May 2008


Bahasa Arab merupakan bahasa yang dituturkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat. Oleh kerana keistimewaan yang dimiliki oleh Bahasa Arab,Allah telah menurunkan mukjizat terbesar nabi Muhammad saw menggunakan lisan Arab.Kriteria istimewa yang dimiliki oleh Bahasa Arab adalah seperti mempunyai prosa kata yang banyak dan kaya dengan lafaz yang mampu mengungkapkan setiap ekspresi penutur.Setiap huruf yang berbeza mengandungi intonasi tersendiri yang mencerminkan maksud perkataan tersebut.Contohnya perkataan لين yang bermaksud lembut sesuai dengan huruf yang dipilih kerana huruf ل ي ن melahirkan intonasi yang lembut juga.Manakala perkataan  غضب yang bermaksud marah terdiri daripada huruf-huruf yang mempunyai intonasi yang agak kasar.Bahasa Arab sememangnya memiliki keunikan yang menakjubkan jika mengkajinya secara terperinci.

            Namun,apa yang mendukacitakan adalah nasib Bahasa Arab Fushah(baku) hari ini (more…)

Pengalaman merupakan suatu keadaan yang telah dilalui oleh seseorang yang memberi kesan kepada kehidupan dan pemikirannya.Pengalaman adalah aset berharga dalam menukil sebuah produk sastera agar dapat mencuri hati pembaca.Namun adakah ini bermakna seseorang yang tidak berpengalaman gagal melahirkan sebuah karya terbaik!Jawapannya,tidak sama sekali!

 

Sesebuah karya yang baik tidak hanya bergantung semata-mata pada cetusan idea karyawan melalui pengalamannya.Namun ,terdapat beberapa aspek lain yang boleh dicanai untuk menggilap kualiti pembikinan sesebuah karya iaitu:

 

1.Pengalaman individu lain

Seseorang karyawan boleh mengadaptasi pengalaman individu lain untuk digabungjalin dengan ideanya untuk membentuk sebuah produk yang menarik.Contohnya,seorang penyair yang ingin menggambarkan perjalanan hidup seorang tahanan penjara boleh mentekskan pengalaman tahanan tersebut meskipun beliau sendiri tidak pernah pengalaminya.

 

2.Sejarah.

Sastera merupakan medium terbaik untuk menterjemahkan sesebuah kronologi sejarah melalui kacamata (more…)

Masa saya mula-mula sampai ke Mesir tahun 2001 dulu,fenomena yang terpampang depan mata saya adalah suatu biah yang cukup indah lahir dari tarbiyah individu-induvidu yang bukan sahaja berfikrah Islam tetapi mengadaptasikannya dalam kehidupan.Justeru,wacana dakwah yang diatur melalui pelbagai medium berjaya melahirkan kelompok manusia yang menghargai nilai keindahan Islam.Medium yang boleh saya hadirkan adalah program ilmiah anjuran BKASM dan PMRAM.Namun medium yang paling tegar mengikut pemerhatian saya pada ketika itu adalah  dakwah fardiyah di kalangan ahli bait sendiri.Apabila saya ditempatkan bersama golongan azhariah -sedangkan saya cuma pelajar tingkatan 4 yang tidak pernah berusrah pun!-saya rasa begitu kerdil.Keberadaan selama 6 bulan bermukim di kota Kaherah ini mampu meninggalkan satu tarbiyah yang jitu dalam jiwa saya.Ukhwah yang mantap sehingga kakak rumah saya sangat mengambil berat-huh manja betul aku masa tu!-sampai hal luar dan emosi pun dititikberatkan.Maka saya langsung tidak merasa wujudnya batu penghalang antara kami.Hasilnya,sebarang teguran telus mudah diterima.Bayangkan! Kakak-kakak yang bertudung litup,bertutur tertib,dan melangkah ayu bias mengubah pendirian,peribadi dan sekaligus persepsi saya kepada pelajar agama pada ketika itu.Akhirnya,saya membuat keputusan untuk menduduki SPM di Malaysia pada 2002 dan kembali semula ke Mesir pada 2004 berbekalkan keputusan STAM.

Sebelum bertolak,saya dihadiri sebuah mimpi yang agak pelik.Mimpi bangunan rumah Selangor runtuh dan saya lihat seorang per seorang abang-abang dan kakak-kakak lama keluar daripadanya.Saya ceritakan pada mak-mak pun dah 3 kali bertandang ke Mesir.Kenal benar ragam budak-budak Azhar-Apabila tiba di Mesir akhir tahun 2004 memang mimpi yang menjadi teka teki saya menjadi kenyataan.BKASM tiada lagi.Saya dapati sedikit demi sedikit kesan-kesan tarbiyah di sini pudar di kalangan warga Azhari.Jika dulu,tiada yang berbaju kurung dan bertudung pendek.Malah,berpakaian dengan warna yang menonjol jauh sekali.Jarang pula saya mendengar gosip-gosip liar dahulu.Namun sekarang,orang berdating depan mata saya pun makin ramai-huh!nauzubillah-.Kalau nak salahkan persatuan,bagi saya bukan itu masalahnya.Program tetap hidup.Namun bila nilai FAHAM,JIWA, PRAKTIK tidak ditanam dalam diri,justeru program agak sepi.Teguran diambil sambil lewa.Kalu dulu,kuat betul kesatuan kami.Sampaikan jika ada suatu berita,pasti semua mengetahui.Untuk diambil iktibar.Saya muhasabah kembali,adakah salah generasi saya sendiri?Adakah dakwah fardiyah masih berjalan?Saya menemui jawapan.Nilai ukhwah yang pudar sebenarnya mengeruhkan keadaan dan tarbiyah ruhani sukar menusuk ke jiwa mad’u,bila semua orang hanya berfikir tentang kejayaan akademik,tetapi nilai akhlak dan kecemerlangan syahsiah di tolak tepi…

Bumi Mesir kini dibanjiri pula adik-adik medic yang dahagakan tarbiyah.Malah ada yang belum sempurna ibadat dan aurat.Amanah yang terpikul lebih besar di bahu Azhari untuk mendampingi adik-adik tersayang ini.Saya seru diri saya dan kalian untuk memugar semula peranan dakwah fardhiyah di kalangan kita.Saya rasa berat hati meninggalkan Mesir-memandangkan saya tahun akhir pada 2008 ini- kerana bimbang memikirkan fenomena dan biah sahabat-sahabat yang bermukim di sini esok ,lusa dan seterusnya.Tidak perlu menunding jari,tetapi ini adalah peranan semua.Kelompok manusia ini hanyalah mad’u kecil kita jika nak dibandingkan dengan tanahair yang jauh lebih besar skop dakwah yang disasarkan.Mad’u pula ada yang berlainan akidah.Aduh!Bersediakah saya untuk pulang?!Anda bagaimana?Saya kongsikan sebuah nukilan Mustafa Masyur berjudul “Dakwah Fardhiyah di blogroll”ketenangan jiwa”.Moga di sana,ada usaha-usaha kecil dirancang untuk menyerikan kembali biah tarbiyah di bumi Ambiyak ini.Aku mengharap keberkatanMu ya Rabb!!

 

Sisipan:Terima kasih banyak sebab abang-abang dan kakak-kakak BKASM menerima gabungjalin dan kewujudan BAS dalam kronologi BKASM baru-baru ni.Mabruklah anak Selangor!Moga usaha dakwah dan tarbiyah kita lebih berseri lepas ni!OKJ

Tanggal 28 April merupakan lembaran baru dalam catatan sejarah parlimen Malaysia apabila buat kali pertamanya disiarkan secara langsung di kaca media elektronik untuk tatapan umum.Mesyuarat parlimen12 kali pertama untuk penggal pertama ini mendapat perhatian ramai pihak apabila wartawan dan rakyat Malaysia membanjiri dewan parlimen.Syabas dan tahniah Malaysia atas revolusi baru ini.Namun apa yang mendukacitakan adalah respon negatif PM sendiri terhadap siaran langsung tersebut.Beliau menyifatkan pihak pembangkang cuba mencari publisiti murahan apabila berlagak di depan lensa demi membela hak rakyat.Antara percaya atau tidak,kenyataan beliau adalah penyiaran parlimen yang berikutnya akan diberhentikan.

Justeru,ramai yang tertanya-tanya,adakah inisiatif lain untuk mengikuti perbahasan parlimen dan menyoroti setiap usul pimpinan negara kita.Alternatif yang boleh saya hadirkan di sini adalah jinakkan diri anda membaca hansard parlimen.

Layari http://www.sabah.gov.my/dun/utama_files/Web_Page/arkib/hansard.htm

 dan laman rasmi parlimen Malaysia http://www.parlimen.gov.my/index.php