
Perkembangan kritikan syair Arab,subjek tahun 3 Jabatan B.Arab,Universiti Al-Azhar
“Tak sabar nak belajar subjek kritikan sastera semester dua nanti,”kata saya selepas kertas terakhir pada exam semester satu dahulu.
Nah!Esok exam untuk subjek kritikan sastera saya.Banyak sungguh pendapat dan kritikan individu terhadap sesuatu syair yang perlu saya lumatkan.Malah syair yang dikritik juga wajib difahami dan dihafal terlebih dahulu.
Sukarkah melontar kritikan?Mudah bagi yang tidak menjadikan ilmiah sebagai teras kritikan.Melempar cemuhan sesuka hati,seperti peluru lancar menyakiti.Lantas,ia menyucuk jiwa.Sukar diubati.
Namun kritikan yang berasas,bermatlamat islah sukar benar ditemui.Atau kadangkala kerap disalaherti?Mengapa?!
Kerana tujuan kritikan itu tidak jelas,uslub yang digunakan agak kasar,bukan untuk mendidik orang yang dikritik tetapi sekadar meluah rasa kebencian,tidak puas hati.
Namun,apa yang saya temui, kebijaksanaan sasterawan dalam kritikan sastera merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi perkembangan dan kemajuan sastera itu.Ini kerana kritikan yang dilontar berasas ilmiah samada menegur kesalahan tatabahasa,gaya seni yang dipersembahkan dan adab mendendangkan syair tersebut yang kurang tepat pada sesuatu kondisi.
Generally,seorang pengkritik harus berasas dan uslubnya bertepatan dengan suasana.
Wah!Saya memuji sikap penyair yang amat meraikan kritikan terhadapnya.Lalu,syairnya diupgrade.Terhasillah satu islah dan pembentukan positif dalam medan sastera.Hasil yang lumayan!
Andai sikap inilah yang kita terapkan dalam diri,nescaya tidak timbul soal dendam dan marah pada kritikan.Tapi perspektif positif yang diset dalam minda akan berjaya menjadi momentum perubahan diri yang sangat efektif!
Maka,bersedialah untuk dikritik!Buka minda,jangan biarkan emosi menguasai pemikiran anda.DEMI SEBUAH ISLAH!
June 14, 2007 at 6:38 pm
Menarik catatan anda. Walaupun sekitar bahasa, namun persoalan bahasa memainkan peranan penting dalam menyampai sesebuah ilmu.
Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa.
Kritikan juga berlaku dalam perbahasan Usul Feqh, kekadang terfikir juga, kenapa perlu kepada kritikan, akhirnya diterima kerana hasil kritikan dan pertelingkahan itu membuah satu hasil terbaik.
June 14, 2007 at 8:04 pm
Pertama sekali nak ucap, semoga najah madah nie. Tolong doakan juga semoga saya dapat belajar madah nie tahun depan.
Naqdul syi’ri, memang suatu yang menarik sebab sebenarnya ianya suatu yang tak tetap (nisbi), suatu yang cantik bagi seseorang belum tentu cantik bagi orang lain, namun cantik tetap cantik dan tidak cantik tetap tidak cantik.
Seorang penyair rela dikritik demi mendapatkan sebuah hasil karya yang unggul. Bahkan dia akan merasa senang atau bahkan gembira kerana kritikan itu akan menyedarkannya akan aspek-aspek yang tertinggal atau terlepas pandang. Dia juga akan dapat inspirasi-inspirasi baru hasil cernaan pelbagai jenis kritikan.
Sang pengeritik juga tidak kalah. Mereka mencari kesalahan yang betul-betul jelas lalu membetulkannya atau mereka menyuarakan suatu sisi pandang yang berbeza dengan ikhlas dan jujur.
Terasa pelik juga, kenapa diri susah sekali untuk sekadar mencuba menjadi sang penyair yang berjiwa besar dan lapang.
June 16, 2007 at 5:45 am
[...] ke blog seorang teman yang menulis tentang kritikan membangkitkan kembali keinginan yang terpendam ini. Tentunya bukan untuk mengkritik. Namun untuk [...]
July 10, 2007 at 6:41 am
syukran atas kritikan membina from taqeyyabella..hope dpt mendalami ilmu lughah sebaik mungkin..kita kurang graduan jabatan or fakulti ini.Moga terus istiqamah.
July 10, 2007 at 6:43 am
aha..sifu anas mula memberi kritikan .nampaknya ana kena explore pula kritikan dalam fiqh ni.he3:)
hope dpt bg tunjukajar lagi..diri ini terlalu kerdil.