“Sabar ada 3 jenis.Sabar dalam melakukan ketaatan,sabar dalam menahan diri dari melakukan maksiat dan sabar dalam musibah.Kita harus redha dengan apa yang Allah tetapkan ke atas diri kita.Kadang-kadang Allah beri kejayaan dan kadang-kadang Allah uji dengan kegagalan.Tetapi sebenarnya nikmat Allah adalah sangat besar di sebalik ujian yang menimpa”
Begitulah sedikit potongan tazkirah K.Sarizah dalam kuliah dhuha pagi tadi.Cuping telingaku mendengar teliti,lalu membayangkan apakah reaksi aku andai berhadapan musibah.Lantaran aku jarang sekali diuji musibah dalam hidup ini.Allah memberi aku ujian nikmat.Kadang-kadang syaitan menggoda (more…)
5 Jun 2008 pastinya tarikh keramat yang tidak dapat dilupakan oleh rakyat Malaysia ekoran Perdana Menteri Malaysia mengumumkan harga petrol meningkat sebanyak RM0.78 seliter dan harga diesel sebanyak RM1.00 seliter.Kenaikan dua komuditi yang berskala besar ini mendatangkan kesan negatif kepada rakyat.
Antaranya:
1.Rakyat terpaksa menanggung kenaikan caj perkhidmatan,kos sara hidup yang tinggi dan harga barang keperluan yang melonjak naik.
2.Mendatangkan kesan negatif kepada perkembangan sosial masyarakat akibat tekanan hidup.
Keputusan yang dibuat tanpa rundingan parlimen ini mengundang pelbagai persepsi dan kritikan buruk dari rakyat secara umum dan pembangkang secara khususnya.Lantaran,kenaikan harga minyak secara drastik ini membuka mata rakyat untuk (more…)
7pagi,3 Jun 2008 “0177768325″no ini tertera di skrin K800i aku.Tak pernah ku tahu kewujudan no ini di Mesir.Serba salah menerpa untuk menjawab panggilan.Khuatir suaraku akan kedengaran agak berbeza lantaran baru terjaga dari lena.
“Assalamualaikum,kaklang sihat tak?” Oh!Abah yang menghubungiku dari Malaysia rupanya.Kaget juga jika ada berita kecemasan.Rupanya sekadar bertanya khabar,rindu benar pada anak bongsunya ini.Padahal setiap minggu aku pasti menghubungi keluarga.Hati seorang ayah!Kasih dan rindu tumpah pada anak-anak.Tika berada bersama,sukar menyatakan sayang.Bila berjauhan begini,kerinduan amat dirasai.Hari ini umur abah dah pun menjangkau 57 tahun 5 hari.Baru sahaja meraikan ulangtahun pada 28 Mei lalu.
Abah adalah lelaki yang paling aku kagumi dalam hidup.Seketika air mata gugur membasahai pipiku pagi ini mengenangkan kenangan bersama abah dan pengorbanan beliau pada kami sekeluarga.
Abah membesar sebagai anak perantau.Mengikut atok yang bekerja sebagai tentera.Singapura,Johor dan beberapa tempat lain menjadi medan persinggahan ketika di alam persekolahan.Abah juga pernah diasuh agak lama oleh uwan di Kampung Jerejak,Batu Kikir,Negeri Sembilan dek ujian yang menimpa pada keluarga abah.Persekitaran kampung menjadikan abah seorang yang tabah.Lantaran kemiskinan (more…)
Ramai yang menolak penggunaan adab atau sastera Islam secara berleluasa dengan hujah bahawa sastera Islam itu merupakan faktor terhadap kemunduran sastera bangsa-bangsa lain di dunia.Perbezaan yang ketara ditampilkan melalui perbandingan antara Sastera Islam dan Sastera Arab itu sendiri.Sastera Arab adalah segala produk sastera yang menggunakan Bahasa Arab secara menyeluruh merangkumi pelbagai jenis gaya sastera dan tidak ada had masa.Manakala istilah Sastera Islam pula diinterpretasi sebagai produk sastera yang bercorakkan Islam dan menyelesaikan permasalah ummah samada bermediumkan Bahasa Arab atau bahasa-bahasa lain.Golongan yang membuat dakwaan ini menyangka bahawa Sastera Islam menongkah arus Sastera Arab.Secara teori dan praktikal,Sastera Islam amatlah ironi dengan Sastera Islam dalam pelbagai aspek.Di samping itu,dakwaan tak berasas ini ternafi secara nyata apabila kita menyingkap pengaruh Sastera Islam terhadap beberapa sastera lain di dunia.
Skop kajian difokuskan seputar Sastera Arab,Sastera Farsi dan Turki.
Sastera Arab:Sastera Islam lahir di tengah-tengah medan Sastera Arab.Para sasterawan yang mendapat suntikan ilahi telah terdorong menyelami karya Islam dan mengadaptasikannya (more…)