July 2007


235px-history_merdeka.jpg

Bahang sambutan jubli emas merdeka semakin terasa.Heboh di mana-mana sahaja.Dada akhbar,tv,radio,bunting jalanraya dll.Maklumlah,50 tahun dah merdeka!

 Wah!Tak dapat saya bayangkan kemeriahan 31 Ogos nanti.Dato Rais Yatim sejak awal lagi telah melarang sambutan merdeka diadakan oleh mana-mana individu dengan bertujuan untuk memusatkan pada satu acara gilang gemilang di Dataran Merdeka sahaja. 

Saya agak sedih kerana return ticket saya ke Cairo bertarikh 21 Ogos.Maknanya,saya tidak dapat menyaksikan upacara ini nanti.Namun saya lagi sedih apabila memikirkan kejahilan masyarakat yang belum menghayati erti kemerdekaan sebenar.

Bagi saya,masyarakat Malaysia masih belum merdeka minda dan jiwa.Buktinya mentalisme hedonis masih lagi berakar umbi.‘Jom heboh!‘ yang menggantikan ‘Sure heboh!’ kian rancak menggabungkan irama muzik dan nasyid kontemporari.Rancangan realiti makin membiak bak cendawan.Wah!Nampaknya sudah berjayalah agenda 5 S’ Barat dan Yahudi.Seks luar nikah berleluasa.Paling sedih isu ’seks budak sekolah’ mendapat perhatian umum media minggu lalu seperti Harian Metro. Tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan mengadakan pelbagai pertandingan teka merdeka.Menilai penghayatan kemerdekaan rakyat katanya.Tak tahulah.

 Tuntasnya,minda kita masih dijajah oleh pengaruh kuffar!”Oh!Bila nak merdeka ni?!” Lekas2lah pulang wahai Azhariy!Merawat luka rakyat yang parah dari hari ke hari.Jadilah hero merdeka hakiki tanahair ini…

 Buat kalian,saya kongsikan buah tangan yang saya terima dari Ust Abdul Ghani Shamsuddin berupa sebuah slide ‘Erti Kemerdekaan’ yang telah dibentangkan oleh beliau sendiri di sebuah masjid di Putrajaya bulan lalu.Pesan ustaz,”moga dimanfaatkan.”InsyaAllah.Saya sangat menghargainya.Terima kasih ustaz! 

Moga kita MERDEKA jiwa dan minda!

erti-kemerdekaan-by-ust-ghani.ppterti-kemerdekaan-by-ust-ghani.ppt

 

Result keluar semalam.Alhamdulillah walaupun jayyid sahaja…

untitled.png

Ini adalah tahun ketiga saya menemui keGAGALan dalam pengajian. GAGAL untuk mengotakan misi saya sejak tahun pertama:MISI MEMBURU MUMTAZ.Bukanlah saya tidak bersyukur dengan result jayid jiddan yang saya gondol setiap tahun.Tetapi seorang muslim itu seharusnya mencapai standard yang terbaik daripada terbaik.Tahun ini saya diuji lebih teruk lagi.Hanya mendapat jayyid.Turun satu anak tangga.Namun,saya amat menghargai rahmat yang Allah berikan melalui result saya walaupun saya tahu ia tidak berbaloi untuk usaha saya yang sedikit.Alhamdulillah.

Tetapi,definisi berjaya dan cemerlang itu adalah subjektif.Nampaknya saya masih GAGAL lagi menguasai ilmu bahasa ini.:( Jadi,saya tidak boleh merasa puas atau sudah cukup kerana mafhum daripada hadith nabi,dalam amal kebajikan kita perlu pandang kepada orang yang berada di atas kita.Agar kita lebih bersemangat untuk menyainginya. 

Seandainya saya tidak meletakkan MUMTAZ sebagai target pencapaian terbaik saya,nescaya saya sudah lama rasa selesa dengan kedudukan jayid jiddan dan jayid ini dengan merasakan ada lagi sahabat2 yang cuma mendapat maqbul atau GAGAL.Saya langsung tidak menilai dan mengkritik mereka.

Namun,untuk menepati konsep yang digariskan oleh Islam seperti dalam surah mukminun……“Qad aflahal mukminun allazinahum fi…….”hingga ke akhir ayat… …kita seharusnya mengalami peningkatan dalam pencapaian hidup.YA!Saya akui kejayaan sebenar tidak diukur pada result.Tetapi adakah umat Islam itu sentiasa akur dalam keGAGALan.Malah Islam menuntut kejayaan kedua2nya iaitu kemampuan menguasai ilmu dan result yang cemerlang.Yang paling penting aplikasi ilmu dalam amal kehidupan. 

Wah!Saya terlupakah bahawa Allah tidak menilai kejayaan kita,tapi yang penting usaha.Jika anda sudah yakin usaha anda berganda2 sudah tentu anda selesa mendengar kata2 ini.Tapi bagi saya,tahun ini adalah final year dan saya WAJIB menggandakan usaha untuk menguasai segenap ilmu Allah yang maha luas ini dan saya perlu mengotakan janji MUMTAZ saya untuk emak dan beberapa orang tersayang.Saya akan terus bersemangat!Fokus dalam pengajian dan tidak mahu sebarang virus menguasai diri saya.Lalu memperanakkan kemalasan menimba ilmu dan beramal dalam diri.Moga anda jua TERUS BERSEMANGAT!MISI MEMBURU MUMTAZ!

Mari bersedia dari sekarang:

-hafaz juzuk 7 (sebelum balik ke Mesir 21.8 ini)

-kumpul soalan2 lepas

-dapatkan general view for every final year subject

*maaf andai artikel kali ini mengguris sahabat2 yang pernah diuji keGAGALan.Ketahuilah…..Saya juga pernah GAGAL dan saya sekadar mahu memugar semangat kalian!Mari kita sama2 bangkit dari keGAGALan lalu!Saya doakan kejayaan mengiringi keikhlasan niat kita menuntut ilmu.

azhar3.jpgJangan terkejut!Saja buat suspen..ni berita yang ana temui pagi ni di web Azhar.Lawatan 300 student Malaysia ke Universiti Al-Azhar.Betul ker?cuba baca.Ana xsempat nak terjemah la..sori yerk.

http://www.azhar.edu.eg/indexnet.html

percaya-tak.jpg

Public phone dah boleh hantar sms dengan caj 20sen sahaja!Saya temui di Pekan Batu Kikir,Negeri Sembilan.

unta1.pngBahirah         =  unta betina yang telah beranak lima kali dan anak yang kelima itu jantan.Lalu unta betina itu dibelah telinganya,dilepaskan,tidak boleh ditunggangi lagi dan tidak  boleh diambil susunya.

Sa’ibah           = unta betina yang dibiarkan pergi ke mana sahaja lantaran sesuatu nazar.Contohnya,jika seorang Arab Jahiliyah atau melakukan sesuatu atau perjalanan yang berat,biasanya dia akan bernazar menjadikan untanya saibah apabila matlamatnya tercapai.

Wasilah         = seekor domba betina melahirkan anak kembar yang terdiri dari jantan dan betina.Maka yang jantan ini disebut wasilah.Tidak boleh disembelih dan diserahkan kepada berhala.

Ham               = unta jantan yang tidak boleh diganggu gugat lagi kerana telah dapat membuntingkan unta betina sepuluh kali. 

Perlakuan terhadap bahirah,saibah,wasilah dan ham adalah kepercayaan Arab Jahiliyah yang dilarang oleh Islam.

Rujukan

Syaamil Quran terbitan Fajar Ilmu Baru(Al-quran bertafsir)

 

n92.png

“Fitri,mesti orang takut nak kahwin dengan awak yer,”kata cikgu Hanif,guru sejarah saya sesi PMR 2000.

Tak kurang pula ada yang memperlekehkan saya,”Habislah suami awak nanti tinggal sehelai sepinggang.”

Semua ini gara-gara saya berasal dari Negeri Sembilan dan berpegang kepada Adat Pepatih.

Lucu bila flash back memori ini.Sememangnya makayah saya pure N9.Walaupun saya adalah anak kelahiran kota KL dan menetap lebih 20 tahun di Selangor,namun saya lebih berbangga dengan asal keturunan saya ini.Pendidikan awal saya(tadika) juga bermula di Kampung Padang Lebar (terletak di Pekan Batu Kikir,N9.)

Minggu lepas hati saya terubat apabila TV3 membuat liputan rasmi tentang adat kami (bersempena Pameran Adat Pepatih yang sedang berlangsung di Seremban,N9 sekarang) yang saya kira dapat menyangkal segala tomahan dangkal dan pemahaman yang disalaherti oleh sebahagian orang.

Undang2 Adat Pepatih:“Harta bawaan dimiliki,harta sepencarian dibahagi dan harta dapatan ditinggal”

Benarlah kata2 ‘knowledge is power’!Yes!Power to attack and defend.Kalau dulu saya agak buntu dan tandus idea ketika berdebat mempertahankan adat ini dek kurang informasi.Tapi kini tidak lagi!

Wah!Unik rupanya Adat Pepatih.Tentunya gadis N9 bisa menjadi idaman andai adat ini difahami dengan baik.Kenapa?Kerana mengikut salah satu daripada undang2nya:

1.Harta bawaan atau harta milik suami sebelum berkahwin adalah hak suami sepenuhnya

2.Harta sepencarian atau harta yang dikumpul bersama sepanjang tempoh perkahwinan dibahagi antara suami dan isteri.

3.Harta dapatan atau harta pusaka yang diwarisi oleh si isteri daripada keluarganya perlu ditinggalkan/tidak diusik oleh suami(dimiliki sepenuhnya oleh isteri)

Aha,tidak timbullah soal suami muflis apabila berlaku perceraian hidup atau mati dengan isteri yang berdarah Pepatih ini. Keluarga saya masih lagi berpegang dengan sebahagian Adat Pepatih.Antaranya,larangan berkahwin sesama suku.

Apa itu suku?Oh!Setiap anak N9 mengetahui sukunya mengikut keturunan sebelah ibu.Contohnya,saya yang berasal dari suku Solomak atau fushahnya Seri Lemak tidak boleh berkahwin dengan pemuda N9 daripada suku yang sama melainkan setelah membayar denda.Pelik bukan?Tapi ini realiti.Mengapa?Kerana ukhwah sesama suku sangat kuat umpama adik beradik.Secara tidak langsung adat ini berjaya memperkembangkan populasi keluarga.Tidaklah hanya berkahwin sesama saudara sahaja!Namun,bagi gadis N9 yang ingin berkahwin dengan pemuda dari negeri luar,tidak ada sebarang larangan.Bagaimana?Hebat!

Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan “Selamat Pengantin Baru” muqoddam buat sahabat seperjuangan Abdul Rahman Muhammad dari Kedah yang berjaya mencuri hati Nurul Bariah dari N9 dan akan melangsungkan perkahwinan usai raya tahun ini. Aha,nampaknya orang Kedah sudah ada ilmu Pepatih rupanya!Tak kenal maka tak cinta!

Glosari Dialek Negeri:

Kaba = santan perahan kedua atau lebih

Sege = kikis

Polak = panas

Langkeh = habis

Bulat ‘an = satukan

Ungkap = semak

x berdaso = x berbaloi

Berghonjeng = bermain

Berghengge = berehat/bertenggek

Bersoko/melalak = suka berjalan

Bersoka/bersonggan = paras yg ditinggalkan oleh nasi,lauk atau kuah

…….dan banyak lagi.Hurm!Kena la mula belajar dari sekarang yer!He3:)