February 2008


“Kamu(umat Islam )adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.Sekiranya ahli kitab beriman,tentulah itu lebih baik bagi mereka.Di antara mereka ada yang beriman,namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik”Ali-Imran 110

2090442846.jpg

Menurut Dr.Wahbah  Zuhaili dalam Tafsir A-Munir karangan beliau,sebab Allah menurunkan ayat ini adalah kerana dakwaan dua orang Yahudi iaitu Malik bin Saif(atau Malik bin Dhaif menurut penulisan ulama Al-Azhar) dan Wahab bin Yahuza kepada para sahabat Rasulullah saw bahawa agama mereka lebih baik daripada apa yang diserukan oleh para sahabat dan mengatakan mereka lebih afdhal berbanding yang lain.Maka,turunlah ayat ini sebagai motivasi dan injeksi semangat para mukminin bahawa kita adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia. (more…)

Sekadar secebis catatan untuk tatapan kalian berupa sebuah penghargaan buat individu2 yang saya sayangi….

 

20 JAN-Belajar dan makan antara 2 perkara yang memberi kepuasan kepada diri saya.Alhamdulillah,setelah selesai exam semester pertama saya 20 Jan lalu,saya dapat mengulang kembali detik2 manis yang telah saya tinggalkan dek kesibukan kuliah iaitu bertalaqi.Dalam post saya tahun lalu sudah saya kongsikan pengalaman manis yang wajib ditimba oleh semua pelajar Al-Azhar iaitu belajar kitab2 turath bersama syeikh.Usai exam petang itu,saya menuju ke Masjid Al-Azhar bertemu Syeikh Hajain yang bagi saya ada nur di wajah beliau membuatkan saya terpaku mengikuti kesekian siri2 tarbiyah ruhiyah beliau mendalami kitab Ihya ‘Ulumuddin karangan Imam Ghazali.

(more…)

Assalamualaikum..

Maaf buat semua pengunjung blog.Musim ini sudah lama saya tidak menulis lantaran sibuk.Sibuk pilihanraya!Meskipun jauh di perantauan,rasa sayang dan cinta kepada negara yang menyelubungi jiwa ini mendorong saya untuk turut sama merasa kehangatan berkempen.Surat atau penyataan mengundi atas nama saya sendiri buat kali pertama bertamu di rumah saya(Shah Alam).Abah kata,ada nota sisipan buat saya di surat itu:UNDILAH BN.

3379184787.jpg

FITRI NURUL ‘AIN BINTI NORDIN

Dun:Batu Tiga

Parlimen:Shah Alam (more…)