Monday, June 11th, 2007


berjuang.jpg

Berjuangkah aku kini?Belum layak.Kerana kita belum berani untuk mepertaruh seluruh upaya,jiwa,tenaga, masa,harta untuk diperjuangkan.Kita hanya mempertaruhkan pemikiran yang hanya berfikir dan mengkritik,katanya untuk kepentingan kolektif.Tetapi retorik semata.Untuk bertindak masih lembap,jauh dan kurang terbuka.Inikah berjuang?

Perjuangan belum selesai.Namun bukanlah kemenangan menentukan berakhirnya babak perjuangan.Tetapi usaha dan barang taruhan kita yang dianggap di sisi Allah menjadi saksi bahawa kita sudah bertindak.Berjuang.
Itu sekitar perjuangan jangkamasa panjang.
Konsep yang lebih tepat untuk diserapkan pada frekuensi kita adalah perjuangan meneruskan misi memburu kejayaan dalam pengajian.Matlamat untuk menguasai ilmu,menghadam syarahan isu ulama dulu dan kini disasarkan.Jika konsep ini jelas,tidak timbul soal penat dalam perjuangan pengajian.Tidak timbul soal pencen dari memperbaiki kualiti ilmu dan amal.Kerana matlamat itu begitu subjektif untuk dicapai.Mustahil boleh dilunaskan 4 tahun cuma.Malah kita perlukan ratusan tahun untuk proses menghadam.Walauapapun yang melanda,perjuangan hakiki itu seharusnya berterusan.Sunnah orang berjuang itu diuji.Andai tiada halangan,perjuangan itu sebenarnya hambar,tidak meriah diwarnai sinar khibrah berjuang.Insafi kelemahan diri,pugar semangat juang.Imtihan kali ini medan tarungan kita lagi.

ikon.png
“Saya nak jadi macam Dr.Mahathir.Dia bijak memikir!”
“Saya respect pada Tuk Guru Nik Aziz.Dia pemimpin tenang dan merendah diri.”
“Saya suka cara abang Halim.Dia Ketua Umum saya(form one di SAMTAJ ,1998) yang sangat sabar tapi tegas”
Semua ucapan ini pernah saya ungkap suatu ketika dahulu.Tetapi berubah pula teksnya setiap zaman.Sekarang teks versi baru.”Saya kagum dengan presiden kami yang pandai dalam study,semangat dalam bekerja dan berkebolehan pidato yang memukau!”
Wah!Ini semua adalah ikon yang saya kutip satu per satu kehebatan mereka untuk saya gabungjalin dalam diri.Kerana saya mahu jadi hebat juga!Menjadi ikon remaja?!Ohw,saya tidak layak.Tapi saya mahu jadi terhebat untuk Allah dan Islam.
Sabda Rasul)saw)
المؤمن القوي أحب إلي الله من المؤمن الضعيف
“Mukmin yang kuat itu lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah”
Kata Suharto,beri aku 10 pemuda,aku akan dapat menggoncang dunia.
Ini semua soal ikon dan circle of influence nya pada kondusi dia berada.
Bermakna,jika anda meletakkan ikon anda seorang yang hebat!Anda juga boleh menjadi hebat.Kerana saya yakin ikon saya juga pernah memiliki ikonnya sendiri.Tentunya Rasullullah.The most influence person in the world.
Bagaimana ikon mempengaruhi?Kerana sikap,daya kerja atau peribadi yang ditampilkan berkualiti.
Wajibkah memiliki ikon atau kita perlu copy paste untuk mencari identiti diri?Ikut pendapat masing2.
Bagi saya,meletakkan target,ikon atau pesaing menjadi kayu ukur kuailiti kerja saya.Kerana saya ingin menjadi yang terbaik.Maka perlu berada selaras atau lebih dari orang yang terbaik(ikon).Jika kita tidak meletakkan standard terbaik,maka kita sudah merasa hebat dengan diri sendiri dan hebat dengan apa yang kita ada.Semakin banyak belajar,semakin banyak kelemahan yang kita akan jumpa!Nampaknya saya mudah terpengaruh bukan berpengaruh!
Jadi setiap hari perlu berusaha menjadi lebih baik dari segi mutu study,amalan wajib dan sunat serta kualiti kepimpinan dan kemahiran diri.Jika tidak,anda digolongkan dalam golongan yang dilaknat!Buktinya?
Hadith Rasul(saw)
“Orang yang semalam lebih baik dari hari ini,maka ia adalah orang yang dilaknat…”
Saya nak jadi yang TERBAIK dalam hidup yang sementara ini.Moga anda jua begitu!InsyaAllah