MP desak haramkan Al-quran di site
http://www.satuhala.blogspot.com/
artikel bertarikh 9 September 2007
September 29, 2007
MP desak haramkan Al-quran di site
http://www.satuhala.blogspot.com/
artikel bertarikh 9 September 2007
September 29, 2007
September 28, 2007
Bismillah….
Baru2 ini seorang sahabat saya(seorang pimpinan kampus dan siswa tahun akhir UIA) telah memforward satu emel yg saya kira bakal menarik perhatian para pembaca jika anda seorang siswazah atau graduan azhari.Saya terpanggil untuk menghurai harapan beliau melihat kelahiran Azhari sebagai seorang jurutera sosial.
must-read-article-for-azhariy.doc

Meskipun pembaca akan berkecil hati dengan limpahan tuduhan sahabat saya ini,namun jika dinilai dari sudut positif,banyak betul dari yang salah.

Jurutera merupakan kerjaya profesional yang menjanjikan gaji 4 atau 5 angka di Malaysia.Namun tidak dinafikan komitmen mental proaktif dan fizikal aktif menjadi aset utama menaikkan kredebiliti seorang jurutera di samping kelulusan akademik yang tinggi samada dari dalam atau luar negara.Apa yang lebih penting,titik bersamaan yang boleh ditemukan antara seorang jurutera dan jurutera sosial adalah matlamat membaikpulih sesuatu struktur.Bezanya skop kerja jurutera memberi pengkhususan kepada struktur objek binaan atau lanskap manakala jurutera sosial pula merangkumi insan berakal lagi beremosi .Justeru ,tentulah prestasi kerja seorang jurutera sosial yang cemerlang itu beribu kali lebih tinggi dari seorang jurutera biasa meskipun tiada bayaran gaji di dunia.Meskipun pelaburan material,minda dan tenaga ditagih dari seorang jurutera sosial,namun hanya redha Allah dan jaminan syurga menjadi saham akhiratnya.
Individu pertama mempelopori bidang kejuruteraan sosial adalah nabi Muhammad saw.Jika disingkap lembaran sirah perjuangan baginda,ketamadunan manusia dari pelbagai sudut seperti syakhsiah diri dan pentabiran negara berjaya dinaiktaraf.Ratusan sahabat baginda yang melalui susur galur tarbiyah teori dan praktikal lahir cemerlang menjadi saf kepimpinan umat akhir zaman.Proses tarbiyah inilah yang seharusnya dijadikan modal kerja seorang jurutera sosial berteraskan lambakan ilmu dan pengalaman.
Azhari selaku penyambung risalah tarbiyah Nabi saw alaf ini sewajibnya mengupgrade medium teori dan praktikal tarbiyah dalam mendepani mad’u sasaran yang lebih agresif kurun ini.
Justeru,satu modul yang lebih kreatif dan inovatif perlu difikirkan untuk melahirkan komuniti sosial yang mendekati penciptanya dengan penghayatan Islam yang lebih komprehensif,bukan intensif.Usaha ini meminimumkan kebergantungan Azhari dengan sistem thurasi sepenuhnya dalam pendekatan dakwah dan tarbiyah.Sebaliknya,kombinasi thurasi dan uslub hadhari perlu dijana demi memastikan kesinambungan penerimaan mad’u terhadap konsep yang digunapakai.Namun,usaha jutaan ulama dahulu perlu dijadikan kayu ukur dan sempadan sebelum bertindak memvariasi uslub dakwah.Ini kerana,ramai tokoh agama hari ini yang berlatarbelakang akademik yang tinggi dan cemerlang cuba untuk tidak mengeksklusifkan Islam kepada masyarakat,tetapi acapkali agenda baru yang dibawa tersasar jauh dari modul kejuruteraan sosial yang diaplikasi oleh Rasullullah saw dan para ulama salafiyyin.Impaknya,khilaf dalam masyarakat makin membarah dek fatwa bombastik yang dicipta tetapi realitinya gagal membawa masyarakat mendekati Islam secara syumul.
Mentaliti Azhari dalam memahami wacana dakwah dan halangan mad’u menerima tarbiyah perlu dibuka seluas mungkin agar khilaf yang kecil tidak diperkasa menjadi punca masyarakat mengetepikan hukum fardhu yang lebih besar prioritinya untuk menjadi isu perbahasan umum.Pembaharuan secara total dalam tindakan dan gerakan serta sikap dan mentaliti Azhari perlu dimulakan secepat mungkin!
Tindakan jangkamasa pendek yang boleh dibentuk mulai saat ini adalah adaptasikan ilmu thurasi dalam diri seorang jurutera sosial dan dalam masa yang sama menanam sikap ingin tahu yang mendalam terhadap semua modul yang dicanangkan oleh Rasullullah dahulu.Synergizekan pemusatan ilmu dan amal sebagai bekal.Pelbagaikan kebolehan diri samada dari sudut teknologi dan strategi.Tambah pengalaman melalui medium berpersatuan.Seterusnya,juarai isu ummah untuk menilai pendekatan sosial yang lebih efektif dan wajar untuk diterapkan sekembalinya ke medan sebenar;Malaysia.Segala produk informasi,komunikasi dan teknologi yang canggih perlu dimanipulasi sebagai pemangkin modul kejuruteraan sosial yang ingin dipraktikkan nanti.
Semoga Azhari qurani hari ini bukan sahaja mampu menjadi seorang jurutera sosial sekembalinya di Malaysia kelak,bahkan mempunyai bakat kepimpinan yang besar dan berani mencipta revolusi ketamadunan manusia berteraskan sumber Al-quran dan sunnah yang asli lagi berkualiti.
Menjawab artikel sahabat saya ini,Azhari bukan retorik lagi!!!Kami akan buktikan.InsyaAllah.
p/s:Buah tangan dari saya kali ini berupa sebuah paperwork murabbi ,Us Ghani
peranan-ulama-dalam-era-globalisasi.pdf
September 25, 2007
Antara keistimewaan bulan Ramadhan ialah malam yang agung yang dikenali sebagai Lailatul Qadr(malam kemuliaan) dimana Allah telah menurunkan satu surah lengkap yang menerangkan tentang keadaan malam itu, kemudian Allah menerangkannya lagi pada permulaan surah Ad-Dukhaan. Maka beribadah pada malam Qadr adalah sebanding dengan beribadah selama seribu bulan. Firman Allah Ta’ala (Al-Qadr:1-3), dan dalam nisbah umur manusia, beribadah pada malam ini sebanding beribadah selama lapanpuluh tiga tahun empat bulan.
PENAMAAN MALAM AL-QADR
Sebahagian ulama mempunyai beberapa pendapat tentang penamaan malam Al-Qadr ini, antaranya ialah:
1-Dinamakan malam Al-Qadr atas makna ianya adalah malam perlaksanaan dan hukuman. Dalam kitab Al-Qurtubi, Mujahid telah berkata :”di dalam ayat kedua surah Al-Qadr ,Lailatul Qadr maknanya malam penilaian, dinamakan sedemikian kerana pada malam itu Allah Ta’ala akan menilai segala yang dikehendakiNya dari urusanNya kepada seumpamanya hingga tahun yang akan datang iaitu urusan maut,ajal,rezeki dan sebagainya.
2-Ada juga yang mengatakan ianya adalah malam persiapan/pengaturan. Dari Ibnu Abbas RadhiAllahu anhuma meriwayatkan: sesungguhnya pada malam Al-Qadr Allah Azza Wajalla akan menilai apa yang terjadi pada setiap tahun, dan Dia akan menyerahkanya kepada pengatur-pengatur segala urusan dan mereka ialah empat malaikat iaitu; Israfil, Mikail, ‘Izrail dan Jibril Alaihimussalam. Mereka ini akan menguruskan urusan pemanjangan(مط ), rezeki, penghidupan dan hal mematikan. Makna ini dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Ad-dukhaan, ayat 4 dan 5. dan ta’lil inilah yang dipilih oleh semua ulama.
3-Mujahid bin Jabir telah berkata;”malam Al-Qadr ialah malam hukuman/ketentuan”. Dan seorang lelaki telah berkata pada Hassan Al-basri;” adakah engkau melihat/berjumpa malam Al-Qadr pada setiap bulan Ramadhan?” Beliau menjawab;”Ya, demi Allah yang tiada tuhan selainNya, sesungguhnya malam Al-Qadr benar-benar ada pada setiap bulan Ramadhan dan sungguh ianya adalah malam kemuliaan yang didalamnya di jelaskan setiap perkara dengan hikmah, didalamnya Allah melaksanakan segala urusan ajal,amal dan rezeki dan seumpamanya”. Begitulah juga yang dikatakan oleh Sa’eid bin Jabir rahimahullah.
4-Pendapat lain mengatakan makna malam Al-Qadr itu ialah malam kemuliaan dan keagungan. Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Al-Qadr,ayat 3 dimana dalam ayat ini ada pemuliaan/pengagungan untuknya(malam Al-Qadr). Pemuliaan ini samada kembali kepada orang-orang yang melakukan kebaikan pada malam itu dimana sesungguhnya sesiapa yang berbuat taat dimalam itu akan menjadi seorang yang mulia dan terhormat, ataupun ianya(kemuliaan) kembali kepada perlakuan/perbuatan yang baik kerana berbuat taat di malam itu lebih banyak pahalanya dan lebih mudah dikabulkan.
5-Dikatakan juga ianya dinamakan begitu kerana Allah Ta’ala telah menurunkan pada malam itu satu kitab yang mempunyai kehormatan, keatas seorang utusan/rasul yang mempunyai darjat/kehormatan, dan dikhususkan pula untuk ummat yang berkemampuan, atau sesungguhnya Al-quran keseluruhannya telah di turunkan kelangit pada malam Al-Qadr di bulan Ramadhan. Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-baqarah,ayat 185. Al-imam Abdullah bin Alawi Al-haddad pula mengulas bahawa ketika Allah berfirman dalam surah Al-Qadr, kita mendapati bahawa Allah S.W.T telah menurunkan Al-quran pada bulan Ramadhan, kemudian di turunkan Nya pula pada malam Al-Qadr secara istimewa/khusus/terkemuka, dan penurunan ini bermula dari Lauh Mahfuz hingga ke Baitul ‘Izzah di langit dunia.
KELEBIHAN MENGHIDUPKAN MALAM AL-QADR
Kelebihannya terdapat dalam dua hadith sohih dan selain keduanya, telah diriwayatkan dari Abi Hurairah Radhiallahu anhu, dari nabi S.A.W telah bersabda; “barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, di ampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu” , dalam riwayat Al-imam An-Nasaie telah menambah: “dan dosanya yang akan dating”.
HIKMAH MALAM AL-QADR DI RAHSIAKAN
Allah Ta’ala telah merahsiakan malam Al-Qadr ini, dan Rasulullah S.A.W telah menjelaskan bahawa waktu yang sangat sesuai untuk meminta pertolongan/berdoa adalah pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, dari itu hendaklah seorang mu’min itu bersungguh-sungguh dalam beribadat, sepanjang malam bulan Ramadhan dan hendaklah meneliti (لنفحاتها) dan mengawasinya/menantinya setiap malam.
Antara hikmah ianya dirahsiakan ialah sebagai satu cara dari cara-cara untuk memupuk rasa asyik dan suka dalam beribadah serta menjaganya dengan baik, dengan begitu bertambah lah kecergasan/kecekapan/kesungguhan.
Penyembunyiaan malam Al-Qadr ini adalah serupa seperti penyembunyian waktu yang mustajab untuk berdoa pada hari Jumaat, nama-nama Allah yang Maha Agung, dan rahsia Allah dalam ciptaan Nya, redho Nya bagi siapa yang taat dan murka Nya bagi siapa yang berbuat maksiat kepadaNya.
TANDA-TANDA MALAM AL-QADR
Antara tanda-tanda yang paling penting yang telah di sebutkan dan di tetapkan didalam kitab-kitab sunnah nabawiyyah adalah seperti berikut:
1-Ianya berada pada setiap bulan Ramadhan dan juga pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi pada malam-malam ganjil.
2-Pada malam itu banyak malaikat yang turun ke bumi dalam bilangan yang tidak terkira.
3-Cuaca pada malam itu tidak panas dan tidak pula sejuk.
4-Pada paginya pula matahari akan kelihatan kurang bercahaya dan kemerah-merahan, ia terbit tetapi tidak bersinar.
Telah dinyatakan oleh At-toyalisi dari Ibnu Abbas Radhiallahu anhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda mengenai malam Al-Qadr; “malam yang سمحة طلقة ,tidak panas dan tidak pula sejuk, dan matahari pada paginya menjadi kurang bercahaya serta kemerah-merahan”.
Diriwayatkan oleh Muslim dari Zar bin Habish dari Ka’ab: sesungguhnya matahari pada paginya terbit tanpa sinaran padanya, manakala Ubai pula berkata: kami telah di beritahu oleh Rasulullah SAW: “sesungguhnya ianya terbit pada hari itu tanpa sinaran padanya”.
Adapun tanda-tanda lain yang tidak bersandarkan kepada dalil musnad sohih tetapi ianya berdasarkan pengalaman dan pengamatan individu yang telah banyak di ceritakan/dikongsikan sesama manusia, antaranya:
1-Air laut tiba-tiba menjadi tawar.
2-Tiada seekor anjing pun yang menyalak pada malam itu.
3-Keldai-keldai pula tidak bersuara.
4-Pokok-pokok kelihatan menundukkan dahan-dahannya kebumi.
5-Terdapat cahaya yang kelihatan terang/berkilau pada tempat-tempat yang biasanya gelap.
Ini merupakan produk terjemahan sebuah kitab Arab oleh sahabat saya,ukti Hamizah (Brunei)lailatul-qadrm.pdf
Ya Allah!Dah 22 tahun ku bernafas di dunia ini,berilah peluang walau sekali bertemu malam istimewa ini.Moga kau kabulkan doa hambaMu.Thabatkan aku beramal untukMu,bukan kerana syurgaMu.
September 19, 2007
sebulan laman ini terbiar lagi…dek kesibukan di kota Kaherah.sejak pulang 21ogos lepas,belum berkesempatan menulis.
Ulama mmg harus sibuk.bukan dgn dunia tetapi menunaikan amanah ilmu demi memenuhi tuntutan akhirat,Justeru ulama itu masa rehatnya amat minimum untuk dibandingkan dgn manusia amnya.Tapi ada pula manusia yang ingin menjadi ulama di Mesir ini namun tidak sedar amanah yang dipikulnya.Kelas2 tafaquh terbentang di depan mata tidak dijenguh;kelas syeikh Nuruddin,madrasah Imam Syafie.Jika isu fobia dengan Pmram menjadi halangan,amat rugi dan ceteklah skop pemikirannya.

Jika lahir dari hati suatu azam untuk menjadi ulama akhirat,hadirkan keikhlasan ketika menuntut ilmu dan beramal.InsyAllah nusrah Allah pasti bersama ketika menghadapi kesulitan,halangan lemah semangat dan material.Kita tiada masa untuk berehat dan bersenang2 lagi kerana rehat ulama hanya di syurga.
Fikirkanlah…manusia yang hebat adalah seseorang yang tidak bergantung kepada manusia lain.
Dalam kesempatan mendepani tarbiyah Ramadhan ini,saya menyeru diri saya dan kawan2 semua untuk mengupgradekan kualiti amal ibadat kita.Boleh jadi ini peluang terakhir kita bersama Ramadhan.Berdoalah agr Allah menemukan kita malam yang lebih baik dari seribu bulan(malam lailatul qadr)Hanya amal bekal terbaik untuk mengiringi kita ke akhirat sana.
Salam perjuangan…Takbir!!
kelas syeikh boleh diikuti secara maya melalui
http://tamanilmuislam.freephpnuke.org/