Salam Kaherah,

Dah lama senyap.Fit3 ke mana?Ramai yang ingat saya sibuk dengan persatuan.Sebenarnya saya masih dalam tempoh rehat.Alhamdulillah hampir sembuh sejak diuji dengan kemalangan baru-baru ini.Ramai yang tidak tahu.Saja saya rahsiakan.Biar tidak menjadi buah mulut.Cuma dilanggar sebuah tramco 3 mingu lalu.Tiada kecederaan luaran pon.Cuma terseliuh di kedua-dua belah tangan belum sembuh sepenuhnya.Doakan.Belum aktif benar seperti dahulu.Lincah ke sana sini di ceruk Mesir ini saya lalui sendiri.Sekarang hanya memerap di rumah.Sekali sekala pulang ke Abbasiyah dan menziarahi adik2 di Sayidah Zainab.Hajat ke Tanta dan Alex belum dapat dipenuhi cuti ini.Maaf buat teman semua kerana tidak bercerita hal ini.Trauma selama 14 hari tidak dapat saya lupakan.Terbayang saat ditarik dari bawah perut tramco oleh orang ramai.Menggigil kepala lutut ketika melintas jalan seminggu selepas kejadian.Syukur.Semangat pulih kembali sekarang.Terima kasih tak terhingga buat kak Fatma dan ahli bait:Hana(jurujerawat yang menceriakan akak),kak Jemah,kak Sarizah,Akma,Lina dan Nisa.Penghargaan buat Along Farhan dan kak Izah yang membantu sepanjang urusan di Hospital.Juga buat Pjah yang setiap malam tidak jemu mengubati.Akhir sekali buat teman-teman yang membantu secara tidak langsung.

Alhamdulillah natijah saya Jayid secara purata.Berjaya akhirnya dengan rahmat Allah ta’ala menamatkan ijazah dalam Bahasa Arab selama 4 tahun di Universiti Al-Azhar.Syukur.Sekarang buntu untuk membuat keputusan ,ke mana halatuju selepas ini.Mungkin MA di Uni.Azhar,Cairo Uni,UIA atau tutor di USIM?Tidak pasti lagi.Saya nak siapkan sijil sementara dahulu.Ada yang bertanya,nak balik bila?Saya sendiri belum merancang tarikh yang sesuai.InsyaAllah akan diberitahu kelak.Mak dan keluarga di rumah sudah bising.Rindu tak terkata.Huhu :( Masih banyak kerja di sini yang tergendala lantaran tempoh berehat saya yang agak lama.Mohon doa kalian agar dapat aktif dan lincah seperti dahulu.

Sekadar coretan.Belum sempat membuat sebarang artikel ilmiah.Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan tahun ini.Bersama mengejar keredhaan Allah.