
Thursday, June 7th, 2007
Daily Archive
June 7, 2007

June 7, 2007
Alhamdulillah,Allah kurniakan peluang untuk menerokai alam bahasa yang disifatkan oleh ramai pelajar Al-Alazhar sebagai fakulti yang agak mencabar.Ramai yang terfikir apa faedahnya mendalami sastera sedang manusia asyik bercerita tentang teknologi,sedang fuqahak menemui ajalnya dek terkambus dalam timbunan syariah Allah,sedang mutasawif fana berjumpa hakikat cinta ilahi.
Bila menyedari hakikat jahilnya manusia pada ruang sastera,kucoret lembaran ini mulakan bicara.Ingin berkongsi rasa apa ada pada BAHASA.
Subjek perbandingan sastera yang menjadi bahan jamahku untuk semester ini menyingkap suatu momentum pengukuh cintaku pada sastera bila bertaaruf dengan Klasik,Romantis,Waqi’e,Barnasi,Ramzi(Perlambangan) dan Wujudi;6 mazhab sastera tempat berpijak seorang pengkarya dalam menghasilkan produk sastera.Namun,tertarik untuk mengenali mazhab Ramzi dengan lebih teliti.
Mazhab yang mula menggegarkan pencak sastera Eropah pada tahun 1880 ini merupakan nukleus bagi ’syair nyanyian’ yang menempati tangga kedua selepas mazhab Romantis dalam carta.Bertunjangkan konsep perlambangan dengan kemampuan untuk mengungkap makna tersirat yang tidak dapat diolah oleh lafaz,mazhab ini mula menarik perhatian ramai penyair pada abad itu.Mereka yang sebelum ini merasa kabur dalam pemilihan lafaz terbaik untuk menglontarkan rasa bagai ‘orang mengantuk disorong bantal’ bila menemukan mazhab ini.
Mazhab ini menyajikan beberapa kaedah yang boleh diaplikasi dalam penghasilan karya.Antaranya kaedah ‘gabungjalin pancaindera’(tarasilul hawas).Sebagai contoh;Thoghur, seorang sasterawan Hindi dalam sebuah karyanya menggunakan lafaz ‘diam mentari’ atau dengan kata lain matahari yang senyap telah mengadaptasikan keindahan sebenar mazhab Ramzi.Diam merupakan sesuatu yang dinilai dengan pendengaran,manakala mentari adalah objek konkrit yang dapat dilihat dengan mata.Ini bukanlah satu percubaan beliau untuk memvisualkan diam sebagai objek,tetapi makna yang tersirat adalah perlambangan matahari ketika fajar menyingsing secara senyap bak ruang angkasa tanpa ‘bunyi’.Mungkin anda tidak merasa sebarang keistimewaannya,tetapi makna yang sangat mendalam ini sebenarnya hanya mampu dihargai oleh seorang pecinta seni.
Secara totalnya,mazhab ini telah memenangi arena syair berbanding mazhab-mazhab yang seangkatan dengannya.Namun perjalanan mazhab ini dalam produk mitos,lagenda dan drama agak lembap.Walaubagaimanapun,diri ini masih lagi cuba menyelongkar pelusuk bahasa yang sirna sinarnya.
June 7, 2007
Jabatan bahasa saya menyediakan ruang untuk mengkaji ilmu sastera Arab secara mendalam.Jadi,tak belajar ilmu agamakah?Belajar.Saya belajar feqh,hadith,tafsir,qaah bahas dan saya menghafal satu per lima al-quran.Alhamdulillah.
Tapi masih tak cukup untuk menjuarai isu ummah nanti.Jadi saya akan gunakan cuti nanti untuk belajar lagi.InsyaAllah.
Cuma saya nak berkongsi tentang salah satu dari 15 hadith muqarar kami iaitu:
Perempuan kurang akalnya dan agamanya.
“Perempuan kurang akal?Eh!Betul ke?”Kata seorang kawan sejabatan kami.
“Bukan tu,akalnya kurang.”Kata saya.
“Bukan sama jerk ke?”Dia menambah.
“Tajuk ni ana pegang.Mesti semua nak tahu hakikat sebenar,kan?*”kata Ainul.
*teks setelah disaring
Inilah reaksi pertama bila kami berkumpul untuk berbincang.Tapi malangnya,Ainul tak sempat untuk bentang kerana masa kami yang agak suntuk dan hampir dengan oral.Jadi setelah baca dan faham,”tajuk ini begitu menarik!”sentak hati kecil saya.
Sebab itulah saya berkongsi dengan pembaca.Terkial2 saya memikirkan tajuk yang sesuai.Saya takut pembaca salah faham.Ada pula yang marah tak bertempat nanti.
Jadi hadith Rasulullah,
عن سعيد الخدري رضي الله عنه”خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم قد اضحى-او في فطر-الى المصلى,فمرعلى النساء فقال:يا معشر النساء تصدقن,فان اريتكن اكثر اهل النار.فقلن:وبما يارسول الله؟قال:تكثرن اللعن وتكفرن العشير ما رايت من ناقصات عقل ودين ادهب للب الرجل الحازم من احدكن.قلن:وما نقصان ديننا وعقلنا يا رسول الله؟قال:اليس شهادة المراة مثل نصف شهادة الرجل؟قلن:بلى.قال:فدالكن من نقصان عقلها.اليس ادا حاضت لم تصل ولم تصم؟قلن:بلى.قال:فدلكن من نقصان دينها.”
