Salam Abbasiyah,
Menghitung saki baki hari untuk di habiskan di Mesir ini.Teringat kali pertama menjejakkan kaki di sini pada bulan November 2001 untuk mengikuti kursus Bahasa Arab di Markaz Fajr,Haiyu 8.Pulang ke Malaysia pada Jun 2002 untuk menduduki SPM pada tahun yang sama.Saya masih ingat lagi janji saya pada diri di hadapan Allah atas hamparan sejadah yang saya nekad untuk kembali menuntut ilmu di Bumi Mesir semula selepas 2 tahun.Alahamdulillah,doa saya dimakbulkan.Saya datang semula ke Mesir pada 15 September 2004.Minggu yang pertama berada di asrama Selangor Haiyu 10,saya membuat perhitungan dan perjanjian dengan diri sendiri atas sekeping kertas bahawa saya akan pastikan pengajian sarjana muda saya di Uni Al-Azhar hanya mengambil masa selama 4 tahun dan akan pulang ke Malaysia pada 2008.Syukur pada Allah yang tidak pernah menghampakan jauh sekali mengecewakan cita-cita saya.Hari ini 7hb Oktober 2008,saya cuma berbaki 18 hari lagi untuk bermukim di sini lantaran tiket penerbangan pulang saya bertarikh 25hb Oktober ini.Rasa sedih untuk berpisah dengan ramai insan tersayang di Mesir.Apatah lagi terpaksa menamatkan pengajian bersama para masyaikh antaranya Syeikh Ahmad Hajain,Syeikh Usamah,Syeikh Hasan dll.Meskipun merasa diri ini masih kurang dari pelbagai aspek,namun tiada alasan lagi bagi saya untuk tidak pulang.Wajah-wajah keluarga tersayang saya setiap malam bertamu di mimpi.
Di kesempatan ini,saya memohon jutaan kemaafan buat semua insan yang pernah mengenali saya dan berurusan.Halalkan segala perkara.Maafkan salah dan silap.Saya menanti kalian di medan.Moga kita semua thabat dalam perjuangan.Amin