Introduksi
Tahun 41 hijrah menyaksikan norma baru dalam dunia Islam bilamana tampuk pemerintahan dimonopoli oleh keluarga Umawiyah setelah terlepas dari Khalifah Islam terakhir,Saidina Ali radiallahuanhu. Namun,jangkamasa pembinaan suatu kerajaan agung Islam tidak mengambil masa sehari dua,bahkan strategi yang kemas dan tersusun menjadi aset utama jatuh bangunnya sesebuah daulah.Dalam masa yang sama,perselisihan yang timbul dalam proses berbaiah telah menjadi barah kepada kesatuan umat Islam sehingga wujudnya puak Khawarij,Zubariyin dan Syiah.Kredebiliti Muawiyah tercabar dek fenomena yang berlaku sehingga menjadikan beliau lebih matang dalam bertindak dan merancang.
Buktinya,zaman pemerintahan Khulafak Umawiyah dianggap zaman keemasan kerana pada masa ini setiap jawatan dari pekerja,wali sehinggalah khalifah dikuasai oleh para bangsa Arab tulen sepenuhnya tanpa campurtangan bangsa lain. (more…)
Saya menziarahi blog seorang senior yang dihormati.Terjumpa pulak sebuah makalah yang mengusik hati.Lalu terdetik untuk berkongsi bersama pembaca di laman saya ini.Minta maaf buat kak Raden kerana copy paste sahaja.Jangan marah ye! =)
“Hari ini saya ingin berkongsi salah satu nasyid yang masih saya hafal dan kami pelajar-pelajar puteri dahulu selalu nasyidkan di Musolla Saidatina Khadijah, Asrama Puteri Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Koleksi Nasyid Puteri KISAS memang banyak, dicipta sendiri oleh pelajar puteri KISAS, diwarisi secara lisan dan bertulis daripada satu generasi ke satu generasi. (more…)
Sastera Arab moden mula merakamkan lembaran sejarah baru bilamana menemukan sebuah produk lagi dalam dunia sastera yang dikenali dengan “Masrahiyah” dalam Bahasa Arab dan “drama” dalam Bahasa Melayu.Masyarakat Mesir diiktiraf sebagai pelopor drama silam apabila sasterawan menemui lukisan-lukisan simbolik plot drama terukir di dalam tempat-tempat ibadat mereka.Epik dongeng menonjolkan variasi personaliti tuhan yang dijadikan watak-watak dan mewarnai drama zaman ini.Namun,senario kehidupan masyarakat Arab yang lebih teruja menobat produk syair sebagai lidah menyuarakan idea dan emosi mereka telah menenggelamkan sinar drama dalam pentas sastera Arab.Lantas,kewujudan drama tidak diberi nafas baru.Malah,kehidupan nomad masyarakat Arab menyukarkan perkembangan babak drama yang sememang memerlukan tapak yang stabil untuk berpijak dan berkembang.Drama ortodoks yang hanya menjadi santapan para pencinta ibadat juga merupakan faktor yang melembapkan proses perkembangan sesebuah drama. (more…)
Baru2 ini seorang adik yang bukan berlatarbelakang pendidikan agama bertanya kepada saya.
Sya :Kak,macammana nak jawab kalau orang kata,”ai,cepatnya nak pakai tudung labuh”.Betul ke kalau nak buat perubahan tu biar sampai benda2 lain sempurna dulu dan betul2 bersedia?
K.Fit3 :Apa pendapat awak sendiri bila orang tu cakap macam tu?
Sya :Tapi kalau nak tunggu sempurna sampai bila pun tak berubah.
“You are right!,”monolog saya.Saya rasa bangga ada sahabat yang Allah kurniakan fikrah sebegini.Alhamdulillah moga Allah memberi kekuatan padamu untuk istiqamah dik!
Memang sukar membuat perubahan kerana ia agak menyakitkan. (more…)
Pasca sastera mula sinar tampaknya meniti usia matang setelah melalui proses tumbesaran berperingkat,baikpulih,kritikan dan sentuhan sasterawan berkaliber. Impaknya,variasi produk sastera lahir mewarnai kanvas realiti masyarakat demi memenuhi tuntutan zaman.
Sebelum menyoroti antalogi sastera moden,seharusnya kita meneliti fenomena semasa yang menjadi momentum peningkatan kualiti sastera ke frekuensi yang lebih tinggi.Skop kajian difokuskan seputar perkembangannya bermula akhir kurun ke 19 dan menginjak ke kurun 20 di negara-negara Arab Timur Tengah.Dunia pada ketika ini bermegah dengan sudut pandang ke Barat dek pemonopolian mereka terhadap kuasa banyak negara dan arus kemodenan yang mereka canangkan.Justeru, perlembahan Nil,Mesir juga tidak terlepas dari pengaruh ini.Tambahan pula Mesir telah melalui sejarah hitam dijajah oleh Perancis dan Inggeris.Arena politik,sosial,ekonomi dan akademik telah menjadi mangsa keadaan. (more…)