October 2007


“Ya Allah!tak sabar nak exam!”,tak semena2 kata2 ini terpacul dari mulut saya sehari lepas.Rasa seperti hati saya sudah sampai di Malaysia sekarang.Emosi yang mengatasi realiti.Lalu kesedaran ini mendorong saya mengkoreksi diri.Markah2 exam 3 tahun lalu saya listkan kembali.Saya mula menghitung hari.Sebagai konklusi,mid term exam for my final year hanya tinggal 50 hari sahaja lagi!

Apa yang perlu dilakukan dalam tempoh sesingkat ini?

Saya kongsikan bersama kalian.Semoga sama2 beroleh kejayaan.Sebelum itu,saya dahului dengan peringatan buat diri:

“Kejayaan hakiki dalam menuntut ilmu adalah keberkatan dari pemilik ilmu tersebut.Bukti keberkatan itu adalah bilamana seseorang berjaya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.Maka,berhasillah ilmu itu sebagai nur,pembimbing manusia menemui jalan kebenaran.Adapun natijah bertulis hanyalah penilaian kecil yang tidak harus diperkecil.Justeru,jadilah penuntut ilmu yang cemerlang lagi terbaik dari segenap aspek!” 

2.2 Persiapan luaran(mungkin sesuai untuk pelajar pengajian Islam sahaja)

            2.2.1 Mengenali diri kita:

                        -masa2 yang cenderung untuk mengulangkaji

                        -kekurangan diri seperti:lambat faham,selalu menangguh nota,cepat

                         penat,kurang stamina dll

                        -kelemahan sampingan:kesilapan meletakkan kerja luaran sebagai

                         prioriti utama melebihi matlamat belajar

                        -kelebihan diri:tidak bergantung kepada nota dan cepat menghafaz jika

                         dipaksa atau berada dalam keadaan terdesak(last minute study) atau

             cepat menghafaz jika kerap melihat nota(cadangan:tampal nota di

             katil@dinding bilik tidur)

            2.2.2 Pastikan kita mengikuti perkembangan semasa kuliah.Paling kurang,sudah melengkapkan nota kuliah,menempah buku2,memahami satu per dua daripada input dan output pensyarah dan menyudahkan semua urusan perkuliahan(kad matrik).

            2.2.3 Mula merangka jadual belajar bermula saat ini sehingga minggu peperiksaan.Saya bahagikan kepada:

            -27/10 hingga 18/11(zon baca,faham dan nota)

            -19/11 hingga 15/12(zon menghafaz dan mengulang hafazan)

            -16/12 hingga 19/ 1 (zon peperiksaan,rehat secukupnya)           

jadidoktor.jpg2.2.4 Memastikan penggunaan masa secara optimum.Masa selepas Subuh,dalam kenderaan,ketika berjalan kaki,ketika menunggu(sebelum program,mesyuarat dsb) dan pada setiap masa yang terluang,jadikan nota teman bicara kita.

            2.2.5 Kelas tutorial,study group dan segala aspek gempur serta motivasi peperiksaan perlu bermula sekarang!Pastikan subjek yang sukar difahami diletakkan sebagai prioriti utama dalam senarai kitab yang perlu dikhadamkan dengan kadar segera!.

            2.2.6 Sistematik dalam urusan pemfailan segala nota kuliah,nota ringkas dan koleksi soalan peperiksaan tahun2 lepas mengikut subjek.

            2.2.7 Membuat :

                        -analisis terhadap:

1) markah peperiksaan tahun lepas(tahun 3).Senaraikan segala punca yang menyebabkan kita tersasar dari target MUMTAZ untuk setiap subjek. Pastikan segala kesilapan tidak diulangi dan upgrade gerakan dan tindakan!

2) bentuk2 soalan yang cenderung digunapakai oleh pensyarah dan memahami kehendak setiap pensyarah dalam mempamerkan jawapan di kertas peperiksaan seperti:ada pensyarah yang memberi bonus kepada pelajar yang menjawab menggunakan olahan ayat mengikut kefahaman sendiri dan ada pula yang inginkan ayat dalam buku teks beliau diulangcetak dalam jawapan peperiksaan

3)Faktor pendorong yang ada pada pelajar yang pernah meraih MUMTAZ @ j.jiddan untuk diamalkan bersama(cth:study tengah malam selepas qiamullail,amalan puasa sunat dll)

                        -statistik terhadap:

1) peningkatan tahap kemahiran diri seperti:kemahiran memahami teks,membuat ringkasan dan nota dsb dengan tujuan memotivasi semangat dan keyakinan diri untuk memburu MUMTAZ.

2)subjek yang kerap menjadi kegagalan senior tahun lepas.Cuba kaji dan beri lebih tumpuan

            2.2.8 Mempelbagaikan kaedah belajar.Antara kaedah yang saya amalkan sejak tahun satu:

            -Membuat formula(menggabungkan pangkal huruf menjadi suatu cerita rekaan yang menarik mewakili gambaran setiap fakta)dan sistem angka untuk setiap point berangkai

            -Membahagikan nota kepada:

                        1) nota padat(mengeluarkan fakta penting sahaja dari buku teks)

                        2) nota ringkas(berbentuk peta minda dan formular terhadap

                         keseluruhan buku teks)

            -Study group.Berbincanglah dengan kawan Arab dan Melayu terhadap kefahaman untuk setiap fakta dan fokus yang diberikan oleh pensyarah dalam kelas.Kadangkala,kita merasakan sudah cukup faham,namun,berhati2lah daripada SILAP FAHAM! Perbincangan dan pendapat kawan2 mendorong kita untuk lebih mudah membuat bayangan dan mengingat setiap fakta.

            -Merakam suara kawan2 mewakili setiap bait2 syair atau lambakan fakta yang tak sanggup lagi dibaca(kerana terlalu banyak) dan lakukan ulang dengar setiap kali sebelum tidur.(cara ini saya praktikkan pada tahun pertama sahaja kerana baru mendidik diri untuk memiliki sikap kuat membaca)

            -Saya suka study sambil mendengar muzik kecuali untuk subjek yang memerlukan fokus dan pemahaman.(menurut sumber yang dipercayai,muzik meningkatkan IQ seseorang)

            2.2.9 Kombinasikan disiplin psikologi ketika belajar:

                        -beri penghargaan kepada diri bila selesai melangsaikan tugas atau dapat menyiapkan nota dan hafazan mengikut jadual yang ditetapkan.Contoh penghargaan:memanjangkan waktu rehat(tidur),membeli makanan yang agak best(mukmin, babai),surf internet  dll.

                        -meletak gambar orang tersayang dan kata2 semangat di dinding

                        -tick,pangkah atau palang segala kerja yang terlunas di kertas yang dikhususkan.Apabila melihat kualiti pelaksanaan kerja atau penghafazan nota secara visual,kita akan menjadi semakin bersemangat untuk menyiapkan kerja2 berikutnya dan bukanlah rasa terbeban.

                        -buat countdown supaya diri tak terleka dan kerap rasa takut untuk buang masa kerana sudah set dalam minda,exam makin hampir

Yang penting sekali untuk perhatian sahabat2,saya sarankan secara serius untuk:

1)menjaga adab:

-adab bersama guru

-adab mendampingi kawan2

-adab menghormati kitab2 kuliah dan nota

-adab belajar seperti membaca doa sebelum dan selepas,ada yang berpendapat perlu menutup aurat setiap kali belajar,mendapat posisi strategik ketika study bergantung kepada keselesaan masing2(atas meja,atas katil,depan tv,sambil makan dsb.Kalau di musim sejuk semasa tinggal di asrama Selangor dahulu,saya suka menghafaz di dapur utk dapatkan haba dan mengelak ngantuk kerana suhu yang agak dingin di dalam bilik)

2)menjaga pemakanan agar hafazan kuat dan lekat di ingatan:

-makan makanan yang halal dan tidak syubhah(seperti barangan boikot)

-amalkan makan madu dan habbatussaudak setiap pagi

-minum air kosong dengan kadar yang banyak

3)menunaikan amanah orang dan taklifan persatuan

4)menjaga ukhwah,hubungan dengan Allah dan individu sekeliling kita(ahli bilik dan kawan2 sebatch).Cuba istiqamah zikrullah dan qiamullail setiap malam.Jika tidak mampu,tampung dengan solat sunat dhuha.Elakkan melakukan kesalahan(perkara lagho) atau maksiat kecil.(Saya pun banyak lagi kekurangan ni…ei,takutnya!)

 5)Jangan ada pemikiran nak berjaya sorang2.Bantu kawan2 yang agak lemah dan sentiasa beri semangat pada diri sendiri dan orang lain.Sila elakkan diri menggunakan alasan study,kelas dll untuk mengelak daripada menerima taklifan persatuan.Tawar perkhidmatan mengajar dan kebajikan kepada kawan2 kita.” ان تنصر الله ينصركم”

6)Sentiasa menghubungi keluarga dan memaklumkan perkembangan terkini.Minta mak dan abah melazimi solat hajat dan doa secara berterusan untuk kejayaan dan kesihatan kita.

Akhirnya,setelah usaha untuk mempersembahkan yang terbaik telah kita lakukan,bertawakallah terhadap natijah peperiksaan kita.Moga kita tidak mudah lemah semangat jika diuji dengan kegagalan.

P/s:Ini hanyalah coretan saya sebagai seorang individu yang masih lemah dan dalam proses belajar.Andainya di sana ada sebarang kritikan dan cadangan saya alu2kan.Saya masih banyak lagi kekurangan.Bersama kita minimumkannya!

Biasa dengar nama ini kan?!Kita kenali nama ni sebagai sebuah kawasan di Kaherah,Mesir atau lebih diyakini oleh pelajar Malaysia sebagai tempat membeli belah,urusan bank di HSBC atau cuma glamour kerana adanya Genina Mall dan Rumah Pelajar Sabah di sana.Namun sedar atau tidak,nama ini milik seorang sasterawan kurun moden di Mesir.

Sememangnya di sini,nama seseorang atau tarikh sesuatu yang memberi kesan kepada masyarakat Mesir akan diabdikan pada jalan atau kawasan agar tidak lekang di bibir anak cucu mereka esok lusa.Oleh kerana itu,tidak pelik jika ada yang mengatakan,”saya nak ke 6 Oktober,Abbas Aqqad,Rabaah(singkatan bagi Rabiahtul Adawiyah”dan adik2 kita juga sering mentaaruf diri,”saya tinggal di Sayyidah Zainab dan Saad Zaghloul”

Kita juga mengambil inisiatif yang sama di tanahair,kerana itu wujudnya memorial Tunku Abdul Rahman dan lorong Haji Taib.Cuma jalan Tun Mahathir belum wujud lagi!heheJ

dsc01240.jpg

Siapa Abbas Aqqad?

Nama penuh:Abbas Mahmoud Aqqad

DOB:28 Jun 1889

POB:Aswan,Mesir

Ayah:Mahmoud Ibrahim Aqqad bekerja sebagai Pegawai Kerajaan di Aswan

Ibu:Isteri kedua setelah isteri pertama meninggal dengan meninggalkan dua cahaya mata

Adik beradik:8 orang(2 perempuan dan Abbas adalah anak lelaki tertua)

Latar belakang keluarga:kuat berpegang dengan didikan Islam.Ini mempengaruhi pembentukan ideologi Abbas sejak kecil.

Peribadinya:menepati waktu,kuat membaca dan sangat rapat dengan keluarga

Latar belakang pendidikan:tamat sekolah pada tahun 1903 ketika berusia 14 tahun(dengan keputusan cemerlang dan merupakan pelajar ke66 daripada 100 pelajar terbaik seluruh Mesir) Pengalaman bekerja:

- pegawai rendah di Qina sehingga 1907 dan kemudian berpindah randah ke Zaqziq dan Fayyoum

-tenaga pengajar di Sekolah Pertukangan Kaherah(jurusan Elektrik dan Kimia)

-tenaga pengajar telegraf di Sekolah Dhohiah Damerdesh-1907 berkecimpung secara serius di Syarikat Akhbar “Addustur” dengan gaji LE 6 sebulan

Kegiatan/sumbangan terbesar dalam sastera: 1908 – 1935 Mengeksplorasi penerbitan akhbar genre politik,sastera dan ilmiah

-Menterjemah karya Farsi Max Nordau bertajuk Degeneration ke Bahasa Arab

-Menghasilkan sebuah produk sastera yang bernilai iaitu “Addiwan”.Pembikinannya memakan masa 3 tahun (1912-1914)

Keistimewaan:Memilik gaya penulisan yang berjaya menarik hati pembaca menggunakan revolusi baru yang berani diterokainya.

 Sejarah hitam:Pernah dipenjarakan selama 9 bulan kerana telah tamat visa ketika berada di luar negara.Namun peluang di penjara dimanipulasi sebagai medan menguasai Bahasa Perancis

Sumber rujukan :

Buku “Tokoh Sastera Moden Mesir”

 Siri biografi pengkritik dan bibliografi oleh Dr Hamdi Assukut

Jilid Pertama

Pusat Pendidikan Bahasa,University Amerika Cetakan Darul Kitab Mesir dan Lubnan 1983m-1403h

3 tahun bergelumang dengan Sastera(adab dan nusus),bermain dengan ilmu alat(nahu dan sorof),menyelami bahasa(Ilmu Lughah dan Maajim) menjadikan saya menghargai diri sekaligus berbangga menjadi orang sastera.Meskipun ilmu ini tak semulia Syariah dan Usuluddin yang mengekplorasi segenap inci ayat Allah dan kalam Rasulullah saw.

Mengapa?

Kerana sejak menceburi bidang bahasa dan sastera,saya tahu menilai harga sebuah karya,meletak Quran dan sunnah melebihi segala.Kerana kami tidak mengeluarkan hukum daripada 2 tinggalan Rasulullah ini,namun mencintainya bila menemukan sesuatu yang berkualiti.Apabila dikaji dan diteliti,benarlah tiada yang indah dari bahasa Allah dan RasulNya,benarlah nur Islam yang dibawa dan akhirnya saya meyakini ketinggian Islam melalui kacamata seorang penggiat sastera.

الاسلام يعلو ولايعلى عليه

Yakinlah dengan nur Islam walau dalam mana2 posisi anda berada.Redhalah dengan ketetapan Allah.Eksploitasi kelebihan diri untuk manfaat Islam dan seisi dunia.

Salam juang jangan lemah.TAKBIR!

Bismillah..

6556611808812852.jpg

Kali ini tulisan saya berupa jawapan untuk adik Zura yang sudah beberapa kali minta saya kongsikan cara belajar yang terbaik dan berkesan. Walaupun result yang saya perolehi tidak menggambarkan saya seorang pelajar yang cemerlang,namun saya yakin telah berusaha sebaik mungkin untuk menguasai ilmu dan mendapat keputusan Mumtaz.Tahun ini saya meneruskan misi saya lagi dengan semangat tahun satu yang saya recharge sekembalinya dari tanahair sebulan lalu.
1.Niat
Acapkali saya ulang wacana perubahan mind set Azhari.Sila buangkan istilah ‘belajar di Azhar susah,kurang bersistem tetapi syadid,buku lambat keluar,kuliah tak rancak,kuliah tak wajib,tiada supplement mark seperti assignment atau kehadiran dan komitmen dalam kelas’.Mengapa?Kerana ini semua hanya alasan bagi orang yang malas berusaha dan beralasan untuk berjaya.
Berniatlah untuk memulakan pembaharuan dalam diri.Tingkatkan semangat untuk study seiring stamina yang tinggi dan berterusan.Jadikan kehadiran kuliah sebagai kredit dan bonus untuk berjaya!
2.Persediaan
Saya bahagikan kepada dua:
2.1 Persediaan dalaman
2.1.1 Cuba konsistenkan semangat berkobar tahun satu dahulu hingga tahun akhir pengajian sebab biasanya pelajar tahun satu ini dikatakan over semangat nak belajar.Semua benda diexplore.Tidak rasa penat tetapi tamak dan dahaga ilmu.Kalau rasa lemah kerana diuji kegagalan,rechargelah mood dan semangat tersebut dengan pelbagai cara;balik Malaysia,telefon emak,berkawan dengan freshie baru.
2.1.2 Mental yang sihat,bersih dan proaktif perlu dijana untuk belajar di Azhar kerana bagi saya kombinasi ilmu thurasi dan hadhari dalam silibus Azhar menagih penggunaan otak tahap maksimum dalam memahami permasalahan hukum,penghafalan dsb.
2.1.2 Kesihatan yang berterusan perlu dipastikan untuk menjamin kualiti study kita agar berada pada tahap yang tinggi.Jangan pandang remeh pada petua2 dan larangan yang telah dirigidkan oleh senior2 lama.Petua kawan saya di Moscow,Sarah untuk mendapatkan kesihatan dan stamina 18jam belajar tanpa henti adalah mandi setiap pagi.Kalau di Mesir saya kira 2 kali sehari sudah memadai.
2.1.3 Kekuatan ruhiyah untuk menghadapi cabaran study di Mesir boleh digarap melalui amalan qiamullail berterusan dan tajdid niat setiap pagi.Jika sebarang halangan seperti bosan dengan karenah abla atau orang Arab,masalah hati dengan manusia dsb sebaik2nya dihindari segera kerana ia mampu mengubah mood study.Saya seorang yang amat menitikberatkan 100% fokus ketika mengulangkaji dengan menggunakan masa yang singkat tetapi kualiti study yang mantap dan padat.

270011589372578.jpg
2.1.4 Keceriaan setiap masa mestilah dicari kerana teori mudahnya,kalau hati senang semua jalan.Jadi,pastikan setiap detik tidak mencari masalah baru dan katakan pada diri setiap bangun pagi ,”Today is my happyday”.
2.1.5 Mentaliti yang futuristic adalah ubat mujarab untuk mengelak bosan ketika study.Saya kerap berangan atau merancang masa depan yang lebih baik apabila bosan belajar.Saya akan refresh mentaliti yang jumud dengan berkawan dengan sahabat2 tib yang struggle dan non-stop study.Jadilah perancang yang baik untuk hidup anda yang cuma sekali.Jangan jadikan tindakan bodoh hari ini mengubah kecemerlangan hidup akan datang.
9128211907318896.jpg
2.1.6 Wujudkan seorang rakan pesaing.Saya adalah seorang yang tidak boleh melihat orang kalahkan saya dalam semua aspek sejak dari kecil.Saya akan pastikan I’M THE WINNER untuk setiap perkara seperti kedudukan dalam batch,pertandingan berpidato,tempat di mata guru2.Saya tahu ini akan mewujudkan rasa jealous di kalangan orang lain.Tetapi itulah saya,dulu,kini selamanya.Selagi persaingan itu sihat,saya akan pastikan saya memenanginya.Cuma di Azhar ini saya belum mampu memecah rekod mengalahkan pelajar tempatan dalam kedudukan jabatan saya.Nak tahu siapa rakan pesaing saya?Nadira Labib,pelajar terbaik jabatan saya yang meraih Mumtaz dari tahun satu hingga tiga yang juga kawan akrab saya yang banyak memberi kesan kepada pembentukan syaksiah diri dan kemampuan menguasai ilmu saya selama 3 tahun ini.
2.1.7 Anti inferiority complex.Agenda ini saya sebarkan sejak tahun dua .Mendapat idea dari Us Azharuddin Margilan yang saya sanjung sebagai individu yang sangat bersemangat meskipun diuji Allah dengan sedikit kekurangan.Jangan jadikan diri kita kecil di mata orang.Tetapi tanamkan azam ‘Aku ingin jadi seorang yang hebat’ dalam diri.InsyAllah,kita akan cuba melakukan yang terbaik mengatasi segala kekurangan dan kelemahan diri.Saya cadangkan untuk buat SWOT dalam muhasabah study tahunan.
2.1.8 Suka mencipta kelainan.Saya akan pastikan cara saya berfikir,bertindak dan merancang menepati konsep THINK OUT OF THE BOX.Terobos segala kebiasaan yang ada di sekeliling anda dan cipta sesuatu yang luar biasa atau kelainan.Tetapi pastikan ia tidak menjadi fitnah pula.
2.1.8 Saya tidak berminat menyentuh item perkuliahan sebagai isu untuk digembur di sini kerana bagi saya semua sudah makruf dengan sistem di sini dan budaya pelajar Azhar di Mesir dari dulu lagi.Cuma,berusahalah untuk menongkah arus agar tak mudah terpengaruh dengan budaya yang negatif lagi merugikan itu.
Saya rasa cukuplah perkongsian untuk kali ini dahulu.InsyaAallah minggu depan saya akan publish persediaan luaran saya yang agak complicated untuk dihurai.Ini kerana moto hidup saya adalah ‘dicipline is the key to success’.Jadi mungkin saya agak syadid bab belajar ini demi memastikan suatu revolusi dalam pencapaian akademik seorang Azhari.
Sesungguhnya,saya bukanlah seorang yang sempurna dan tidak berhajat mendabik dada.Tetapi seorang mukmin itu sewajibnya memastikan hari ini lebih baik dari semalam.
Buah tangan saya kali ini adalah lagu Vince yang selalu membosankan WMP laptop saya kerana terlalu kerap mengisi frekuensi ruang bilik di Arma ketika mula membuka helaian kitab kuliah.Selamat menghayatinya!!!(click kat songspot di blogroll)
MIMPI YANG PASTI!