
Perkembangan kritikan syair Arab,subjek tahun 3 Jabatan B.Arab,Universiti Al-Azhar
“Tak sabar nak belajar subjek kritikan sastera semester dua nanti,”kata saya selepas kertas terakhir pada exam semester satu dahulu.
Nah!Esok exam untuk subjek kritikan sastera saya.Banyak sungguh pendapat dan kritikan individu terhadap sesuatu syair yang perlu saya lumatkan.Malah syair yang dikritik juga wajib difahami dan dihafal terlebih dahulu.
Sukarkah melontar kritikan?Mudah bagi yang tidak menjadikan ilmiah sebagai teras kritikan.Melempar cemuhan sesuka hati,seperti peluru lancar menyakiti.Lantas,ia menyucuk jiwa.Sukar diubati.
Namun kritikan yang berasas,bermatlamat islah sukar benar ditemui.Atau kadangkala kerap disalaherti?Mengapa?!
Kerana tujuan kritikan itu tidak jelas,uslub yang digunakan agak kasar,bukan untuk mendidik orang yang dikritik tetapi sekadar meluah rasa kebencian,tidak puas hati.
Namun,apa yang saya temui, kebijaksanaan sasterawan dalam kritikan sastera merupakan faktor terbesar yang mempengaruhi perkembangan dan kemajuan sastera itu.Ini kerana kritikan yang dilontar berasas ilmiah samada menegur kesalahan tatabahasa,gaya seni yang dipersembahkan dan adab mendendangkan syair tersebut yang kurang tepat pada sesuatu kondisi.
Generally,seorang pengkritik harus berasas dan uslubnya bertepatan dengan suasana.
Wah!Saya memuji sikap penyair yang amat meraikan kritikan terhadapnya.Lalu,syairnya diupgrade.Terhasillah satu islah dan pembentukan positif dalam medan sastera.Hasil yang lumayan!
Andai sikap inilah yang kita terapkan dalam diri,nescaya tidak timbul soal dendam dan marah pada kritikan.Tapi perspektif positif yang diset dalam minda akan berjaya menjadi momentum perubahan diri yang sangat efektif!
Maka,bersedialah untuk dikritik!Buka minda,jangan biarkan emosi menguasai pemikiran anda.DEMI SEBUAH ISLAH!