Ramai graduan pasca siswazah(ijazah sarjana muda) berniat menyambung pengajian ke peringkat siswazah(sarjana@MA) di Mesir atau Timur Tengah,tetapi tidak ramai yang melunaskan niat tersebut dek halangan-halangan yang dihadapi.Bagi siswi,masalah utama adalah keizinan keluarga.Tempoh pengajian sarjana yang lama menjadi halangan.Saya sendiri antara yang menghadapi masalah tersebut kerana plan asal saya usai pengajian sarjana muda adalah untuk menamatkan pengajian sarjana pula di Universiti Azhar.Akhirnya saya terpaksa pulang dan belajar di tanahair sahaja.
Pesan Ust Said Abdul Kadir pada saya sebelum pulang,”enti daftarlah MA di mana-mana universiti di Mesir untuk mendapat tempat.Kemudian baru pulang ke Malaysia.Ana rasa ramai yang tak dapat sambung MA bila balik.Banyak sangat halangannya.”
Terpulang kepada anda untuk memilih.Cuma pastikan anda membuat pilihan yang tepat.Bagi saya,pro menyambung pengajian sarjana di Mesir@Timur Tengah:
1) Sumber ilmu agama yang terulung
2) Tenaga pakar yang ramai
3) Persekitaran yang baik membantu kemahiran bahasa dan semangat menuntut ilmu agama
4) Kualiti sijil diiktiraf
5) Kos yang amat rendah(yuran pengajian)
6) Peluang talaqi,mendapatkan ilmu-ilmu luar dan kemahiran tambahan terbuka luas di sini
Terdapat juga beberapa kontra:
1) Tempoh pengajian yang lama.Pengajian sarjana di sesetengah universiti di Mesir menuntut kita untuk menduduki:
a. tahun tamhidi(permulaan@peralihan) selama setahun
b. kelas disasat ulya selama 2 tahun (belajar@coursework)
c. dan tahap terakhir adalah MA(menulis) minimum 2 tahun.
*Setiap istilah ini mempunyai makna untuk tahun-tahun pengajian yang berbeza.Masa minimum untuk menyelesaikan pengajian sarjana adalah 4-5 tahun.
2) Pelajar yang tidak mendapat tajaan menghadapi masalah untuk menyelesaikan yuran pengajian.Jika di tanahair,pelajar berpeluang belajar separuh masa sambil bekerja untuk menanggung kos pengajian.
3) Tidak mampu menamatkan pengajian kerana sistem dan pengajian yang sukar dan syadid.Ramai yang telah mengorak langkah ke alam pengajian sarjana,tetapi akhirnya terkandas kerana give up menghadapi kegagalan.
Pada pendapat saya,jika anda tahu anda mampu meneruskan pengajian di Mesir,itu adalah pilihan terbaik.Saya amat mengkagumi sahabat-sahabat yang berjaya mendapat ijazah sarjana di Universiti Al-Azhar !
Permohonan di Universiti Al-Azhar hanya dibuka dalam tempoh yang amat terhad.Pada tahun 2008,permohonan bagi siswi hanya dibuka pada 1-10 Oktober.Ujian lisan@syafawi Al-Quran sebanyak 8 juzuk pada bulan November dan pengajian bermula pada bulan Disember.Maklumat berkenaan pangajian sarjana telah ditampal di pusat pengajian sarjana sejak awal tahun lagi.
Peluang anda menyambung pengajian di Malaysia juga cerah.Syarat menyambung pengajian adalah anda telah berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda dan CGPA 2.7 ke atas.
Menyambung pengajian sarjana di tanahair.
“Kaklang nak sambung USIM ajelah.Masuk Disember dan habis awal.Kalau UIA kena tunggu lagi 6 bulan.Rugi masa!,”saya mengomel sendiri pada awal Disember 2008 bila mak dan abah beriya-iya memastikan saya membuat pilihan yang tepat dalam hidup.
“Ustaz rasa,baik enti tunggu sahaja intake Jun di UIA.Bukan lama mana pun,”kata ustaz Fazdi,guru cemerlang saya di KISAS dan Dr.Majdi (pensyarah Bahasa Arab UIA dan tenaga pengajar”Haiya Bil Arabia” IKIM.fm)
Begitu dialog saya tekad mengambil risiko penantian selama 6 bulan demi menerima tawaran dari pusat pengajian sarjana yang terbaik bagi diri saya.Sebenarnya saya dilemma memilih.Saya segera mendapatkan buah fikiran dari guru-guru cemerlang saya.Ramai juga yang tersasar ketika membuat pilihan pusat pengajian yang tepat.
Saya tersilap kerana meletakkan tempoh pengajian yang singkat dan lokasi pusat pengajian yang berhampiran kediaman sebagai kayu ukur dalam membuat pilihan.Setelah berbincang lumat dengan beberapa individu dan tokoh yang saya segani,akhirnya saya dapat simpulkan beberapa item yang utama seharusnya difikirkan oleh pelajar sebelum membuat permohonan sarjana:
1) Bidang yang dipohon.Kita berpeluang mengambil bidang yang berbeza daripada pengajian sarjana muda jika menepati syarat yang diletakkan.Contoh, saya boleh menyambung Sarjana Pendidikan walaupun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab.
2) Kualiti yang dijanjikan oleh pusat pengajian dari segi kualiti ilmu dan tenaga pengajar yang disediakan.Cari dan kaji di mana terdapat tenaga pengajar yang pakar dalam bidang anda.Contohnya:pengajian Bahasa Arab di UIA dan Syariah di UM.Terdapat pensyarah yang berkemahiran tinggi dari dalam dan luar negara di sini.Semuanya bergantung kepada bidang yang dipohon.
3) Persekitaran.Contohnya,lambakan pelajar asing di UIA membantu saya memperkaya kemahiran bahasa di samping mendorong saya belajar kerana terdapat persaingan yang tinggi di kalangan pelajar dari latar belakang dan negara yang pelbagai.
4) Pengurusan pihak universiti/pusat pengajian.Pengurusan yang tidak matang akan menyukarkan anda sepanjang tempoh pengajian.
5) Peluang biasiswa,tajaan menyambung pengajian ke luar negara dan kerjaya yang ditawarkan oleh pihak universiti/pusat pengajian usai graduasi kelak.
6) Kos pengajian yang berpatutan dan berkesesuaian dengan fasiliti yang disediakan.
7) Fasiliti.Contoh:kediaman/asrama berasingan bagi penuntut sarjana dan mereka yang berkeluarga.Kemudahan alat belajar yang moden dan selesa sesuai dengan yuran.
Cara mememohon pengajian ijazah sarjana.
1) Dapatkan maklumat yang lengkap yang membantu anda untuk memilih bidang dan pusat pengajian yang tepat mengikut kecenderungan diri anda melalui:
a. Website
b. Iklan di dada akhbar tanahair
c. Pelajar di bidang pilihan anda dari universiti terbabit
d. Guru-guru anda
*anda juga boleh mendapatkan maklumat yuran,tempoh pengajian,hari cuti dsb dari sumber-sumber di atas.
*pastikan anda bijak memilih antara jenis pengajian sepenuh masa atau separuh masa,coursework atau thesis sahaja.
2) Dapatkan borang permohonan dengan cara:
a. Isi secara e-mohon di web universiti berkenaan
b. Download dan print
c. Terus ke pusat pengajian siswazah di universiti berkenaan
3) Isi dengan jujur,lengkap dan teliti.Semak beberapa kali.
4) Pastikan maklumat dan dokumen yang dikehendaki disertakan bersama borang
5) Semua pemohon diminta menyediakan academic referees.Saya menyarankan anda untuk menghubungi ahli akademik seperti guru-guru anda yang boleh mengesahkan latarbelakang akademik anda.Dapatkan nama,alamat rumah,no telefon dan jawatan tetap mereka.Maklumat ini juga dikehendaki dalam setiap borang permohonan jawatan baru.
6) Apabila anda telah pulang ke tanahair,hantarkan borang terus ke universiti samada melalui pos atau manual sebelum tarikh tutup permohonan.Kebiasaannya:
-tarikh tutup permohonan intake Mei/Jun adalah pada bulan Mac
-tarikh tutup permohonan intake Nov/Dis adalah pada bulan Ogos
*anda boleh cuba membuat rayuan meskipun tempoh permohonan telah ditutup dengan cara mengemukakan surat persendirian dan sampaikan terus(by hand) kepada canselor universiti terbabit.Seperti yang saya ceritakan dalam post lalu,saya telah berjaya mendapat tawaran dari USIM dengan pertolongan Allah dan membuat rayuan kepada pihak universiti.
7) Sentiasa menghubungi pihak universiti sebelum tarikh pengajian bermula untuk memastikan anda mendapat tempat dan menerima tawaran daripada universiti terbabit.
SELAMAT BERJAYA!
February 2, 2009 at 1:04 pm
Assalamualaikum..
Ingin berkongsi maklumat bersama.
Bagi Azhari/ah yg mendapat natijah maqbul dengan peratusan 60% ke atas. Blh memohon utk melanjutkan pengajian ke UKM.
to fit3.. Good luck!!
February 4, 2009 at 1:24 pm
syukran fitri..tambahkan maklumat tuk kte..kte pn dalam proses tuk apply ma kt um..tunggu gak intake july..doakan sesama ye
February 4, 2009 at 1:28 pm
tuk um tarikh tutup dia 20 feb ni..tuk coursework&dissertation..
February 4, 2009 at 1:38 pm
nk tanye fitri mmg dah fikirkan tajuk yg sesuai tuk proposed topic of research yg akan kte buat…kte nk amik transaksi dalam ekonomi islam..tp penyelidikan tu xbrape mahirla..just teori je banyk kte bace..rasenya xmncukupilah..
banyak lagi yg perlu dipelajari..
February 6, 2009 at 7:57 am
sykran eh
February 6, 2009 at 2:38 pm
[mama ain]thanks
[sheeda]bagusla.muda2 sambung blaja.tajuk thesis xyah submit lagi.abis coursework baru submit proposal.kalu kat UIA cam tu
[qutuz's legacy]afwan
February 20, 2009 at 1:20 pm
Salam… Dah balik alhamdulillah…. Lama tak dengar kabo mahasiswi mithali nie… dengar bejuang siang malam… bagus2 tu y kita hendak tu…
per2 program kat selangor nak bantuan leh ler contact ana- 0197320446… anti ada nak buat program tak untuk muslimat.. ana ada buku muslimah hari esok dalam 100 buah buku lagi… emm… ok ler… salam perjuangan dan ukhuwah….
February 20, 2009 at 1:24 pm
opss… lagi satu,, nak minta tolong ler… anti nak sambung MA kat UIA yer… tanyakan kuliah usuluddinleh.. camna prosuder dia… ana tanay bebudak kat johor nie tapi masing2 masih tak bagi panduan tepat ler… nak gi KL ana gh kesibukansikit…kalau tak menyusahkan ler.. ok… salam
February 21, 2009 at 2:42 am
prosedur sama je tak kira jabatan apa pun.leh buka web IIUM utk maklumat lanjut atau hubungi terus En Yazid di CPS(Centre of Postgraduate Study)0361965215.slmt bjaya!
April 7, 2009 at 2:52 am
syer dpt tawaran belajar kt gmi(process instrument n control)dan institut teknologi petronas(instep)ptp-2…
boleh syer thu mana 1 y senang dpt keje dan lebih mudah utk diteruskan…
June 15, 2009 at 1:18 am
maaf faris.sy kurang pasti.cuba hubungi guru-guru anda atau ahli akademik yg anda kenali.terima kasih
September 23, 2009 at 9:43 am
Apa pendapat ttg ma b.arab kat um dan ukm berbanding di uia?ana tengah pening memilih ni….
September 24, 2009 at 2:21 am
Salam.terima kasih kerana sudi berkunjung.saya sarankan saudara menghayati artikel di atas sebelum membaca komen saya yang agak panjang ini.
Terdapat beberapa indicator dalam pemilihan pusat pengajian yang perlu saudara titikberatkan.Segalanya bergantung kepada keperluan dan kepentingan saudara.
Jika saudara mementingkan kualiti,maka pastikan pilihan saudara nanti memberikan impak yang besar kepada masa depan meskipun agar sukar untuk mencapai result yang cemerlang.Maksud saya,terdapat perbezaan antara pengajian sarjana di UIA,UM dan UKM.Perbezaan paling ketara adalah dari segi penulisan thesis@disertasi dalam Jabatan Bahasa Arab.UKM dan UM membenarkan pelajar menulis menggunakan bahasa Melayu tetapi UIA hanya membenarkan pelajar menulis dalam bahasa Arab.Manakala untuk Jabatan Pengajian Islam/Islamic Reveal Knowledge (IRK:syariah,usuluddin)UIA memberi pilihan kepada pelajar samada menulis menggunakan Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris.
Selain daripada itu,UIA meletakkan syarat agar setiap pelajar baru menduduki English Placement Test(EPT) dan Arabic Placement Test(APT).Hanya pelajar lulusan negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sahaja boleh mendapat pengecualian daripada EPT,dan hanya pelajar lulusan Negara Arab sahaja mendapat pengecualian daripada menduduki APT.Band lulus adalah 5 dan kebanyakan kawan-kawan saya yang tidak berjaya mencapai band ini sekarang terkandas di CELPAD(Centre of English Language and Development) kerana perlu menghadiri kursus bahasa dan mereka tidak dapat masuk ke kelas sarjana selagi tidak mencapai band lulus.Kadangkala ada yang terpaksa menghabiskan 1 sem atau 2 sem di CELPAD.
Sekali lagi,jika saudara mementingkan kualiti,UIA sedia melahirkan pelajar yang multi language.Pada pendapat saya,APT atu EPT bukan suatu permasalahan kerana saya yakin,pelajar dapat mendudukinya dengan cemerlang jika bersedia daripada awal.Aalternatif lain,jika saudara tidak mahu menduduki APT dan EPT,saudara boleh menduduki TOEFL / IELTS di mana-mana pusat pengajian bahasa di luar lebih awal dan mencapai band yang ditetapkan oleh UIA.Kos bagi satu paper menghampiri RM600.
Selain daripada itu,saudara perlu melihat bidang yang ditawarkan oleh pihak universiti dalam jabatan saudara.Contohnya,UIA menawarkan 3 bidang dalam jabatan Bahasa Arab.
1. Lingguistic (Lughawiyat,antara subjeknya:Ilmu lughah,Sorof,Terjemahan dsb)
2. Literature (Aadabiyat,antara subjeknya:Balaghah,Adab,Naqad Adabi dsb)
3. Teaching Arabic As A Second Language(TASL@ Ta3lim).Inilah bidang yang saya terokai sekarang dan merupakan bidang baru,tidak terdapat di mana-mana universiti lain di tanahair.
*Merupakan pengkhusasan bagi pengajaran Bahasa Arab.Menawarkan subjek yang menarik dan baru bagi saya iaitu:syllabus design,technology in teaching, modern linguistic, , contarastive and error alanysis,evaluation of Arabic textbook ,psikologi dalam pendidikan DSB.Bahasa pengantar adalah 100% Bahasa Arab.
Jika saudara mementingkan tempoh masa,saya sarankan saudara memilih UM atau UKM kerana pengajian di sini tidaklah sesukar di UIA.
Pertama,syarat kemasukan agak longgar.
Kedua,thesis boleh ditulis dalam Bahasa Melayu.
Ketiga,tiada EPT mahupun APT.Kawan-kawan saya berjaya menamatkan coursework n dissertation di UM atau UKM dalam masa setahun setengah ke dua tahun sahaja.Sekejap bukan?!
Jujur saya katakan,ramai kawan-kawan saya tidak menjadikan UIA sebagai pilihan.Hatta,kelas saya sendiri di UIA hanya seramai 9-11 orang bagi satu-satu subjek dan paling sedikit,hanya 2 orang.Tapi bagi saya ,ia berbaloi2!Kenapa?
Pertama,market/pasaran kerja bagi pelajar lulusan UIA lebih luas dan diminati majikan daripada universiti lain kerana kualitinya.
Kedua,menjamin kemahiran berbahasa.
Ketiga,saudara akan menerokai pelbagai ilmu baru yang menjadi added value berbanding kawan-kawan lain
Keempat,bilangan yang kecil di dalam kelas memudahkan komunikasi dan interaksi berkesan antara kami dan pensyarah.
Akhirnya,saya mencadangkan agar saudara berfikir dan dapat membuat pilihan yang tepat.Saya fikir,tidak mustahil untuk menamatkan hanya setahun sahaja bagi pengajian sarjana di UIA.InsyaALLAH ,saya juga sedang berusaha mencapai target saya itu.Selamat berjaya!
Dare to take risk if you want something valueable!
IIUM,Garden of knowledge dan virtue!!!
September 28, 2009 at 6:21 pm
Syukran atas jawapan yang hampir-hampir dapat menghilangkan kepeningan ana. Alal aqal wal aksar pandangan anti akan membantu ana untuk memilih salah satu antara ketiga-tiga u itu.
Ana sebenarnya berminat dgn UIA tapi mcm anti sebut tu lah…cabaran APT dan cabaran jem perjalanan menempuh MRR2 dari Balakong ke Gombak yang merisaukan ana. Kelas B.I kat celpad tu macamana dia punya jadual?? In case sangkut kat APT jadual kelas di celpad boleh diejas2 ke?
Ana pun kalau di UIA insyaAllah akan ikut MAASL juga. Sarjana MAASL ni kira pure Arabic Study ke lebih kepada Education in Arabic? Kuat ke membantu kita kalau nak apply jd lecturer B.Arab di kolej atau universiti?
Sori kalau banyak bertanya….Ana yakin anti bnyk maklumat dan anti ikhklas dalam membantu rakan2 yang nak sambung belajar ni. Kalau boleh nak sembang panjang sikit. Kalau tidak keberatan tlg sms saya di no. 0168105854. Ok. Syukran ala kulli hal….Assalamualaikum….
September 30, 2009 at 6:02 am
Sarjana MAASL lebih kepada pengajaran B.Arab itu sendiri.
Maaf saudara abiluqmann,saya lebih selesa di sini.Sekurang-kurangnya kawan2 lain dapat berkongsi maklumat juga.
Terma kasih
October 6, 2009 at 5:04 pm
أيواه …زجزاك الله خيرا على التوضيح وإبداء الراءي المقنع في المناقشة….أراك في الجامعة إنشاءالله…….إلى اللقاء
October 7, 2009 at 4:01 am
insya Allah
October 17, 2009 at 9:23 am
salam..bape cgpa utk masuk uia?
October 17, 2009 at 2:50 pm
xsure plak .tp ade member akk dpt below 60% pun bole masuk.alhamdulillah.akk rase syarat masuk CGPA adalah “kesungguhan”. =)
October 17, 2009 at 3:25 pm
heh..ok syukran..rsnya yuran blaja d uia lbh mhl bbnding dgn U lain..akk gne duit sndiri atau pinjaman atau biasiswa?
October 18, 2009 at 9:46 am
alhamdulillah,dapat biasiswa Bajet Mini dari Kementerian Pengajian Tinggi(KPT)
October 18, 2009 at 12:31 pm
alhamdulillah syukran
October 19, 2009 at 3:29 am
السلام عليكم…هل عندك معلومة عن موعد بدء الفصل الثاني 2009-2010 للجامعة الإسلامية؟ فاخبرني عنه لو سمحت……شكرا والسلام عليكم.
October 19, 2009 at 9:52 am
نعم,الجدوال موجود في هذا الموقع
http://itdportal.iium.edu.my/student/schedule1.php
October 20, 2009 at 3:04 am
شكرا….بارك الله فيك….ء
November 8, 2009 at 1:16 am
salam…nk tanya,cam ner nk dapatkan biasiswa KPT tu@amik kt mane?
November 9, 2009 at 1:29 am
download borang dr web Kementerian Pendidikan Tinggi dan faks terus kepada mereka beserta dokumen yang diperlukan.Jawapan dapat dalam tempoh 2 minggu selepas permohonan.Arab asalnya bawah Human Science.Sekarang percubaan tahun pertama untuk ditukar ke IRK Faculty demi mengislamisasikan pendidikan Bahasa Arab.Jadi,bila saudara di UIA nanti akan sedikit keliru macam saya 1st time dulu.Kejap2 join budak2 HS,kejap2 kena ikut group IRK masa orentation day.Sabar je la…Walau bagaimanapun,dalam exm n website,kita masuk diresctly under IRKHS.Saya bawah Arabic Deparment dan IRKHS Faculty.Jelas kan…Good luck!
Faculty = Kuliyyah
Deparment = Syukbah
November 8, 2009 at 2:06 am
lg satu,b.arab bawah irk&hs department kan?