berjuang.jpg

Berjuangkah aku kini?Belum layak.Kerana kita belum berani untuk mepertaruh seluruh upaya,jiwa,tenaga, masa,harta untuk diperjuangkan.Kita hanya mempertaruhkan pemikiran yang hanya berfikir dan mengkritik,katanya untuk kepentingan kolektif.Tetapi retorik semata.Untuk bertindak masih lembap,jauh dan kurang terbuka.Inikah berjuang?

Perjuangan belum selesai.Namun bukanlah kemenangan menentukan berakhirnya babak perjuangan.Tetapi usaha dan barang taruhan kita yang dianggap di sisi Allah menjadi saksi bahawa kita sudah bertindak.Berjuang.
Itu sekitar perjuangan jangkamasa panjang.
Konsep yang lebih tepat untuk diserapkan pada frekuensi kita adalah perjuangan meneruskan misi memburu kejayaan dalam pengajian.Matlamat untuk menguasai ilmu,menghadam syarahan isu ulama dulu dan kini disasarkan.Jika konsep ini jelas,tidak timbul soal penat dalam perjuangan pengajian.Tidak timbul soal pencen dari memperbaiki kualiti ilmu dan amal.Kerana matlamat itu begitu subjektif untuk dicapai.Mustahil boleh dilunaskan 4 tahun cuma.Malah kita perlukan ratusan tahun untuk proses menghadam.Walauapapun yang melanda,perjuangan hakiki itu seharusnya berterusan.Sunnah orang berjuang itu diuji.Andai tiada halangan,perjuangan itu sebenarnya hambar,tidak meriah diwarnai sinar khibrah berjuang.Insafi kelemahan diri,pugar semangat juang.Imtihan kali ini medan tarungan kita lagi.