa ini jelas menunjukkan pertentangan di antara yang hak dan batil sudah berlaku sejak zaman dahulu lagi.Ketika itu orang islam dipulaukan dan ditimpa musibah.Saidina Abu Bakar hendak berhijrah ke Habsyah.Dalam perjalanan,beliau telah bertemu Ibnu Dughunnah di Barku Ghimad,Yaman.Ibnu Dughunnah bertanya kt S.Abu Bakar..”Nak ke mana wahai Abu Bakar?”Abu Bakar menjawab,”Kaumku telah mengeluarkan aku.Aku sedang mencari tempat lain di bumi ini untuk menyembah tuhanku.”Ibnu dughunnah berkata,”Sesungguhnya ya Aba Bakar orang sepertimu ini tidak patut keluar dan dikeluarkan.Engkau telah membuat banyak kebajikan,bantu orang faqir,menyambung silaturrahim,memuliakan tetamu,menanggung kerja berat dan menjadi penjamin orang berhutang.Biar aku Bantu(jamin) engkau ya Aba Bakar.Engkau pulanglah ke kampung engkau.”
Kemudian apabila sampai di Mekah.Ibnu Dughunnah mengingatkan orang-orang Quraisy tentang kebaikan Abu Bakar.Mereka tidak menafikannya.Kemudian orang-orang Quraisy berkata kepada Ibnu Dughunnah,”Suruhlah dia(S.Abu Bakar)sembah tuhannya di dalam rumahnya,solat,membaca apa yang dikehendakinya,dan jangan mengganggu kami dengan ibadahnya,jangan mengiklankan ibadahnya.Sesungguhnya kami takut dia akan menjadi fitnah kepada perempuan dan anak-anak kami”Lalu Ibnu Dughunnah menyampaikan perkara tersebut pada S.Abu Bakar.S.Abu Bakar pun beribadah di rumahnya.Dia tidak menunjukkan solatnya,dan tidak membaca quran selain dari membacanya di rumah.
Kemudian rumahnya rosak atau binasa dan digantikan rumahnya itu,dan dibina masjid di situ.S.Abu Bakar solat di situ dan membaca Al-Quran sehingga perempuan dan anak-anak orang Musyrikin takjub dengannya.Maka hal ini dibimbangi oleh orang-orang Musyrikin Mekah.Akhirnya mereka meminta Ibn Dughunnah menyuruh S.Abu Bakar berhenti atau menarik jaminan Ibnu Dughunnah ke atas S.Abu Bakar.Lalu Ibnu dghnnah memberi pilihan kepada S.Abu Bakar sama ada kembali kepada janji asal iaitu tidak menzahirkan ibadah atau menarik jaminan Ibnu Dughunnah ke atasnya.S.Abu Bakar berkata,”Aku kembalikan kepada engkau bantuan dan jaminan engkau pada aku melindung daripada orang-orang Musyrikin dan aku redha dengan bantuan dan jaminan Allah sahaja.”
Sahabat-sahabatku sekalian,
Peristiwa ini jelas menunjukkan kepada kita,keperibadian mulia S.Abu Bakar dalam menzahirkan yang hak(ajaran Islam) dan menentang kebatilan(engikut telunjuk orang kafir dan bergantung kepada pertolongan manusia)Janganlah kita meletakkan diri dalam kehinaan dengan meraih redha orang kafir.Jika S.Abu Bakar yakin dan berjanji untuk menzahirkan Islam,mengapa tidak kita yang tidak berhadapan ujian,ancaman dan ugutan seberatnya?!Janganlah kita hanya “melukut di tepi gantang”*.
Pada hari ini,muslimat secara realitinya telah memperkecil-kecilkan Islam sedangkan mereka tidak diuji dengan apa-apa ancaman pun.Muslimat wajib mengukuhkan Islam kerana orang kafir bercita-cita untuk melihat para muslimin tanpa Islam(hanya pada nama).Mereka ingin memastikan orang-orang Islam hidup di dunia dengan meninggalkan Islam.Bila kita meninggalkan prinsip Islam,nescaya kita tidak akan mendapat izzah di sisi Allah.Peranan kita adalah berjuang untuk menyampaikan risalah Islam.Bukannya memulakan perjuangan setelah berhadapan musibah peperangan.
Walaupun terpaksa menggunakan politik sebagai medan juang,HAMAS tetap berusaha memperkukuhkan Islam yang kian terancam.Kami menyertai pilihanraya dan berjihad menentang serangan musuh.Kerana musuh(Israel)ingin merampas tanah kami dan membiarkan kami hidup dalam kehinaan.Kita telah menerima banyak tekanan.Namun kewajipan kita adalah untuk menzahirkan dan menegakkan Islam walau dalam keadaan apa sekalipun.Kita tidak akan redha dengan kebatilan yang berlaku.Kita perlu berani dan kuat.Kenapa?!Kerana kita berada di jalan yang hak,mempraktikkan Islam.Kita perlu pastikan setiap orang yang kita jumpa memahami Islam dan tuntutannya.Samada jurutera,doktor dan profesyen lain,merekalah yang sepatutnya memahami Islam daripada kita.Bukanlah kita yang hanyut mengikut arus mereka(iaitu orang-orang yang meninggalkan ajaran Islam).Inilah silibus tarbiyah sebenar yang ingin kita capai.
Wahai muslimat,
Jadilah orang yang terjun dalam arena ekonomi,politik,media dan kesihatan.Jangan biarkan orang lain mengambil tempat ini.Sesungguhnya,solat dan puasa kalian hanyalah ibadah untuk diri kalian sendiri semata-mata.Tetapi yang dituntut ke atas kita adalah bercakap benar kepada penguasa yang jahat.Kita mestilah menjiwai dan mempraktikkan Islam,membaca dan menghayati sirah(sejarah Islam) dan mengetahui apa yang berlaku….(bersambung)
*saya terjemahkan peribahasa ini mengikut kefahaman fikrah Melayu kita
Tidak terkejut bila mendengar usul seorang ahli Nadi UMNO iaitu”HARAMKAN PMRAM” dalam persidangan UMNO lalu.4 tahun saya berada di Bumi Mesir dan duduk bersama mereka(2 tahun di asrama anak-anak Selangor era pegawai UMNO dan 2 tahun lagi di Malaysia Hall,kubu kerajaan Malaysia dan “puak aspirasi”)memang jelas dapat lihat
Sudahlah.Kepada adik-adik dan ahli PMRAM,bersama mempertahankan kesatuan kita.Jangan takut!




Saya yang hanya hadir selaku penterjemah(perantara) antara kedua-dua pihak rasa begitu beruntung kerana dapat bertemu mata sendiri dengan seorang mujahidah yang telah melalui liku-liku perjuangan sebenar yang sebelum ini menjadi tunjang perjuangan suami beliau As-syahid Dr.Abdul Aziz Rantisi(Abu Muhammad).Abu Muhammad telah diamanahkan mengambil alih tanggungjawab paling besar selepas syahidnya Syeikh Ahmad Yasin di bumi Al-Aqsa(Palestin).Beliau merupakan ketua yang mengemudi dan meneruskan mata rantai perjuangan HAMAS.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai senarai komuniti blogger politik tanah air apabila melancarkan blognya sendiri pada 26 Mac ini.Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri memberitahu, medium Internet yang semakin besar pengaruhnya dalam masyarakat dapat dimanfaatkan seluas mungkin untuk menyebarkan wadah pemikiran pemimpin itu. Katanya, sudah terdapat ramai ahli politik menggunakan kemudahan itu dan kini sampai masanya Menteri Besar itu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan tuntutan keadaan semasa.