November 2008


3 Nov-Penthouse bangunan PKPS Shah Alam menyaksikan kemeriahan majlis makan malam bersama Tok Guru Nik Aziz Nik Mat anjuran Muslimat PAS Kawasan Shah Alam.Majlis yang bermula jam 8.00 malam diceriakan lagi dengan MC yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Nazmi Abdul Karim(azhari) dan selingan nasyid oleh juara Akademi Nasyid 2008,Saudara Azhan Attan(ketua Pemuda PAS Cawangan).

           

Tahniah buat ustazah Faridah Korib merangkap Ketua Muslimat PAS Shah Alam(azhariah) yang berjaya mengemudi majlis hingga ke akhir dengan bantuan ad-hoc yang mantap.Majlis diserikan dengan gimik perasmian Kelab Penyokong PAS Shah Alam oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.Ahli kelab dari kaum India telah mengalungkan bunga kepada tok guru dan menghadiahkan sehelai kain yang menyelimuti sebahagian badan beliau ketika majlis perasmian.

           

Walaupun keterlibatan saya secara langsung buat kali pertama dengan muslimat kawasan saya ini hanya sebagai usherette(pengiring tetamu),namun banyak perkara tersirat yang boleh saya kongsikan bersama kalian:

 

1.Saudara Azhan Attan yang sedang menempa nama sepatutnya dibayar untuk show dengan harga yang tinggi seperti artis glamour lain.Tetapi jawapan beliau apabila pihak kami menyatakan tidak dapat berbuat demikian amat mengujakan saya,”ala kak….kerja2 jemaah ni tak perlu bayaran.” Bayangkan!Saya rasa kalau jemput Mawi malam tu for sure demand tinggi.

 

2.Programmer kami seorang peguam,Kak Nor merangkap ketua penerangan muslimat kawasan yang dahulunya tanpa rasa inferior pernah menyertai kami dalam team Nisa(semasa kepulangan saya ke tanahair tahun lepas).

 

3.Kesihatan Tok Guru amat menyedihkan.Terpaksa (more…)

Salam dari Bandar Anggerik,

Sekian lama menanti detik dan ketika,

merencana liku perjuangan,buat tatapan sahabat,

berkongsi pengalaman,sebagai pedoman di masa hadapan….

 

Jika awal tahun ini menyaksikan penggabungan BAS iaitu sebuah persatuan pelajar Selangor yang berada di Mesir yang boleh saya simpulkan bahawa kami secara rasmi telah keluar daripada BAS dan bersama telah BKASM,manakala di penghujung tahun ini pula(setelah saya selamat tiba di tanahair) saya masuk semula BAS tetapi dengan kacamata baru.BAS yang saya maksudkan adalah Briged AMAL Selangor.

Saya mewakili NISA Selangor diminta mengikuti Program TOT(Training for Trainers) yang berlangsung pada 1 hingga  2 November 2009 bertempat di Kem Bina Semangat Yayasan Selangor ,Ampang Pecah,KKB.Kata-kata aluan dari Us Solehen Mohyi di awal program amat mengujakan apabila dapat mengenali BAS dengan lebih dekat lagi sebagai badan sukarelawan(NGO) yang menjadi wadah memperjuangkan kerja-kerja AMAL dan dakwah di negeri ini.InsyAllah, saya berusaha (more…)